Saturday, February 2, 2013

Trend tudung/shawl sekarang

Makin maju dunia sekarang, makin banyak fesyen-fesyen tudung yang diketengahkan oleh kaum-kaum hawa. Macam-macam nama dan gaya yang ada. You just named it.

Dulu nak tengok orang pakai tudung masuk TV pun susah, sekarang Alhamdulillah dah ramai yang terbuka hati nak berhijab and they are beautiful in hijab. :')

Dulu time fesyen hana tajima, nak jugak aku pakai ala-ala hana tajima kan. Tapi harusla tak secantik dia, jadi hana tak berapa jima pun takpe. Heh. Time tu tak kisah pun gaya ni praktikal ke tak untuk aku pakai pergi kerja or jalan-jalan.

"arghhh.. takpe selesa tu tolak tepi, yang penting UP-TO-DATE..."

up-to-date ye mak jah sekalian. Sangat la aku nak ikut trend time tu. *geleng-geleng kepala*


Now, aku dah dapat rasa up-to-date tu tak penting sangat. Aku lebih pentingkan keselesaan dan yang paling utama, PRAKTIKAL.

Sebagai contoh, shawl yang aku pakai tu takkan ambik masa yang lama untuk aku bersiap. Dalam 2 minit dah siap. So, aku dah decide nak pakai macam biasa je. Takde dah yang lilit pelik-pelik tu. Hewhewhew..

Sama ada aku pakai shawl macam ni....


OR....

Macam ni...


Depends pada mood aku dan ke'availability'an tudung/shawl tu. Hehehe.. Tapi sekarang dah banyak trend tudung yang unik dan aku rasa tak salah kalau once in the blue moon aku try, tapi maybe untuk event pape la. Heee..

Sebenarnya tak kesah pun kau nak pakai macam mana. Ikut keselesaan masing-masing. Yang penting tak menyusahkan sesiapa. Hihi..

Ni kalau pakai tudung pun kau mintak orang tolong lilitkan, nasihat aku pakai jela tudung ekspres tu. Tapi jangan pakai tudung macam ni pulak. Ni terlalu ekspres.

 Hehehehehehee.....

Buhbye readers.. ;)

2 comments:

Mida Midot said...

setujusetuju^^
Dulu memang macam splurge over the trend . Sekarang macam dah tak kisah penting selesa . :D Trend ni kekadang tak perlu nak ikut sangat kan ^^

Lin Azlina said...

pakai je rtudung guaner2..dh jd trend skrg...xperlu nk kemas..janji terletak jer..hehe