Monday, October 31, 2011

Luahan malam selasa

Assalamualaikum

Hujannnnn... Selebat hujan dalam hati.

Macam mana hari esok?? Agak-agak mampu tak dengar makian cacian dan umpatan?

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui..

****************************

Kadang, tak semua benda yang kita buat akan dapat memuaskan hati orang. Tak tau la nasib aku macam mana esok. 

Dup dap dup dap...

Komfom tak lena tidur malam ni.

Dah avoid dari pikir benda ni, tapi stilllll......... it keep coming. After a while, aku tak pernah rasa macam ni. In fact, kalau ada pun, still aku boleh avoid dari berfikir. Maybe, permulaan untuk exercise hati. Menjadi hati batu. Mungkin.

p/s: Cik Bf, thanks for lend me your shoulder.

Sunday, October 30, 2011

Shopping dengan spouse. Fun!

Assalamualaikum

Bila masuk je hujung bulan, mesti perasaan macam nak melompat-lompat, menari-nari. Gaji masuk weyh.. Masyukk!! Masyyuuukk?? Masyukk hape bendanya. Dah start kira hutang-hutang. Dari sekecik-kecik hutang sampai la sebesar-besar hutang.

Memang tak boleh nak jadi OKB. Even sekejap! T__T

*OKB bukan bermaksud orang kurang berotak, tapi orang kaya baru.

So, tadi pergi la carrefour sekejap. Cari stok-stok makanan untuk minggu ni. Bajet tu harus ada. Beli yang mana perlu dan yang mana nak makan. Tapi, ikutkan hati tadi, banyak lagi nak borong, tapi bf cakap, JANGAN MEMBAZIR. Maka, aku akur. Jangan membazir ye noks sekalian.

Oh, ni stok makanan aku dan bf. Eh, bf? Iye.. Semenjak dua menjak ni, kami suka membeli barang makanan bersama-sama. Rasa macam seronok pulak membeli dan belah dengan dia. Sangat fun dan situasi give and take tu ada.

At the same time, boleh bagi pendapat apa yang perlu, apa yang tak, apa yang best, apa yang tak. Yang mana murah, yang mana tak. Even, kadang tu, aku macam buat-buat tau kan. Annoying betul. Heee..:)

Demimu bola

Assalamualaikum

Sudah lumrah, bila dilahirkan di negeri Terengganu, haruslah aku akan menyokong Terengganu untuk final. Agak frust menonggeng jugak bila kalah dengan N9. It's just about luck babe.

Seharusnya semalam aku layan bola kat kedai. Kedai tu kira ok la. Tak ramai sangat pun orang. Boleh menjerit tanpa segan silu. Menepuk tampar kerusi dengan sewenang-wenangnya. Emo habis. Nasib baik tak 'kengkos' kerusi aje.


Keadaan lengang. Menyebabkan aku makin berani menjerit. HAHAHA! Nasib baik la bf aku ni sporting. Ada certain orang, mesti dah menyorok bawah meja, kalau gf menjerit bagai. Konon, malu.

Untung benor tengok kat sini. Kalau kat stadium, mesti suara aku tenggelam. Kalau kat sini, suara aku paling kuat. Memang heaven bila dapat menjerit. Gooooooooooooooooolllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!

 
Btw, nasi lemak ngan apple juice kat kedai ni memang terbaikk. Sedap bangat! Boleh la kau usha-usha area Bangi nih. Tapi, harga dia agak cekik darah kot. Bagi aku la. Bagi kau, maybe cekik usus je.

Friday, October 28, 2011

Tapak kasut tercicir

Assalamualaikum

Macam mana hari dik non sekalian? Okay semua? Takde pape yang menjengkelkan malah membebalkan? Bagus.. Bagus..

Aku, macam biasa, mesti ada benda bang*** yang jadik kalau aku mula bercerita kat sini. Cuba tengok gambar ni. Konon nak kasik kau tertanya-tanya. Why? How? Eh?

Ni bukan entri nak show off yang aku beli kasut baru. Kasut ke? Ke plum? Ke, mempelam? Argh.. Wuteva. Cuma, aku cuma nak bagi sikit pengajaran aje. Sumpah, aku bukan nak show off ok. Aku ni pemalu sebenarnya nak cakap AKU BELI KASUT BARU. Kahkah!

