Sunday, July 31, 2011

Hati aku remuk pecah berkecai !!

Assalamualaikum

Ohoooiii.. Sedar tak sedar, esok dah start nak puasa. Cepat kan masa berlalu?? Rasanya, baru je lagi aku bukak puasa dekat terengganu. Rasa macam bulan lepas je, tapi sebenarnya tahun lepas. Hekhek..

Dush!! Tension gila laaaa... Rasanya aku baiki laptop tak sampai 2 minggu, dah rosak balik. Argghh! Dah la kos nak baiki tu mahal. Memang sentap jugak buah pinggang aku time nak bayar tuh. Pfftt! Ni jadi sengal balik.. Tension betul!

Memang dasar nak kena jual dah laptop ni. Tak kenang betul jasa aku baiki kau! Cheese cake betul! Susah payah bf aku gendong kau pergi low yat, kau buat hal macam ni. Apa lagi kau nak?? Cooler fan pun aku dah belikan, bukan yang 15 hengget, tapi yang puluh2 hengget, mau lagi kau nak buat hal?? Hangennnnn betol la... Time-time nak masuk ramadhan ni la kau menguji kesabaran aku laptop oooiiiii.....

Takpe, kalau kau masih degil tak nak ON, aku memang nak jual aje kau. Tengok sape yang nak amik kau. Aku dah tak tahan nih... Arghhh...~

Oh, maaf kalau teremosi. Nak buat macam mana dik non oi.. Laptop aku buat hal lagi. Mau nye aku tak hangin seluruh badan, jiwa dan raga?? Tak pasal-pasal aku dah hantuk laptop ni kat atas lantai. Rasakan.. Hahahaha (gelak jahat)

Aku bertukar menjadi alien yang warak dan tidak berperikemanusiaan setelah menghempuk laptop atas lantai.

Aku sebenarnya insan yang penuh dengan kesabaran hokay noks, tetapi benda ni dah buat aku hilang kesabaran secara totally. Hanya kebangangan saja yang terbit dari mulutku. Cheese cake lagi sekali!
Dan,

Setelah mengamalkan proses cool down, aku boleh membesarkan mata sebesar ini.


Itu saje untuk hari ini. Hati aku remuk !

Saturday, July 30, 2011

Rombongan Cik Kiah ke Chinoz On The Park, KLCC

Oh, ni entri out-dated ok. Tapi, aku still nak share that moments dengan kau, kau dan kau. Time ni team aku ada safety hours celebration lepas meeting. So, kiteorang gerak pergi Chinoz, Klcc.

Macam rombongan mak cik kiah pun ada. Berderet-deret. Hekhek.. Akibat aku gunakan kamera 'HD', maka kualiti pun 'agak baik'. So, kau cuba la tengok dengan mata yang jelas tanpa kabur-kabur.

First impression aku masuk restaurant ni, "Wah! Mewah.. Semua yang tengah makan tu pakai baju mahal-mahal.. Maksudnya, kat sini, mesti makanan best2!".

Menu makanan ni aku bawak balik tau! Kata 'darakssss' kan.. Hahaha..

While waiting for foods, sempat la sembang-sembang dengan supervisor kiteorang. Banyak betul ceritanya. Comel! Hehehe..

Colleagues. Semua semangat nak makan termasuk la aku nih..

Junwen dah buat muka kenyang. Mana tak kenyang, dapat makan ikan supervisor. Hahaa..

Aku ngan gorgeous sofia. Sape-sape yang nak mengorat sofia, aku benarkan yep. Hehe.. Benci betul la picture ni. Kabur semacam. Kalau pakai dslr, mesti lagi cantik. T_T

Dah puas tengok orang, mesti kau nak tengok makanan dia kan?? Aku pun macam tu. Dah la perut dah lapar. Dah terbayang, ayam grill ke, hape ke.. Yang penting, aku boleh kenyang sampai ke malam.

Lemonade. Sedap! Masam-masam manis gitttuuuu...

Ni name ape entah. Panjang sangat. Untuk appetizer laa.. OMG! Sayurrr... Hijau gile. Memang aku langsung tak makan yang sayur tu, except the tomato ngan ayam. Hahaha.. Ok, appetizer, normal la kalau dalam small portion kan. Accepted.

Ni ala-ala chicken chop. Ni yang aku tak boleh nak terima akal. Macam mana aku nak kenyang kalau makan benda secoit ni?? Aduh... Telan jela. Rezeki kan.

