Sunday, January 29, 2012

Kucar kacir

Assalamualaikum

Tengah tengok AJL 26. Kau ada tengok? Haruslah kan. Fenomena untuk hari Isnin malam. Yang nak dating, terpaksa cancel. Yang nak jumpa doktor, terpaksa suruh doktor check up cepat-cepat. Yang balik kampung, fokus drive laju-laju. Semua pasal nak tengok AJL 26. Maka, AJL masih lagi relevan (menjawab soalan wartawan Buletin Utama). Kehkeh..

So, have fun untuk malam ni. Esok? Masih lagi nak berfun fair? Haruslah tak. Mood hilang. 100%. Nak kena struggle, kena biasakan diri, macam-macam nak kena buat. T_T

Terfikir, macam mana la nasib aku lepas ni. OK ke, KO ke. Haish ! Tidur malam tak tenang bila pikir. Tapi, aku rasa, mula-mula je kot rasa macam ni. Nanti dah terbiasa, ok la kot kan?

Sunday, January 22, 2012

Be good and be happy shima ! :)

Assalamualaikum

Musim sekarang, memang banyak kenduri. Sini sana. Ada yang tak dapat pergi, sebab takde transport. Maklum la, balik kampung tumpang angah, so nak pergi mana-mana macam terbatas la sikit. Lain la, kalau ada bawak balik kereta, memang semua kenduri kawan-kawan aku pergi.

So, buat kawan-kawan yang selamat mendirikan rumahtangga yang tak dapat nak pergi, sorry sangat-sangat ! Wish you all the best in your new life and congrats !

So, sebijik wedding je yang sempat aku pergi. Tu pun, sebab kawan-kawan sekolah datang ambik kat rumah. Thanks my sayang sayang ! :)

Wedding of  : Shima Nadia & Nasrul Hadi
Venue : Kg. Sekati , Manir
Date/ Time : 22 January 2012 / 12pm - 3pm


Ni namenye sesi menulis nama. Wahaha ! Maklum la, last minute balik kampung, tak sempat nak beli hadiah. Memang terbaik ah kawan-kawan aku ni. Tulis nama kat tepi jalan je. Heee !


Cantik kan ???  



Part of ex-schoolmates yang datang. Ni ha, aku nak cakap, pelamin ni sangat cantik in real ok ! Bukan dalam picture je tau. Baju, veil,tudung semua cantik ! Oh, how i wish butik ni kat terengganu, tapi ni semua dekat Nilai. Her aunty yang buat semua ni. Lucky you ! :)



Bila dah penat bergambar semua, maka kami pulang dengan gembira. Tapi, kalau still lapar pun, totap hepy sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Ish ! Ni la first time aku dapat attend wedding close friend. Yang before ni, semua tak dapat nak pergi sebab kerja. Haih ~


Lastly, congrats shima on your wedding. Be a good wife to Nasrul. Semoga Allah merahmati hubungan kalian sehingga ke akhirat. Amin.. :) Congrats dude !

Sweet 48 mom ! :)


22 January 2012.
Happy Birthday Mak ! Sweet 48 ! 
Semoga Allah panjangkan umur Mak, diberi kesihatan yang baik  dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya.

And congrats jugak sebab Mak dapat Pekerja Cemerlang APMT Negeri. :) Sangat bangga dengan Mak ! :)

  Love you before, now and forever ! :)

Friday, January 20, 2012

Gonna miss you !

 Assalamualaikum

Today is the awesome day !

Untuk pengetahuan kau, aku dan rakan partner setia ikat ketat kemah kemim, iaitu Ida, will move to the new team, new position, effective on Feb. Hopefully, Allah melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus untuk kami berdua. Amin.. :)

Maka, sehubungan dengan itu (amboih, macam esei) , a white theme farewell party been organized by my team. Oh sooooooo suweeeettt ~ Terharu. Wuwuwuw ~ :'(

Venue : Full House
Date / Time : 20 January 2012 / 12pm - 1pm
Theme : White



Bagi aku, team yang kecik lebih menyenangkan proses merapatkan silaturrahim. Anda setuju ? Kalau setuju, sila angkat jari kelingking. Eh.


The Interior designs.





How i wish, my future home will be like this ! Semua putih dan nampak suci gitu. I like.

Apa yang paling menyeronokkan kat sini, kau boleh makan sambil shopping. Kat bahagian atas kedai ni, ada macam ala-ala butik gitu. Semua baju cantik-cantik and of cos la, harga dia mahal sikit mak jemah oooiii ~ Tapi takdela sampai seratus. RM99.90.



Dah kenyang tengok barang-barang, maka pulang dengan gembira. Maklum la, tengah kenyang.