Niat utama, nak pergi renew lesen hokayyy.. Bukan membeli dan belah. Ingat! Renew lesen.

Sedang berjalan menuju ke klcc dengan si Ida. Tiba-tiba....

Deng deng! Tapak kasut tibe-tibe tertanggal, tapi yang hujung mampu melekat. Maka perjalanan diteruskan dengan berjalan macam orang cacat. *Malu*

Tiba-tiba lagi... Zassss! Terasa tapak dah tercicir. OMG! Mula merasakan kaki belah kanan ringan semacam. Komfom! Dah tercabut. OMG lagi! Malu nak kutip, tapi aku kutip jugak. *Malu*

Sampai kt post office, aku dapat rasakan orang sekeliling tengok aku macam orang pelik. OMG lagi! Aku rasa, diri aku macam mengecil. Adakah ini perasaan orang yang dalam kondisi tertekan dan malu-malu?


 
Maka, aku pun ajak si Ida berperang ke Vincci dan Nose. Misi mencari sebijik kasut. Bukan sebijik, tapi 2 bijik terus. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Aku bukan takat lengan je, dah sampai leher.

Moralnya, sebelum mula berjalan, pastikan tapak kasut kau digam kukuh dan melekat elok. Jangan sampai tapak tercicir lagi.

Terima kasih Ida! You save my day. Kalau kau takde, komfom aku malu sorang-sorang. Kalau kau ade, at least, boleh tumpang malu aku sekali. HAHA! Thanks dude! :D

Monday, October 24, 2011

Tiket mahal gile! | Final Terengganu vs N9

Assalamualaikum,

Kalau nak diikutkan hati, mau saje aku lempang laju-laju FAM nih! Ada ke patut, tiket final bola Terengganu vs N9 nanti dia nak up sampai 50 hengget?? Aku takdela peminat bola yang tegar. Tapi, kalau dah negeri aku masuk final, haruslah kena pergi stadium. Baru ada feel nak menjerit bila Manaf mamat sumbat bola.

Tapi, aku tak taula benda ni betul ke tidak. Yang penting, dalam facebook dah kecoh-kecoh. Haruslah aku kecoh jugak. Mana boleh lepaskan peluang.

Time aku nak pergi stadium ni la, yang dia nak up harga. Dah la first time pulak aku nak pergi. Terus hilang mood. Tapi, serius, aku STILL nak pergi ooooooooooooooooooo........(hentak kaki laju-laju)


Nak jugak rasa feel duduk dalam stadium. Kiri kanan orang conteng muka. Pakai topi badut, main gendang. Even nampak macam crowded, aku gerenti, environment mesti happening! Boleh menjerit sekuat hati tanpa ada orang memandang sinis. Sebab, semua orang akan menjerit.

AAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! Gooooooooooooooooooooollllllllllllll!!! wwwwwwwwwwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Kejorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...... Lambatttttttttttt ngatttt!! Derahhhh... derahhhh...!!!

Hari tu, mungkin keayuan dan kewanitaan aku akan menipis. Jangan terkejut, kalau tiba-tiba suara bertukar garau. Yang penting, dapat jerittttt. I love shouting hell much!

Sebab, tempat yang paling strategik untuk menjerit, di STADIUM.

Kalau harga still tak turun, jawapan dia, menjerit ala-ala alim kat rumah jela.

 

Lagi jelas muka si pemain, bebas nak menggaru rambut kalau bola tak masuk gol, dan bila lapar, boleh makan bila-bila masa saja.

Friday, October 21, 2011

Bukan semudah itu

Orang cakap, bertunang jangan lame-lame senah oiiiii.. Dok molek....

Ada yang engaged bertahun-tahun.
Ada yang engaged berbulan-bulan.
Ada yang engaged dan kahwin dalam satu hari je..

From my point of view, ecess.. Terbahasa asing pulak dah malam ni. Ok, bagi aku la kan, memang aku nak ada majlis pertunangan dulu. At least, dapat merasa, ,macam mana jadi tunangan orang. Manis ke, masin ke, masam ke, pahit ke, atau kelat.

