Sunday, January 13, 2013

Warden garang

Banyak sebenarnya story-story zaman hostel yang bila aku ingat balik senyum sorang-sorang.

Kebanyakan kisah dengan warden-warden. Heee.. Biasala siapa yang suka kat warden kalau duduk hostel kan melainkan warden tu satu kepala dengan korang. Heh.

Dulu adela seorang warden dekat hostel ni, yang sangat garang sampai buatkan aku rasa macam , "haih, menyampah betul tengok die ni.." Sifat kurang ajar ada disitu, tapi bila selalu sangat dia carik salah aku, rasa la kebengangan dia jugak. Heh lagi.

Satu kejadian yang aku ingat sampai sekarang. Time tu aku form 4. Time PE atau bahasa klasiknya beriadah. Aku dan kawan-kawan pergi la meronda-ronda kawasan sekolah dan kebetulan terjumpa dengan budak hostel boy tengah study depan dewan sekolah. Kami pun duduk la sekali kan. Bukan buat ape pun.

Kebetulan kereta warden aku tu melintas depan dewan dan dia nampak kami. Dalam hati dah agak dah, lepas ni komfom kena ni dengan warden. Tekaan aku memang betul. Beberapa minit lepas tu, ada junior berlari-lari anak datang.

"Kak shima..kak shima..cikgu xxxx panggil.."

Kami pun pergi la. Masuk je pintu gerbang hostel, dah nampak dah dia tunggu bawah pokok sambil duduk. Pastu mulut dia luas jerit nama kami.

"Shimaaaaaaaaaaa!!! mung buat nape galok dengang budok laki depang dewang hah??? memang sape name shima memang bowok baleeeeee!!" jerit cikgu tu.

Padahal ade ke dia nampak kami ni bertepuk tampar ke hape. Lain la kami buat macam tu kan, memang sessuaaaiiii la kau nak jerit macam tu.

Kebetulan kami ni memang nama shima. Sorang lagi nama shima nadia. Haha.. Aku pun macam terkejut dia boleh cakap macam tu. Boleh nampak budak-budak lain intai dari dorm masing-masing. Aku buat bodoh je pasal aku takde buat salah pape kan.

Last-last time form 5, dia lantik aku jadik pengawas asrama. Haha ! Sampai sekarang aku terfikir lagi, kenapa dia buat macam tu. Heh.

5 comments:

Umi Nadiah said...

tau sebab apa dia lantik jadi pengawas.. supaya shima menjadi shima sekarang. hehe

Nazatul shima said...

hehee.. mungkin jgk.. kot2 die nk suh jadi bdak x nakal kot..hehehe

Anonymous said...

hahaha...
cikgu wan!

-wahed-

Nazatul shima said...

hahaha! wahed2.. tau tau je die..hehehe

Anifa Mohd Noor said...

ingatkan warden sorang lagi. HEHE