Ni si sofia punya meal. Ikan hape entah. Rasa macam campur dengan tempoyak pun ada jugak. Hahaha.. But, not bad la compared dengan chicken chop tu. Hakhak..

dan , yang paling best untuk hari tu......................

tadaaa!!

Eksrimmmmmm!!! Nyummy! Best! I loikkkeee~ :)

Kesimpulan, aku memang tak pergi restoran mahal macam ni lagi. Memang tak kenyang langsung. Baik aku pergi kedai yang sedap dan in big portion. Terus kenyang dan tersenyum. Hehehe..

Anyway, ni semua ex-team helpdesk aku. Now aku dah masuk department lain untuk access admin. New team, new environment! Chaiyok!

I really had a great moments with you guys! :)

Aleesha Farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz meninggal dunia

Terkejut aku pagi ni, bila dapat tau, pasal kematian Aleesha Farhana, atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz akibat serangan sakit jantung. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau.

KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Bernama) -- Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.


Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


-- BERNAMA

Thursday, July 28, 2011

Piala Dunia 2014??? Lambat lagi tu......

Pergh... Mood bola membuak-buak sekejap. Menjerit-jerit dalam rumah sakan. Emosi betul kan? But, what to do. Aku memang macam ni kalau tengok bola. Tapi, takdela sampai tendang tumbuk dinding bagai. Kalau kalah, abis simple pun, aku carut sopan je.

Pendapat aku, goli (betul ke aku eja?) singapore tu memang LEMBIK ! Bola kena kepala sikit, terus nak stop main. Entah pape! Bajet star sangat la kan. Kalau Khairul Fahmi baru la star. Tapi sayang, khairul fahmi curang ! Oh lelaki! T_T

Bila dah senang sikit, dah tak ingat asal usul kan? Tapi, lumrah. Macam tu la. Bila susah, kita rapat dengan orang yang selalu dengan kita, tapi, bila dah senang? Kau main kayu 14. Lupa siapa berdiri di belakang kau sebelum jadi star. Uhuk! What ever it is, aku TOTAP minat kat Khairul Fahmi. :)

Oh, piala dunia tu lambat lagi. Lagi 2 tahun, entah-entah, player singapore yang agak-agak berumur dah tak larat nak berlari lagi. Haha.. Kan??

Wednesday, July 27, 2011

Kerja dari rumah, pendapatan lumayan!

Assalamualaikum,

'Kerja dari rumah, pendapatan lumayan!'.

Pernah nampak benda ni dalam internet, especially bila keluar kat google ads tu. Kes aku ni lebih kurang 'macam orang tak berdaya, tertipu oleh si penjual roti, tetapi sebenarnya bos roti'.

Perkara yang paling bodoh pernah aku buat time study dulu. Konon nak dapat duit lebih la kan.

Simple je kerjanya. Kena update balik dokumen dalam bentuk pdf yang dah sedia ada. Kerja aku copy paste sahaja, but dalam satu hari kena update dalam beratus-ratus dokumen pdf. Kerja gila tak???

Bagi aku time tu, that's is not crazy, but it's all about money! Yeah, hell money! Sanggup buat kerja gilooosssss macam tu.

Pastu, akibat kerja tu tak siap dalam masa yang dia tetapkan, payment langsung tak dapat, so burn macam tu je usaha aku. Memang siakkk! Kau bayangkan dah beberapa hari mengadap benda gila tu, last-last tak dapat bayaran satu sen pun???? Buang masa, buang tenaga! At least, kasi la half dari payment ke, kan bagus. Takde la aku makan hati sangat.

Nak tipu orang agak-agak la. Orang dah all out tu, appreciate la sikit.

Tuesday, July 26, 2011

Hari ini dalam sejarah

Pfft! Hectic day.. Hari ni ada team meeting, so kena datang awal daripada biasa. Berat gila mata nak bangun pagi tadi, tapi ku gagahi jua. Haha..

Officially, effectively today, aku dah move ke tempat lain, no more hearing calls, tapi kena tengok data yang mungkin menyebabkan aku akan pakai spek mata berkuasa kuda. Oh, mintak jauh la.. Still sayang mata aku ni even dah rabun. Haha.. Degil kot...

After meeting tadi, semua evening team makan-makan kat chinoz, klcc. Pergh.. Sedap?? Oh, memang tak! Mahal, tapi tak sedap, portion sikit gila,bak kata colleague aku, Fad, "makan celah gigi pun tak lepas". Hahhaa..

Ke, aku yang tak biasa makan makanan orang-orang kaya??