Dan pada masa yang sama, fasa pertunangan ni la,mungkin aku dapat membaiki dan mempertingkatkan kemahiran kendiri. Pergghh~ Dah ayat macam Kemahiran Hidup Tingkatan 3.

Yela, nak kahwin bukannya satu benda yang mudah. Payah woo.. tanggung dan jawab. Responsibility itu makin besar. Biasa uruskan diri sendiri je, ni nak kena uruskan lagi sorang. Risau, diri sendiri tak terurus. Haha.. Serabai semacam. Laki balik umah terkejut, tengok si bini macam nora danish hantu mak limah. Tak  sseeeewwwwuuuaaiii gituuuuwww...

Maka, harus asah dulu bakat tu. Bukan nak jadi penyanyi je kena asah bakat. Nak jadi surirumah yang berjaya pun kena asah jugak. Skill masak, skill kemas rumah, skill jaga suami, skill segala-galanya la. All in one.

So, kalau dah agak bersedia semua tu, barulah boleh fikir pasal tunang kawin bagai ni..


Tak gituwww jijah??

Ye senahhhhhh.........

Time ni la kau nak mampus!

Macam biasa, bila malam menjelma, ada saja yang nak dibuat. Tidur tak nak la pulak. Kalau siang hari, tau pulak nak terbongkang tidur sampai ke petang. Eh eh.. Tersasul cerita pulak. Hakhak..

Addduuiii! Tadi, tengah buat spot check dalam purse, kot-kot jumpa note 50 ke. Mau gembira bukan kepalang?? Tapi, hampa. Hanya ada beberapa note 5 hengget. Malas gileee nak gi draw duit. Sedih kalau tengok dalam bank, amount makin kurang. T__T

Check lagi, check lagi, sampai la macam nak tengok gambar sendiri time buat lesen kereta dulu. Eh, nampak comel la pulak! Sila muntah sekarang.

Tapi, bukan tu yang menjadi focus point aku. Yang buat aku terkejut bagai nak rak, bila date tamat tempoh tu 13/10/2011! Oh, lesen aku dah lama mampus! OMG! Dah seminggu aku drive dengan selamba. Macam terjun dalam sungai yang ada buaya, tapi buaya tak perasan aku manusia. Lebih kurang macam tu. What the fishcake betul!

Nasib baik next week gaji dah masuk. Kalau tak, kena belajar macam mana nak tackle abang polis trafik. Tackle supaya dieorang tak keluarkan saman. Kenyit mata mungkin? Oh, nanti dia ingat aku cacat. Maybe..... Nanti aku fikirkan balik. Otak dah tepu.

Maka, seharusnya kena ambik cuti satu hari, pergi renew lesen kereta. Tak suke! Aku nak kerja! Nak kerja! Ceiitt! Gila ah berpura-pura rajin. Esok kerja, kena pura-pura rajin ye noks. Bubbyeee my alll (rosak bahasa)~

Wednesday, October 19, 2011

Konvo datang lagi!

Sana sini konvo. Konvo sana sini. Bunga bersepah-sepah tepi jalan. Tu pun semua nak cekik urat. Mahal. Standard paling murah 20 hinggit, tu pun, dapat bear kecik sekor cucuk dengan batang lidi. Nak buat macam sedap, tambah coklat. Haha.. Tapi,, takpela, sekali sekala, keluar budget lebih, tak salah.

Aku pulak, bantai beli kat Romantika. Pulun carik bear ngan bunga rare kat wangsa walk. At last, jumpa jugak bunga warna biru! Yippie! :)

Uniten. Aku pergi dah banyak kali, tapi harusla jalan nak pergi aku lupa. Maka, memang kena mintak tolong dengan angah nak pergi sana. Tak yakin beb nak redah sesat sorang-sorang.

Sampai sana, makkkk aiiihhhhhhhh~ Beriak-riak orangnya. Dah la kena parking jauh. Nasib baik la, ada bas kat dalam tu. Kalau tak, mau kena jalan kaki tengah-tengah panas terik. Tsk!

