Monday, December 31, 2012

moh tido moh

Esok dah start kerja. Yang tak bestnye bila demam. Nak buat kerja pun rasa tak selesa. Hopefully, kita dapat recover dari demam ni cepat-cepat. Pasal, kita tak larat la nak batuk tiap-tiap masa. Suara pun garau macam lelaki dah. Haha..

Part yang paling kita stress, kalau nak bersin tapi bersin tu tak nak keluar. Arghh!! Stress!!

Okay nak tido. Mata panas. Suara garau. Hidung tersumbat. Full package.

Good night fellas!

Wednesday, December 26, 2012

Digi lagi

Nampaknye DiGi buat gila lagi. No service dah 3 hari. Tension. Nak transfer payment pun tak dapat. Rasa macam nak email dan maki je DiGi ni. Tapi tula, kalau maki pun, takde effect jugak. Kesian dekat orang yang kena attend issue kita nanti. Huhuhu..

Nak tukar celcom, tapi rasa sayang pulak dengan digi ni. Dah banyak berjasa. Lagi satu dia punya signal dekat Terengganu memang tip top. Heee.. Cuma lately je dia menggila macam dulu.

Ok la, nak tidur. Malas nak fikir pasal digi ni. Kalau asyik fikir je, kita boleh jadi mereng. Oh, lupa nak makan durian crepe jap! Finally dapat jugak merasa. Hahah ! Dan makanan itu sangat best ! Rasa sayang nak habiskan. Heh.

And to all my friends yang beragama Kristian, wish you, a merry xmas ! Have a great year ahead! :)

p/s: kita cuti esok dan lusa. Yuhuuu!!!

Saturday, December 22, 2012

Short vacation

Hari tu kita pergi PD. Dalam hati berbunga-bunga tak sabar nak pergi. Maklumla tak pernah pergi. Dah terbayang pantai cantik bersih semua kan. Before tu isi perut jap dekat Ayam Panggang Cowboy. Best jugak nasik die. Mungkin perut tengah lapar kot time tu. Heh.


Sekali bila dah sampai, hancur hati. Pantai dah kotor. Masuk dalam air pun rasa berminyak. Pasir pun penuh dengan tompok-tompok hitam. :( Sedih. So, tak mandi la kita jawabnya. Tengok dari jauh jela.







Oh ! Happy belated birthday to me! Sekarang kita dah masuk 25 tahun. TIDAK ! Makin meningkat usia. Boleh tak usia tu makin menurun ? Tapi tak boleh jugak pasal nanti tak boleh kahwin kalau umur muda. Hee !


Thanks kat semua yang wish. Sangat bertubi-tubi wishes anda-anda semua, tambah-tambah lagi kat FB pasal ada notification birthday tu kan. :) But, yaaa.. Still effort korang datang kat wall kita and drop some comments. Thank you so mucho!

Tak lupa pada kawan tersayang yang kasik birthday gift ! Thank you so much ! Terasa muda sebentar di situ. Heee.. Next year kasik lagi ok ! :)

Saturday, December 8, 2012

Gigi oh gigi


This whole week kita sakit gigi. Sakit sangat sampai buat kita kena ambik MC 1 hari. Sakit gigi yang buat tak tidur malam, every 10mins bangun. Sampai ke pagi macam tu. Kepala pun ding dong jadinye. It's been awhile kita tak pergi jumpa dentist. Kali ni memang tekad kena jumpa dentist. Sakit tak boleh tahan dah.

So, start la google klinik mana yang ramai orang pergi. Mula-mula pergi kat Klinik Nooriah dekat Taman Permata, dah masuk semua. Mak aih, ramai jugak yang sakit gigi! Assistant tu cakap kena datang malam pasal dah full. Kita frust sebab tak dapat buat awal.

Kebetulan nampak kat depan tu Klinik Pergigian Hazwan & Alia. Try pergi. Boleh buat appointment awal sikit around 4pm.

Pukul 3 lebih dah gerak pergi sana. Dentist check semua, dia cakap tak boleh tampal dah gigi ni. Dia kasik options. Antara cabut or root canal. Kat sini cabut gigi around RM80 and RC RM500. RC tu macam, gigi tu still dalam mulut kita. Dia just buang saraf yang mati kat gigi. Doctor mintak kita balik fikir dulu yang mana nak buat, sementara tu dapat la pil-pil yang berkaitan.

Then mula la research sikit bab-bab RC ni. Ada yang cakap lagi ok buat RC, ada yang cakap cabut je pasal nanti kalau buat RC gigi tu lama-lama jadi hitam. Still nak kena buang jugak. Bila fikir kos, pro and cons dia, kita decide cabut jela. Lagipun gigi geraham. Hee!

Hari ni pergi jumpa dentist, cuak gila! Muka dah macam takde darah. Doctor pun dah faham dah. Huu.. Kita dah nak nangis, doctor relaxkan kita macam budak-budak. Malu pun ada, tapi nak buat macam mana kita memang takut. Lagipun takde orang temankan kita at that time. :(

Alhamdulillah semua dah selesai! Sangat nak makan aiskrim dan choc! Huuhuhu.. Seminggu dah puasa dari makan choc, air sejuk semua. Rindu nak rasa tu semua. Dan satu lagi, durian ! Can't wait !