Thursday, February 7, 2013

Jakun di pagi hari di LRT Jelatek


Pagi ni, terpampang dekat kaunter touch n go.

CANNOT TOP-UP TOUCH N GO. SYSTEM OFFLINE UNTIL FURTHER NOTICE

"Kak.. Saya nak topup touch n go, 10 ringgit eh.." sambil dengar lagu dengan volume yang kuat sambil buat bodoh dengan notis tu. Kot la system dah ok. Hewhewhew..

"&^%$(*_@()_@%!!**$@" cakap kakak tu. Dia bukan mencarut ke ape tapi aku tak dengar dia cakap ape pasal telinga dah tersumbat dengan earphone.

"Jap kak..jap kak..saya tak dengar sebenarnye...hehehe"

"Dik, kalau nak tengok balance dalam kad boleh la.. tapi tak boleh topap.. baki ada lagi 2 ringgit 80 sen.. tak cukup ni.."

"ok takpe kak..saya nak token ke KLCC satu eh.."

"tak boleh beli sini dik..kena guna mesin tu"

I was like!




Bila duduk depan mesin tu, aku tilik-tilik dulu, kot la ada instructions nak guna. Memang ada. Step by step. Tapi takde die mention macam mana nak tekan-tekan dekat screen tu. T__T
Aku touch dekat pilih language je. Pastu lost bile nampak routes yang berwarna warni tu.

Tibe-tibe nampak KLCC punya point. Aku pun touch kat situ. Haa sudah. Takde pape reaction pun mesin ni. Rosak ke?? Aku pun usha-usha mesin lain. Kebetulan ada orang perempuan kat sebelah aku. Dia pandang-pandang. Mesti dalam hati, JAKUN BENOR BUDAK NI.

Aku tebalkan muka, tanya dia macam mana nak beli token. Hewhewhew.. Oh, rupanya kena tekan dekat warna-warna tu. Nak pilih route mana, baru la keluar nak pergi mana.

Finally, jatuh jugak token tu. And again, i was like!



Kesimpulannya, even kau ada kad touch n go pun, jangan la ambik mudah bab-bab kegunaan mesin lrt ni. Kalau tak, jadi macam ni la. Memalukan diri sendiri. Shima oh shima~

4 comments:

Anne Fatihah said...

hahahaha. pernah terjadi kepada thah...

Nazatul shima said...

hehehe.. skrg x pakai tic dh..pakai token plk..hehe

whiteapple said...

haha..aku pn dh tau guna tau cima..kihkihkih..

Elya Roza said...

hehehe..kiter pun pernah experience mcm ni...
usha2 org lain buat mcm mana dulu...
then baru tekan2...haha