Kebetulan, girlfriend kawan cik bf aku pun ada kat situ, maka berkomplot la aku dengan Ida kat luar tuu.. Mengadap tv. Bukan tengok cerita Cinta Elysa, tapi tengok majlis konvokesyen Uniten tu. Lepas sorang-sorang. Tak muncul-muncul lagi muka cik bf, sampai la muncul jugak di skrin. Oh, tibe-tibe rasa macam nak nangis. Gembira, sebab dia dah habis study. T__T Emo je lebih. Ceiitt!

Penat la aku nak story. Moh tengok gambar! Tapi kan, memang semua pic aku ngan dia je. Picture parents cik bf, ada dalam kamera abah. :( Kalau ada, boleh kau kenal kan? Takpela, next time hokayyy..:)

Sekali, nama abah salah eja daaaa... Hehe..



Sebenarnya banyak lagi, tapi semua dalam kamera. Moral of the story, kena amik pic guna handphone banyak-banyak. Senang tapau semua pic. Haha..

Whatever it is, CONGRATS SAYANG! ;)

Wednesday, October 12, 2011

Pujian tu perlu kot.

Sudah menjadi lumrah dalam hidup, wanita suka dibelai, dipuji, disayangi dan segala macam di lagi oleh pasangan. Kalau dibelai dan disayangi tu, Insyaallah la akan sentiasa berkadar terus dengan masa. Tapi, kalau dipuji??

Before couple: Puji si perempuan tak payah disuruh. Fluent gile atur ayat. Memang terbaik!

Lelaki: Sayang.. awak ni cantik la.. comel..kiut..semua ada lah! Ish! Untungnye saya dapat awak!

After 4 years been together: Si perempuan pulak nak kena tanya.


Perempuan: Awak tak nak puji saya ke?? Dah lama saya tak dengar awak puji saya..


Lelaki: Ye... ye..cantik.. (langsung macam tak ikhlas)

HAHA!

Kau mengalami situasi ala-ala macam ni ke??

Ataupun, lepas kau baca entri ni, baru kau perasan, boyfriend kau dah lama tak memuji? Kan?

Erkkk! Kalau macam ni, agak-agak bf puji tak?? Bagi aku, sah-sah dah kena kutuk awal-awal. HAHA!

Kesimpulan: Puji-pujian akan merapatkan lagi silaturrahim.. Tak gituwww senah?

Tuesday, October 11, 2011

Gifts from him :)

Assalamualaikum

Semua orang, mesti ada cara nak cool down kan diri time pressure bekerja kan?? Before dapat benda ni, kalau kerja bertimbun-timbun, i'm little bit pressure,  tapi still boleh handle.

Bancuh kopi, minum and it works. Tapi, short term sahaja. Bila dah habis kopi, pressure datang lagi. Very bad. Tapi, sekarang, dah ada benda yang buat aku boleh cool down anytime. Just tengok je, dah boleh senyum sorang-sorang.

Taraaa!!! Meet my SUTUN! :) 

Ni bukan sutun kembali lagi dalam TV9 tu ye noks sekalian. Even aku tau, ramai yang ada benda ni, tapi bagi aku, ni memang very very the special and cute kalau nak compare dengan yang kau punya. Hehee..

Mula-mula, ingatkan dapat sutun je, tapi dapat satu lagi! Yeah, dapat drawing kartun the smurf! Hehe.. Kamu sangat comel hokayyy cik bf. :) Dalam hati, ada kartun.


Thanks dear for the gifts! Actually, bukan birthday aku or anniversary kami pun. Katanya, saja nak kasik. :) What a comel sweet muweeeettt gituww.. I like you lebih la dear! :)

Dalam kepala, terpikir nak lukis picture cik bf, pastu hadiahkan kat dia, tapi, risau kalau jadi muka yang tak diingini. Pandai ke lukis masalahnye??

Konklusinya pak pak ibuk ibuk sekalian, appreciate everything and anything even it's not a gold. But, most appreciate if it is diamond! HAHA.. Gila materialistik betul. Eh eh.. Saya tak materialistik. :)

Monday, October 10, 2011

Oh, everything mess up!