Haaa!!!! Hari ni, aku ada 3 kisah malang.

1) Tali sandal aku dah putus, dan kena sorok tali yang putus bawah tapak kaki. Kuno gila.
2) Sos nasi ayam terpercik kat baju sampai kena gonyoh dengan sabun banyak kali.
3) DAN yang paling membengangkan, atm kad kena telan! Damn! Dah la, gaji masuk esok nih.

p/s: Nak upload pic kat chinoz tadi, tapi pic tak boleh nak transfer ke pc. Once dah boleh transfer, aku update pic ok! :)

Monday, July 25, 2011

Tau tak, cara simpan duit???

Sekarang, dalam kepala aku, nak simpan duit setinggi yang boleh, yang mana aku tau, memang aku susah nak simpan duit secara konsisten. Pernah, aku try simpan duit 2 ringgit sehari, tapi, malangnya, keesokan aku korek balik tabung, dan ambik 2 ringgit tu dan beli makanan.

Serius, aku memang tak reti nak menyimpan.

Aku pernah ambik borang nak bukak akaun ASB, pasal orang cakap, kalau simpan kat ASB ni untung, tambah-tambah susah nak draw duit, tapi hari tu aku lupa nak fotostat ic. Bila mana ic pun aku lupa nak fotostat, maka aku pun balik rumah dan lupakan hajat nak bukak akaun ASB.

Cara lain yang pernah aku cuba, bukak akaun bank banyak-banyak. Maybank, bank islam ngan BSN. Awal-awal macam nak berjaya je simpan duit dalam salah satu bank tu, tapi akhirnya, kecundang bila maybank tu ada kat merata-rata dan menambah kesenangan aku nak draw duit.

Mission failed.

Main kutu? Lagi la aku tak nak main. Pasal, zaman aku sekolah dulu, aku pernah main benda ni, bila turn aku tu best la kan, dapat duit seketul, tapi time nak bayar tu, rasa macammmm... lembap gila. aahaha...

So, reject!

Kau ada idea tak, macam mana aku nak simpan duit dengan berhemah??

Hopefully, next year, our target will be accomplish. Heee.. :)

Sunday, July 24, 2011

Aku manusia gigih!

Weekend ni, aktiviti aku keluar dating kejap dengan budak tu. Jalan-jalan cuci mata kat klcc kejap. Ingat nak tengok wayang, tapi takde citer best. So, cancel tengok wayang. Before tu, aku sempatla jumpa abah dia tadi, time melawat mimi kat seri puteri. Dapat makan cempedak. Best wooo!~


(Abaikan senyum keriput itu. Ni malu-malu, pasal orang ramai kat taman. So, tak boleh nak posing lebih-lebih. Haha..)

Dalam sejarah, bila aku lepak kat kedai kereta, dari tengahari sampai ke malam.Pftt! Teman dia touch up kereta. Ingatkan, sejam je beb, rupanya sampai ke malam. Macam mana la tak sampai ke malam, nak pasang benda yang multifunction tu pun, dah amik masa berapa jam. Kalau bilang bulu kambing, maunye dah sampai 10 000 helai. Heee.. ;) Tapi, aku gembira, sebab dia tersenyum puas! Tahniah anda! :)

Yang pasti, pengakhirannya, aku dapat free car fragrance, hadiah yang kedai tu kasik kat dia, tapi dia pass kat aku. Tanda terima kasih atas sokongan gigih aku berada kat kedai kereta tu, hampir separuh hari bersama dia. Hahaa.. *Terharu*


Aku manusia GIGIH!

Saturday, July 23, 2011

Apa aku buat hari ni??

Hari ni, macam biasa, sampai awal sikit kat ofis, risau takde parking kat Vietnam Embassy. Biasanya, kalau datang lewat, memang FULL dan si penjaga parking akan buat isyarat tangan macam Usop Wilcha. Means, dah tak boleh parking. Isyarat tu memang paling aku anti. Nasib baik hari ni, still banyak parking kosong.

Zup!! Saga putih aku park kat sebelah kereta saga putih yang lain. Wah, kembar! Tapi, aku punya lagi berkilat dan cantik even dah ada kesan-kesan hitam kotoran akibat debu-debu jalanan. Cis!

Maka proses berjalan bermula, dari parking ke Exxon. Weyh, lebih kurang 10 minit jugak nak berjalan tu. Kalau jalan macam mak itik, lagi lambat la kot. Aku akan jalan macam mak itik bila aku pakai kain baju kurung yang sempit. Susah la nak langkah luas-luas. Takkan aku nak angkat kain pulak. Tak senonoh!

