Sunday, February 5, 2012

Misi mencari tudung accomplished !

Assalamualaikum

Sesat. Ye, kami sesat mencari Semua House even dah pakai GPS. wut the fish betul. Last-last follow kereta kat depan. Memang kebetulan betul die pun nak pergi Semua House jugak. Wahaha..

Satu je yang aku boleh cakap. Crowded ! Arghh.. Tak suka, tapi kena jugak. First thing, nak kena menyelam carik baju melayu cik bf. At first place, jumpa butik Hugo Clothier , terus gerrraabbb baju melayu kat situ. Sebab kain ngan jahitan dia cantik. Yang penting, si pemakai rasa comfort dengan baju tu. Kat sana around RM200++ untuk baju melayu kain satin.

Dah habis part dia, aku excited nak carik tudung pulak. Carik kat Semua House takde. Semua jual shawl ala-ala nak bernikah gituwww. Uh, semestinya aku nak yang low profile aje.

Maka, tanya orang sana sini, macam mana nak pergi Jakel. Finally, sampai jugak. Dan.... Aku terharu, sebab warna tudung yang aku nak, seharusnya ada ! Dusty pink atau bahasa kampungnya, belacan. Hahaha.. Tapi, tak la sama sangat dengan baju, kaler shawl ni, slow sikit. Ok la kan. Dan harga dia not bad. Kau boleh dapat dalam RM128 untuk sehelai shawl beaded yang ada kerawang. Beads dia tak lah meriah. Just nice. Sesuai la dengan jiwa aku yang just nice ni kan. Bluerk !

Oh ye, sekarang ni, kat Jakel ada buat jualan murah untuk kain pasang. So, gerraaaaabbbb la sementara masih sale nih. Kekekee.. Cik bf dah geeerrrraaaabbb satu pasang baju untuk hantaran tunang aku nanti. :)

Kedian, hal paper bag pulak. Mula-mula ingat nak DIY je. Beli paper bag yang kat Giant tu. Ala, yang biasa orang letak pisang goreng tu. Wahahaha..

Tapi, setelah aku jumpa paper bag kat satu kedai ni (aku lupa kedai ape, tapi sebelah Jakel), dia dah siap letak polka dot riben. Erm, bukan paper pun actually, more tu plastic yang ala-ala kasar gituw. Ala, tak reti nak describe la, tapi bag tu cute hokay, RM7.50/packet. So rembat 5 paket. Tak nak banyak-banyak pun, just untuk pihak laki je. Hekhek.. Tapi, yang sedih, warna pink dah takde, so amik jugak warna biru. Biru pun birulah, asal kau cute !

Bila dah penat berjalan semua, time to reward ourselves. Layan citer Chronicle. Serius, memang best even agak slow at the beginning. Terasa macam aku berada dalam situasi mereka. Tak caya ? Tengok sendiri.

5 comments:

Mr feckry said...

persiapan nak kawen ke

whiteapple said...

Seploh ronoknya dia.. Cant wait to see ur pics on that day..hehe..

Nazatul shima said...

feckry: xla, tunang :)

Nazatul shima said...

cida: hekhek..me too cda.. tpi, mcm neves..huhuhu... :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nak bertunang jugak? adik akak baru bertunnag minggu lepas..semoga semuanya selamat & berjalan lancar ye..