Assalamualaikum

Mood aku totally mess up hari ni. Bayangkan, pagi tadi punya malas nak bukak mata, aku bangun berdiri sambil pejam mata. Haruslah aku terlanggar pintu, gara-gara berjalan sambil pejam. Bila dah terhantuk tu, secara automatik, mata aku terbukak luas.Thanks albab :)

Maybe, semalam penat kot. Aku pergi putrajaya, pastu keluar-keluar makan kejap. Pastu drive balik ke kl ni, agak sesat jugak even aku dah follow cik bf dari belakang. Haha.. Dia laju sangat! Arghh.. Nak kena belajar drift ni. Nak lawan jugak. Cik Bf, one day, i promise to the moon and sun, you will lose! HAHA !

Oh ye, hal pic kat bawah ni, sorry la ye, aku ni pantang tengok baby comey. Memang sungguh-sungguh la aku gomol.

" Hi semua.. Nama saya Kyra.. meh add fb saya.. lagi 20 tahun, mesti dah penuh friend list saya.. Silap-silap, dah ada 3 akaun.. hihi.. Comel kan saya? Yee.. saya tau saya comel.. awak tak payah cakap.."


:)

Sunday, October 9, 2011

Kek Batik Simple | Resepi

Assalamualaikum

Hye my ollsss.. Macam agak lama aku diamkan diri kan? what to do. Busy mengalahkan setiausaha PM. Nak lapangkan diri, agak susah. Konon nak buat 30 hari cita-cita. Hamik kau.. Langsung tak bercita-cita.

Panjang pulak mukadimah. Aku tau, kau bukan rajin pun nak baca panjang-panjang. Ye idak? Malam ni, aku berbesar hati nak kongsi resepi kek batik ala-ala moist gituwww.. Bukan kering. No no no..

Niat hati, saje suka suki nak buatnye. Takde niat nak bagi kat sape-sape. Risau tak sedap! Haha.. Maklum la, first time buat. Tak kisah la, orang nak cakap, macam ais campur ngan minyak hitam ke, macam sh** ke, hape ke, kau ade? hehee.. 

Even nampak huduh, tapi, taste die, umppphh!! Tak caye, tanya pada sesape yang dah rasa. My bf, siap suruh buat lagi next week. T__T

Bahan-bahan:

1) 1 paket kecik milo
2) 1 bungkus biskut marie. Lagi bagus kau amik yang asli/original, i mean yang takde perisa.
3) 1 bar cadbury choc. 
4) 1 tin susu cair
5) 1 bungkus buttercup
6) 1 cawan gula halus

Cara-cara:

1) Masukkan semua bahan kecuali biskut marie ke dalam periuk yang dipanaskan.

2) Kacau sampai sebati dalam api yang slow je ye noks sekalian.

3) Bila agak-agak dah pekat, tutup api, masukkan biskut marie. Hancurkan biskut tu. Ikot la nak belah berapa. Suggestion, belah 4 sudaaa..

4) Gaul sampai sebati.


5) Tuang dalam loyang. Tekan tekan sikit bagi surface dia rata. (Even aku buat macam huru hara. Haha..)

6) Sejukkan. Esok boleh amik dan potong :)


Before potong. Yang after potong tak sempat nak amik, sebab sibuk packing untuk kakak ipar, cik bf ngan budak-budak bangi. Heee.. Dan, as usual, presentation aku memang failed, tapi rasa dia yang penting. :)

Mudah gile kan?? Sesuai untuk orang bujang macam aku ni haaa.. 

HAPPY TRYING! :)

Wednesday, October 5, 2011

If i'm a singer | 30 hari cita-cita

Assalamualaikum

Tiba-tiba dapat idea nak buat 30 hari cita-cita. Maksudnye kat sini, aku akan list selama 30 hari, apa yang aku nak jadi selain apa yang aku dah jadi sekarang. Paham? Jom cekedaoutttt!

If I'm a SINGER.


Aku akan jadi penyanyi yang berhijab, sebab hijab itu satu kewajipan untuk kaum hawa. Tapi, aku takkan main gitar, sebab aku tak reti nak petik gitar macam mana. Pernah try sekali je dulu, tapi yes, serius jadi lagu yang takde melodi. Plain ajeee..

