Sunday, February 5, 2012

Misi mencari tudung

Assalamualaikum

70% of preparation for my engagement done. :) Tapi, untuk tudung dan door gift belum lagi. Alhamdulillah, pelamin, baju semua dah sewa time balik kampung hari tu.

Aku sangatlah cerewet. Lebih 3 jam duduk dalam butik pengantin tu. Kesian kat mak ngan my sis in law. Mesti belek-belek album kawen 4 5 kali. Hehehe.. Yang paling sengal, punya lama aku pilih baju ngan pelamin, lupa pulak nak fitting baju kan. Munguks betul. So, this month kena balik kampung untuk fitting baju.

Then, untuk hantaran, aku belum hantar lagi kat mak saudara. Sebab belum masuk bulan yang sepatutnya kan. Nanti dah dekat engagement date, baru aku hantar. Last minit sangat kan. Wahaha.

Esok nak pergi Semua House. Nak usha barang sikit lagi. Kot-kot la terjumpa tudung cantik kat Jalan Tar ke, boleh la terus rembat. Yang penting, esok kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Seharusnya selautan manusia berasak-asak kat sana. Oh, tsk ! Tapi, demi tudung aku rela tempuh.

So, wait for me Jalan Tar. Finally, aku jejak jugak kaki kat sana. Hekhek..

Dup dap dup dap. Tibe-tibe bila terfikir macam tak boleh tidur pulak malam ni. Huuu ~ Nervous pun ada. Gedik. Eh, bukan nervous nak pergi Jalan Tar, tapi nervous nak tunang. Lol ! :)

Nite peeps !

3 comments:

thah salleh said...

neves nak tunang tu

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

wahh cma nak tunang ye? ble tu? smoge dipemudahkan :)

cik Nemo said...

Wahhh dah nak tunang! Welcome to the club! :)