Wednesday, October 24, 2012

Moist Chocolate Cake yang simple!

Kita nak share resepi moist chocolate cake. Even dah ramai yang terer buat, tapi sebab ramai jugak yang mesej kita kat FB ngan wasap kita nak mintak resepi, so kita fikir baiklah share kat sini je. At least, sape-sape yang rajin boleh cuba jugak resepi ni. :)

Kali ni, a little bit different dari moist chocolate cake yang kita buat dulu. Yang ni kita guna teknik kukus grill pangggang kukus . Ops! Terlebih sudaaa..

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:


  • 1 cawan cake flour/ tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten (boleh jugak guna serbuk koko biasa)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size sederhana)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila  

TOPPING

  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten (serbuk koko biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar (kita guna susu cair)
* Untuk topping, kalau tak nak guna serbuk koko Van Houtten pun takpe, boleh guna serbuk koko biasa tapi kena letak chocolate masakan jugak around 1/2 packet.

CARA-CARA :
  1. Pukul telur, gula dan butter sampai kembang dan nampak agak-agak putih. Then letakkan esen vanila, pukul lagi sampai lebam. Heh.
  2. Lepas tu, ayak cake flour + baking powder + serbuk koko.
  3. Masukkan sikit demi sikit ke dalam adunan telur. Kacau kacau kacau kacau lagi.
  4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul lagi sampai sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah digriskan dengan marjerin. Tutup dengan aluminium foil. Tapi kita tak tutup pun. Heeee.. Then kukus macam biasa for 40-45 mins. 
  6. Untuk topping, campur je semua bahan tu, pastu masak secara double boiler. Kalau rasa macam nak kasik topping tu cair, letak susu cair lebih sikit. 
  7. Bila kek dah masak, sejukkan dulu. Bila dah betul-betul sejuk, baru letak topping ye syg-syg.
Taraaa!! Moist chocolate cake yang gebus dan nyummy dah siap! Boleh buat untuk orang tersayang or untuk mulut sendiri. Heeee.. :)


 Selamat mencuba kawan-kawan! :)

2 comments:

Anne Fatihah said...

boleh try ni ry haji kekgi

Nazatul shima said...

boleh je tihah.. nnti try ;)