Thursday, February 14, 2013

Budok zaman loni tidok supo mulo

Bila mana semua manusia sibuk balik beraya cine, seperti mereka yang beraya, aku pun same la. Hewhew.. Seboookkk jugak nak balik kampung. Menyumbang pada kesesakan lalulintas jugeeekkk.. Tapi tak kesah la pasal memang aku nak balik.

Haritu mase kat rumah, tengah syok-syok tengok TV, adik aku si Awin;

"Kak! Kak! Shila Amzah hilang kak.. orang jupe die dekat kemamangggg..."

Aku macam buat dek jela. Mana nak percaya gosip-gosip liar ni, apatah lagi gosip datang dari adik aku yang baru darjah 3. hekhek..

"mane gokkk.. nawok blake tu.. "
"betol kak... ni tengok ni!" sambil die hulur tab dengan muka bersemangat waja. Kepoh sunggoh budak sorang ni.

And i????


Ok. hal shila hamzah biar dia dan family dia or 'abang' dia uruskan. Concern aku kat sini, pasal pengaruh internet dekat anak-anak muda sekarang. Argh, macam debate la pulak kan. Tapi ye, sangat bahaya noks sekalian.

Bayangkan adik aku yang darjah 3 dah tau gosip gosip mak jemah! T__T

Macam mana dengan yang darjah 4, darjah 5 darjah 6?? haaa.. tu tak termasuk lagi handphone semua. Haritu aku dah cakap kat mak, tak payah kasik handphone kat si budak kecik tu.



Bukan takat henpong macam tu je, henpong macam ni pun aku tak kasik.  

NO



Mak cakap, "ok.. mak ikot cakap kak...jadi adik dok boleh pakai henpong..."



Aku bukan nak jeles ke apa, cuma aku rasa kecik-kecik tak payah pakai la. Dulu time aku kecik-kecik pun tak kenal ape tu henpong.. *bunyi macam jeles di situ*

Bukan nak call cikgu pun. Macam tak logik je adik nak call cikgu tanya esok nak belajar Sains bab brape, esok nak belajar bab darab ke bahagi ke, perpuluhan ke. Esok cikgu nak main quiz ke tak. hewhewhew..

Risau pelajaran tah ke mana kalau dapat benda ni. Yelah, zaman sekarang macam-macam boleh jadik. Semua dihujung jari telunjuk je.

Mengelak lebih baik dari mengubati ye yang arif. Saya gulung hujah saya pada hari ini. Buhbye!

1 comment:

Anne Fatihah said...

sungguh doh. budak2 lenin... anak sedara thah, lagi terer main hp drpd mak dia.. haha