Bila balik rumah, baca kad yang aku dapat tadi. Thanks guys ! I heart all of you so much ! Hopefully, kalau ada event pape nanti, jangan lupa jemput kami ye ! Hehehe.. :)

Wednesday, January 18, 2012

Satey seksyen 7


Assalamualaikum

Purpose      : Celebrated our 3 years and 8 months monthsary. :P
Location     : Sate seksyen 7 , Bangi
Price           : 0.70 cents/satey
Date/ Time : 15 Jan 2012, around 8pm after solat maghrib.
Rating         : 5 stars ! :)

Comments : Satey sangat best ! Dia punya nasi himpit pun best sangat ! Yang paling best, kuah kacang. Nyummy ! So, just one word, BESSTTTT !

So, guys, u MUST try ! 

Ape kejadah la aku ni selalu makan satey. Haish ! Nanti menu lain pulak. HEHE..

Saturday, January 14, 2012

Gift gift ! :)

Semalam, ada gift exchange kat office. Semua hadiah must be more than RM35. Kehkeh.. So, kiteorang kena letak la wishlist dalam template yang dah disediakan, but tak tau, sape yang akan kasik kite hadiah nanti. Cuma, yang aku tau, kat sape je aku kena kasik hadiah nanti. Hekhek..

Mula-mula aku macam malas nak letak pape. Tapi, semua orang dah letak wishlist masing-masing. Aku pun, fikir punya fikir punya fikir. Oh ye! Makeup set Elianto. Set yang tak tahan tu. Muntah darah nanti sape-sape yang dapat. HAHA !

Ok, apa yang aku kena kasik kat orang lain? Haaa... Ni dia ! Voucher Isetan! Sebut betul-betul.. Bukan setan. HEHE.. So , ada la beberapa keping voucher dalam tu. :) Maka, nanti lucky person tu boleh la membeli belah kat Isetan. As you wished. :)


So, agak-agak, wish aku be granted tak? HAHA ! Yaaaaahh.. Absoulutely! Even, bukan set yang aku dapat, but i'm still happy! Hehehe.. Elianto Belissa Diary Eyeshadow kit :)



Comel kan kan kan?? Thanks dude ! Nasib baik pandai pilih warna. Hekhek..Ermm.. Eyeshadow tak mungkin aku pakai pergi kerja. Kalau pergi kenduri kahwin, or majlis-majlis tertentu, baru aku pakai. Hehehe..




See the colours?? Cantik kan? Tapi, aku memang tak reti pakai eyeshadow. Must learn somewhere ni. Somebody knows how to use it? Do let me know yep! ;)

Haaa.. Ni my team mate. Semua sibuk bukak hadiah. Berdebar-debar, wishes mereka be granted or tak. Hehehe.. Ida wished for Twilight DVD, but she got a cute musical wardrobe! Oh, comey comey!! :)

Thursday, January 12, 2012

Be prepared | Engagement Version

Assalamualaikum

Hye peeps ! Macam dah lama aku tak memuntah kedarah ayat kat sini. Bukan busy sangat pun, cuma mood nak menulis tu hilang. Tak tau kenapa ! Yang penting, duit nuffnang still masuk. Erk? Hehehe.. Memang nak kumpul kasik banyak, pastu nak simpan buat duit kawen. Eh, boleh ke? Cukup ke? Itu menjadi persoalan. :)

Ada orang cakap, " Kalau nak bina masjid, Insyaallah, Allah akan permudahkan semuanya.."

Ayat tu membuatkan aku macam semangat nak mengumpul duit untuk kawen. Say no to shopping ! Everyday is calculation day. Makan, minum, minyak kereta, barang dapur (macam aku ni masak sangat pun), mekap, bil sana sini, sewa rumah, everything need to be calculated! Anggap jela aku ni calculator. Tak tersentap pun. HAHA !

Maka, aku dan boyfie dah mula membeli sikit-sikit barang untuk tunang. Ops! :) Alhamdulillah, barang hantaran partially completed. Kek semua dah order, doorgift pun sama. Mekap pun dah booked. Tinggal nak carik cincin, booking pelamin dan sewa baju. Bajet nak tempah, tapi, bila aku hitung-hitung semua, macam.. Erm.. Murah sewa je. HAHA ! Yang penting, baju sewa cantik hokayyy ! :)


Nanti aku list kan, dengan siapa aku tempah kek yang sedap, dan dengan siapa aku booked mekap. But, once I've done with my engagement. Sebab, senang, nanti kau boleh la tengok hasil kerja mereka. Kan kan? Hehe..

