Tuesday, November 13, 2012

Day 2 : Training

Second day workshop, mood still same macam first day. Energetic, langsung tak sleepy. Sangat pelik dengan diri sendiri, pasal on previous training or workshop yang kita join kan, memang perasaan mengantuk tu ada. Haha..

One of the reason kami tak mengantuk or boring, sebab Ken (trainer) sangat fun and knew how to entertain us. Gelak setiap minit. LOL. Dan yang paling penting dapat makan banyak. Heee..


Meet Mr. Ken Ng. Our trainer yang sangat best. :)


Kita memang suka ambik picture tempat sama je. Malas nak bergerak. Sangat pemalas gitu. Ape nak jadi ntah.

Oh, dalam workshop ni kan, kita dah dapat tau apa personaliti kita. Haha.. I'm a dominance person. Lebih kurang macam straight forward. Then, assertive, pessimist and more to task oriented. Hehe..

Dulu, kita selalu assume kalau right-handed, so kita more to numbers, maths, data and whatsoeva which is i'm fall on that category. Sebenarnya kannn.. Sebenarnya tak semua yang right-handed tu macam tu. It's depends actually. :)

Ok la, dah tak nak merepek panjang-panjang. Penat kot nak perah otak sambil mata dah nak pejam. For those who celebrating Deepavali, HAPPY DIWALI guys! Wish you and your family have a great Diwali this year. ;)

Saturday, November 10, 2012

Day 1 : Training

Pagi tadi kita bangun lambat. Memang dah agak mesti terlewat. Tambah-tambah semalam tak dapat tidur. Rasa macam takut. Last-last kena tindih dengan syaitonnn durjana. Ni dah 2x kena. Mungkin kita penat sangat. :(

Alhamdulillah, the training was oh-some! Sangat best. From 9am until 5pm langsung tak mengantuk. Kerja dia, gelakkkkk je memanjang. Penat jugak la gelak, but ya it was fun ! :)And the best part is, the fooddddddd!! sodap dan memang kami banyak makan. Heee..





Lately asyik termenung je. Lepas mandi termenung, makan pun termenung, nak tidur pun susah. Banyak betul gejala-gejala tak sihat hinggap kat kita lately. Bahaya betul. Memang nak kena mandi bunga ni. Pulihkan semangat. Gitewwww keeennn..

Ok la nak kena keluar carik minyak selendarrrrrrrrrrr kejap.. Kereta dah start buat hal. Grr.. Harap-harap semuanya ok ok saja. Amin...

A Lonely Night

Sekarang jam dah tunjuk pukul 2 pagi. Tapi, mata tak mau lelap. So, tv ngan laptop jadi teman. :) Bila mata nak pejam pun tak tau la, dah la esok ada training kat Damansara pukul 9 pagi. Tu pun kena turun awal dari rumah, pasal buta jalan. Kesian. Dari dulu sampai sekarang, duk buta jalan je.

Tadi pergi basuh kereta kat AU2. Malam-malam basuh kereta. Dah la hujan. Lantak la. Yang penting puas dapat bersihkan my Tengku Badrul Amin dan sambil tunggu TBA siap dibasuh, sempat minum hot milo. Sedapnyaaa... Pastu tengok hujan kat luar. Oh-someee sangat perasaan time tu.

Bila tengok TBA dah putih berkilat, tiba-tiba macam " eh, dah hensem sikit kereta aku malam ni ". Tapi still nak kena polish, pasal ada hitam-hitam sikit. Tu yang susah pakai kereta putih ni. Kena jadi rajin. Masalahnye, tuan dia ni PEMALAS.

Malam ni sorang-sorang kat rumah. Kauthar pergi Perak. Bosannya tak dapat main dengan Kauthar. :(
Dah rindu kat Kauthar. Hmmmm...

This little cute boy always make me laugh when i'm not in the mood. Thank you Kauthar syg. :')

Thursday, November 8, 2012

Wednesday, November 7, 2012

Senyumlah..

Perasaan tu kurniaan Allah Taala yang kita tak boleh deny 100%. Macam-macam perasaan boleh wujud. Contoh terdekat la kan; perasaan rindu, sayang, cinta. Tapi bukan perasan. Tu sangat lain maksudnya. Eh, tapi ada jugak kan perasaan perasan. Heh.

Tapi ada jugak kita takde perasaan pun dekat seseorang tu tapi tiba-tiba, eh dah berkawan dah. Eh dah rapat dah. Dan without kita sedar, perasaan sayang tu hadir. Indahnya Allah kan? 

Tapi kadang perasaan tu Allah boleh ubah dalam sekelip mata je. Mula-mula rasa sayang rindu bagai nak rak. Kalau boleh hari-hari nak jumpa, hari-hari nak call or mesej, nak tau makan apa, minum apa, pakai baju warna apa, tanya comel tak hari ni, tapi bila Allah cakap "kun fa ya kun", maka apa yang kita tak expect pun boleh jadi mengikut kehendak-Nya. Allah Maha Mengetahui.


Jadi, apa yang kita kena buat? Meraung? Menangis? Menangis mungkin dapat menghilangkan kesedihan di hati, tapi ubat yang paling mujarab ialah Al-Quran. Bacalah Al-Quran. Membaca Al-Quran tu ialah salah satu cara kita berkomunikasi dengan Dia. Mengadu pada-Nya dan berharap hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam. Redha dan bersyukur sebab Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Siapalah kita untuk menghukum ketentuan-Nya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah: 216)

Senyumlah dan jangan berpaling lagi wahai teman-temanku yang sedang bersedih..Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya..

Tuesday, November 6, 2012

Ting tongggg

Now i'm still on training. Banyak applications nak kena tau, system yang dipakai pun nak kena tau, process flow pun nak kena ambik tau. Haih, pendek kata semua benda nak kena amik tau. From scratch. Serius, time training macam orang mamai je. Mengantuk. Otak dah tak boleh nak terima ilmu kot. Nauzubillah. Mintak jauh. Nak kerja baik-baik. InsyaAllah..

Lately, kepala macam ting tong sikit. Entah tak tau kenapa. Banyak berfikir pun salah satu sebab kenapa kepala seseorang jadi ting tong. So, after this, dah tak nak fikir pape. Nak free my mind from anything. Tu yang terbaik. Yeay !

Kalau stress, elok memasak. Sangat sesuai untuk orang macam kita! :) Tak kesah la buat cekodok je pun, asal dapur berasap. Heh.

Bye!

Thursday, November 1, 2012

1st day di tempat baru

1st day

Pagi tadi sempat topap touch n go. Baru la kita perasan, semua orang kena beli token kat mesin tu haaa.. Sangat berlainan dari dulu. Nasib baik ada touch n go. Kalau tak maunye terkial-kial nak beli token kat mesin tu. Heh.

First day kerja takde apa yang luar biasa. Macam biasa, kena dengar briefing pasal company. Yang best tang makanan dia. Best best ! Haha.. Tapi dia punya briefing tu kebanyakan pasal project managament. Kalau nak beralih position boleh la ni try mintak project manager. *berangan*

Satu je yang kita kurang gemar, kat sini surau dia amat lah kecik. Rasa macam tak lawas nak solat. Eh penggunaan lawas tu untuk ehem ehem kan? Hmm.. Ok, back to the story. Surau tu sangat sempit. Tak boleh imagine time peak hour. Mesti berasak-asak. Exxon punya surau memang terbaik ! Besar dan ada cermin di mana-mana. Haha..

Esok ada satu lagi briefing. Half day je. Yeay ! Suke mak noksss.. Berharap sangat tak tertidur. Heee !