On the way ke ofis, mesti ada bas-bas pelancong stop nak amik gambar yang ada scene klcc. Everyday ok! Mesti ada. Yang mata sepet ada. Mata luas ada. Pakai slack dengan sport shoes pun ada, pakai topi bunga-bunga pun ada. Macam-macam gelagat tourists yang aku dapat tengok. Happy dapat tengok dieorang bergambar sakan dengan scene klcc kat belakang. Gambar aku tak nak amik ke oi?

Dah sampai ofis, melilau kejap carik member kamcing, si ida. Kalau dia takde, hidup aku tak tentu arah. Haha..

Takde la, aku memang suka sembang ngan minah tu kalau free. Satu kepala, so best la.

Ayat common antara kami:

"Wey.. hari ni kau masuk pukul berapa??"
"Oi, hari ni ko balik pukul berapa? Macam mana ko boleh masuk awal??"
"Uit, nak pergi tapau kat level 6 tak?"

Tapi, kami lagi banyak bermain isyarat tangan dan mata, berbanding mulut. Body language tu penting. Better understanding orang cakap. Haha..

Then, hari ni jugak, aku kena buat kerja-kerja cleanup untuk cleanup project. Nama dah termasuk dalam committee. So, kena bertanggungjawab hokay~ 2 jam jugak buat benda tu sume. Penat memang penat, tapi seronok. :)

OMG, dah pukul 1 lebih. Tilam dah memanggil-manggil. Aku gerak dulu. Gud night semua~! :)

Friday, July 22, 2011

Nurin yang... macam-macam!

Mana tumpahnya kuah, kalau tak atas lantai. Sama kes macam adik aku, Awin si kecik tuu.. Posing bukan main pandai. Tak tau la dapat gen Y dari mana ni. Haha..

Tapi, serius, minah ni pandai betul bergaya depan kamera. Aku pun tak sepandai ni time kecik-kecik dulu. Amik gambar pun malu-malu. Macam la ada orang nak ngorat kan sampai nak malu-malu. Pehal? Hahaha..

Cuba kau tengok gelagat Awin!


Muka angkuh.


Muka pelik.


Muka konon friendly ngan Adam.. Hakhak..

dan muka yang paling aku geram, muka

GEDIKS.............



HAHAHA!

and when she's naturally posed, sumpah cute! ;)



Rindu Awinnnnnnnnn................... Wuwuwuwuwu.... ;(

dan, cuba kau tengok aku time kecik. Langsung tak pandai amik gambar.


Kan? Hakhak...

Thursday, July 21, 2011

Ikut cikgu, anak-anak....

Dulu, aku suka main cikgu-cikgu dengan adik aku, Amir. Komfom aku jadi cikgu, dia jadi anak murid. Berlagak macam teacher. Tibai kasut tumit tinggi mak aku. Jalan terkedek-kedek. Biasala, budak 9 tahun, mana nak pandai stabilkan diri pakai kasut tumit tinggi. Ye idak?

Pegang buku teks tahun 3. Pegang rotan yang aku lupa datang dari mana. Yang pasti, aku tak rotan adik aku walau dia salah sebutan, pasal aku pun cikgu yang dungu time tu. Nak mengajar, tapi tak pandai. What the fish betul!

Bila jiran sebelah tengok, mula malu-malu. Senyap sekejap. Risau, jiran dengar aku ajar benda yang salah kat si budak kecik tu. Budak kecik tu memang tak tau pape bila aku ayam-ayamkan dia. Hekhek... Kesian adik aku.

Bila cakap pasal ni, aku teringat zaman aku kerja kat tadika dulu. Ada sorang cikgu ni, dia ajar english. Bahagian BURUNG dan HAIWAN.

Ok anak-anak... Ikut cikgu.... P...A...R...R...O...T... Parut....!

Budak-budak pun ikutla ape yang cikgu tu sebut. Parut!

Haru biru.....

Sebab tu, aku setuju, kalau sekarang, sape-sape yang nak jadi cikgu tadika, kena ada pendidikan yang tinggi. Sebab, kita nak 'menconteng sesuatu di atas kain putih'. Kalau dari mula dah salah ajar, macam mana generasi mereka nak jadi pandai. Kan? ;)

Pregnant dan wanita

Pernah tak kau rasa perut ibu mengandung???