Dan, aku dah design my owned doorgift tag dan label air mineral. Tu pun, after my engagement, baru aku akan tunjuk, sebab nak kena tampal semua dulu kan. So, aku akan tunjuk once tag tu dah melekat lekat di botol dan doorgift. :)

Even macam majlis bukan bulan ni, mahupun bulan depan kan, tapi kena well-prepared. Sebab, aku tak suka kerja last minute. Kalau bab ni la.. Kalau bab lain, last minute tu pun jadi kebiasaan jugak. Hekhek..

Guys, pray for our happiness both in this world and hereafter. Amin... :)

Saturday, January 7, 2012

Beza Ganu dan Kelate

Assalamualaikum

"Gane gamok orang ganu? Orang dok berape nok ganu pun same ah..Sehak-sehak blake ke dok?? "

Ada segelintir kawan aku yang berasal dari negeri lain selain terengganu dengan kelantan, seringkali tertukar dialek antara terengganu dan kelantan (owoh, skema gila ayat).

Kadang tu, dialek kelantan dikatanya, terengganu or vice versa. Erm, pada pandangan telinga, kelantan lebih kepada 'eeeee' kat hujung ayat. Sila nganga mulut separa terbuka dan keluarkan nafas dari kerongkong sambil sebut eee.

Ok, aku kasik la sebijik contoh dialek kelantan, makeeeeee ikeeeee dengeeee nasiiiikk.....Nampak tak? Kan lembut tu.

Kalau terengganu, makangggggg ikangggg denganggggg nasinggggg.. Ok, nasing tu aku tipu je.

Kau nampak tak beza tu? E dengan G jauh bezanyaa.. Bukan E dengan B yang nampak seolah-olah sama dari segi bentuk.

Even aku orang terengganu dan boyfie kelantan, tapi kami lagi prefer cakap bahasa kami sendiri. Dia cakap kelantan, aku balas dalam terengganu. Sebab, aku tak fluent cakap kelantan. Dia selalu bagitau, kalau aku cakap kelantan, mesti bunyi siam. Siam??? Aku nak explore la, siam cakap macam mana. Haha!

Pandangan aku, cuma satu je persamaan sebutan antara kelantan dan terengganu. CICOH BUDU. Memang legend ayat ni. HAHA !

Tuesday, January 3, 2012

Food !

Assalamualaikum

Terliur tak???

HAHA!!

Bila aku tengah lapar malam ni, teringat balik apa yang aku makan petang tadi.

Balik kerja terus makan benda-benda ni semua kat warung AU5. Stress kerja yang membuatkan aku rasa lapar tahap klimaks. Tapi, kalau tak stress kerja pun, still makan banyak jugak.

 Sate kat sini memang best ! Dia punya kuah kacang pekat melekat. Hingga menjilat kuku. Satu batang 80 sen. Kalau 10 batang, kau kira sendiri.

Sebenarnya, untuk pengetahuan bersama, aku tak pernah makan soto, sampai la satu hari tu, aku pergi rumah boyfie. His mom served soto as I never ever taste it. Tiba-tiba ! Mak aih, sedap ! That's why i'm craving for ummi's soto. Hehe..  Dan , begedil yang ummi buat lagi sedap dari kedai tadi. T__T

For Soto, i rated 3.5 stars la. But, for Sate, memang wallah ! Terbaik dari ladang ayam. Harus cuba. 

The bad thing is, aku tak tau kedai tu nama ape. Yang aku ingat dekat area Petronas AU5. Tu je. Sedih kan?

Sunday, January 1, 2012

Goodbye 2011 and say hi to 2012!

Assalamualaikum

Yes, it is 2012 ! Finally ! And grateful, YES not ended yet ! HAHA!

Maka, semalam ke Alamanda untuk mencari barang-barang keperluan for becoming event cum midnight movie, Sherlock Holmes ! Mak aihhh ~ Boleh pulak aku tertidur dalam tu. Ingatkan aku sorang je yang tertidur, rupanya mamat sebelah aku pun tertidur. Kahkah !

Ni la mamat kesayangan tuuu..  eh? :)


Padahal Sherlock Holmes kot, bukan cerita 2 Alam sampai nak tertidur bagai kan? Tu, namenye aku mengalami sindrom mengantukgilababan.

Dah cuba gelak kuat-kuat dalam wayang tu, dah cuba macam-macam tak nak kasik tidur, tapi aku tewas. Orang lain siap boleh gelak kuat-kuat, aku pulak blur-blur je. Memang nak kena tengok lagi sekali citer ni. Tak puas hati, sekerat jalan pun dah lelap. :(


Planning untuk hari ni ?? Menyembam muka di tilam dan zzzzzzzzzzzzz.. Kemudian, baru keluar mencarik barang lagi. See ? Aku memang kaki tidur. Tak boleh disangkal lagi.

Out to dream my prince charming. Daaa ~ :)