Wednesday, September 3, 2014

Pengalaman pertama bersalin

Heloow readers.. Dekat setahun jugak la aku tak tulis pape kat blog. Macam alahan pulak time pregnant kalau blogging. Sebab tu sangat jarang sekali update. Banyak sebenarnya cerita yang nak share tapi takkan nak start citer time awal preggy kan. Jap lagi ada yang hantuk kepala dekat screen laptop pasal tension nak baca entri panjang-panjang. Orang cakap, short and steady. Hekhek..

Alhamdulillah aku selamat lahirkan baby boy seberat 2.06 kg pada last day puasa (27/07/2014). Makanya aku memang beraya dekat hospital bersama kakak-kakak yang bernasib baik macam aku ni haaa kekdahyeee.. hehehe.. 

Macam mana boleh terbersalin awal?

Sepatutnya EDD 26/08/2014.. Sebulan jugak la gap die. Baby pun nak beraya jugakkk.. hehehe..
Malam last puasa tu aku mengalami stress yang sangat teruk. Masa tu dalam kepala fikir macam-macam. Tapi buat donno jela malas nak layan lebih-lebih. Sahur tu bangun, siap tolong mak mentua masak nasi goreng. Dah dekat nak habis sahur tu tetiba rasa macam air mengalir mederu-deru keluar dari ehem ehem.. Apakah??

"Abang.. ni air ketuban ke air kencing?? " soalan cliche setelah mengalami debaran yang amat dahsyat.

"Air ketubey la tu.. Abang smaye subuh dulu.. lepas tu kito gi spital"

Aku angguk tanda setuju. (Pergh... ayat novel. hahaha)

Di Hospital Kuala Krai (5.45 pagi)

"Bakpe awok mari?" Tanya sorang doktor lelaki lembut macam dalam 20an lagi.

Kegilaan apakah ni doktor?? Soalan bangang apa yang dia tanya ni?? Aku jawab dengan sabar.

"Saya mari ada sebab doktor.. Air ketuban saya pecoh doh ni"

"Awok sakit nape-nape dok? Peliknya mari dok sakit"

Ok, doktor ni memang amat dahsyat bangang dia. Phewww... Mana la aku nak tau kenapa tak sakit. Lepas tu dia suruh baring then check jalan. Dah bukak 3cm. Baru nak percaya. Nurse pun mintak aku duduk dekat wad tunggu bersalin tu.

10.30 pagi di wad bersalin

Bagitau nurse yang perut dah rasa sakit, macam ala-ala senggugut. Siap buat eksesais dekat tepi bed. Nak baring dah tak boleh sebab dah rasa contraction sikit-sikit.

"Nurse, saya rasa sakit kat bawah perut ni.."

"Kalau awok rasa sakit nok bersalin, awok dok leh jalan mari kat saya sini.." (nak cakap yang aku bukan nak bersalin lagi)

Aku akur sebab takde pengalaman macam mana rasa sakit bersalin yang hakiki. Duduk balik dekat bed tapi tak boleh baring. Last-last ada nurse yang agak berusia tegur. Katanya nampak aku macam betul-betul sakit. Dia mintak pergi check jalan. 4cm. Then dia suruh aku masuk labor room.

Time tu Faiz tak boleh masuk lagi. Kena tunggu kat luar.

11.00 pagi di labor room

Faiz dibenarkan masuk. Muka husband aku dah cuak. Heheh.. Comel je. Time awal-awal tu boleh borak lagi dengan dia. Lama-lama dah tak boleh nak cakap. Contraction dah datang ! Sakitnya Allah je yang tahu. Muka dah berpeluh-peluh. Husband dah recite Yassin kat sebelah. Sejuk hati :) Tapi time tu memang tak boleh nak cakap. Faiz suruh aku tarik nafas hembus nafas. Tapi aku dah buat semua tu, still rasa sakit. :(

The only way aku buat untuk reduce rasa contraction tu by pegang kemas-kemas dekat tempat batang besi yang masuk air dalam badan tu. Haaaa... Tu je cara dia. Tu diaaaa tu diaa... Hehehe.. Sambil tu husband pun pegang tangan nak kasik semangat sambil lap-lap peluh kat muka aku ni haa..

12.00 tengahari ketika contraction makin kuat

"Abang, mama nok epidural.. dok tahan doh ni"

"ok ok abang bagitau doktor.."

Tunggu punya tunggu doktor tak sampai-sampai. Rasa nak menangis tapi air mata tak keluar.

1.30 tengahari kemuncak contraction

Seorang doktor perempuan pun sampai. Tapi dengan paper bagai dan siap dengan explanation sekali. Dalam keadaan aku yang sakit tu, aku mampu angguk je sambil pegang batang besi kat sebelah. Then aku kena tandatangan agreement untuk guna epidural. Dengan tangan terketar-ketar tahan sakit terpaksala sain jugak.

"Ok, sebelum kita guna epidural kena check jalan dulu", kata doktor.

Bila check, hahhh nahh.. Dah terbukak 10cm. Cancel epidural. Doktor mintak teran time tu jugak. Haha.. Dalam hati, "Oh macam ni rasa sakit nak bersalin".. Baru tau sakit yang hakiki. Alhamdulillah dengan sokongan husband tersayang bersama iringan doa dari ibu bapa, selamatlah aku lahirkan baby boy seberat 2.06kg. Ringankan? Hehehe.. Takpe asal sihat tubuh badan. Amin.. :)

Panjang tak story ni?? Mesti penat kau baca kan. Ala-ala teringat time korang bersalin dulu. Hehe.. Sesungguhnya hargailah ibu anda. Baru kita tau macam mana sakitnya nak melahirkan kita dulu. :(