Aku mungkin jadi underground musician dulu kot. Tak nak masuk main stream. Sebab, kebanyakan artis baru yang terjun dalam main stream ni, bukan sedap pun suara.Muka je cantikcantik, hensem hensem. Hoi! Selamba je aku kutuk. Hahaa..

Dan, aku akan nyanyi lagu yang ala-ala ada vokal gituwww, even suara aku taklah sesedap mana. Sebab, aku tak reti nak rap! Takut tersasul bahasa terengganu time me'rap' tuh. Tapi, tak salah pun. Maybe boleh buat album tajuk die, "ke laut weyhhh.. ke lauttt!!". Mungkin laku dijual di negeri timur saje, atau paling kesian pun, aku je yang beli untuk diri sendiri.

If I'm a SINGER.

Nak mintak mak aku jadi PA. Tak payah upah orang lain. Mak aku pun tau, apa yang terbaik untuk anak dia.  Kan kan?

" Mak, hari ni nak gi buat show kat Taman Syahbandar..."

"Oh, hari ni tak boleh, tolong mak masak kat dapur"

"Errr..........."

Kesimpulan: If i'm a singer, i'm nowhere.

Monday, October 3, 2011

My new eyewear :)

Assalamualaikum

Akibat kerabunan yang memang aku tak boleh nak elak lagi, aku TERPAKSA jugak beli spek mata. Gila kau kalau aku biarkan mata aku rabun macam ni. Mau drive sampai JB nanti. Nak pergi Bangi je. Haha..

Amoi cina yang jual spek ada cakap kat aku semalam.

"Aiyaaakk.. Manyak lo power u.. U memang kena pakai spek.. lagi, u punya mata ada silau.. kena kasik pakai lo.. mari kita tengok ape yang ok untuk u.." Amoi tu pun start jual minyak. Haha..

Time nak test mata tu, seronok gilakk.. Mari mengenal huruf. Sadis, kalau tak pakai kanta yang terang benderang tu, aku komfom fail. X nampak macam K. Kesian..

Counting punya counting dengan cina tu, last price dia kasik, RM380. Aku pulak, fikir punya fikir, ok la.. As long as benda ni tahan, gagah perkasa dan yang penting aku dapat usha benda dengan senang tanpa terlalu fokus. Contoh, peristiwa semalam.

" Awak! Tengok.. saya nampak lelaki tu pegang hotdog la.. Jom beli hotdog!"

"Haih awak ni.. sejak pakai spek, semua benda nampak..haha.."

Ok, dia perli aku.Sangat perli. Hehe..Sebab, aku punya mata lagi terang dari beliau kot. Hakhak.. Suka beb, bila dapat tengok benda crystal clear ni. Macam, mata reborn gituwww..

So, nak kenal tak sape orang baru ni??Tadddaaa!!


Meet Mr.Lee! :)

 I care you more than myself ok.Because you are worth it! Haha..

Saturday, October 1, 2011

Kau sopan tak?

Assalamualaikum

Perempuan mesti kena sopan. Sopan je, mesti perempuan.

Kalau duduk macam ni??


Adakah terlalu sopan??? 

Ish, serius.. Luar nampak ayu gituww.. Tapi dalam hati sebenarnya ada batu. maksudnye, aku ni jenis keras jugak. Beza kan dengan kawan aku yang duduk kat sebelah tu. Duduk bersipuh ayu je. Haish, bila la aku nak jadi ladies sikit. Pakaian memang dah ladies. Perwatakan yang jadi masalah. Haha..

Maybe, dulu, aku terlalu lama jadik anak perempuan tunggal dalam family. Mainan zaman-zaman kecik pun, bola sepak ngan abang-abang. Susah sangat nak tengok main anak patung dengan abang-abang. Haha.. Tu pun, main masak-masak tepi longkang boleh jatuh dalam longkang, siap pecah lagi muka i nokss.. :( Tapi, aku tak de buat plastic surgery hokayyy..

Nasib baik la still lagi ada sifat keperempuanan. At least, ada perasaan kat lelaki. HAHA!