Confirm kau rasa, bulat, dan ada objek kat dalam. Tapi, pernah tak kau rasa, kaki baby tu bergerak ke, tangan bergerak ke, apa-apa jela. Asal benda tu bergerak??

Aku dapat rasa woo! Ops! Bukan aku punya perut, tapi colleagueakupunyaperut! Excited kejap. Pasal, aku tak pernah dapat sentuh perut yang still ada baby. Hakhak.. Indahnya jadik bakal ibu ni. :)

Tadi, aku dapat rasa baby tu bergerak. Macam dah tak sabar nak keluar. Mesti menggeliat dalam perut tu. Baru bangun tidur kot. Comel!

Pftt! Sabar ye shima, sabar... Jangan gatal bedo'oh sangat. Hihihi.. ;)

Update: Semoga Allah memudahkan mak sedara aku deliver baby.. Dah masuk wad tu.. Darah dah turun.. Maybe kena bedah.. Risaunye.. :(

Yeay, yeay! Puasa dah tak lama lagi!

Esok dah khamis. Cepat betul masa berlalu. Ni pun dah nak masuk akhir bulan 7 dan tak lama lagi kita akan sambut Ramadhan Al- Mubarak. Alhamdulillah, masih lagi kita bernyawa untuk beribadat pada DIA.

Tahun ni, aku takde semangat sangat nak raya. Tapi, actually, baju raya dah berpasang-pasang hantar kat tailor. Tapi tak sure pulak dah siap ke belum. Yang pasti, SANGAT BANYAK ok. Macam-macam warna ada. Tema? Entah! Takde tema kot. Bantai pakai yang mana aku rasa paling cantik untuk aku gayakan hari raya nanti.

Tahun lepas, kasik duit raya kat anak buah yang kecik-kecik, agak-agak dapat dalam 3 hengget sorang. Ok la tu, lepas la dieorang nak beli aiskrim potong 30 batang kan. Kenyang untuk 1 bulan. Tapi, tahun ni, tak sure berapa dapat kasik kat dieorang. Tengok budget. Kot-kot dapat lebih sikit ke? Mana nak tau kan? Kehkeh..

Tak sabar nak puasa. Nak rasa kenikmatan Ramadhan macam tahun lepas. Tapi, tahun ni, puasa sorang-sorang jela, bukan dengan family. Kalau tak, boleh rasa mak masak.

Beli onde-onde yang ayah beli tiap-tiap hari. (fav aku tu onde-onde!)
Minum air tebu hampir tiap hari.
Bangun sahur, dengan mata pejam, terhantuk pintu dapur.. (bukan tiap-tiap hari)
Shopping raya dengan mak ngan adik.
Wah, seronok betul feeling tu! Yang paling best, dapat pergi terawih dengan mak. Tahun ni, tak merasa la.. :(

Hopefully, ramadhan tahun ni, dapat jadikan aku insan yang lebih baik dari semalam! Amin..:)

Oh, btw, aku sangat kepingin nak jumpa Dato' Sheikh Muzafar! Hensemsssss wooooooo~~ Picture captured on 2008, dah 3 tahun picture ni. Muda jetik lagi! Hahaha..

Tuesday, July 19, 2011

Please, entertain me!

Housemate. Apa yang ada dalam fikiran kau, bila aku sebut housemate?

Rakan serumah. Yes, betul.
Rakan berbual. Yup, partially correct.
Rakan teman tidur. Yeah, pasti.
Rakan ......................

Housemate ni penting kot. Penting untuk perkembangan otak. Kalau terperuk kat rumah without talking to anyone else, boleh jadi kejang otak. Cakap sorang-sorang, macam tak betul pulak.

Aku ni jenis yang suka bercakap tau. Tak kisah la benda tu penting ke tak, perlu ke tak, janji aku dapat bercakap. Mak aku pun cakap, aku ni mulut banyak. Hekhek.. No wonder la adik aku pun mulut banyak, copycat kakak dia.

Sebab tu la, dalam satu hari, kalau dibundarkan dalam, 10 calls++/day, kalau bercakap dengan boy aku. Benda tak penting pun nak cakap. Annoying betul. Bukan dia yang annoying, aku la yang sooo annoying tuh. Hakhak. Nasib baik dia ok ok aja. :)

So, housemate memang sangat penting kalau kita berjauhan dengan family. At least,kita boleh assume mereka as our family jugak kan. Mak aku selalu cakap, kalau pergi mana-mana, jangan bermusuh, anggap semua orang macam keluarga kita. But, NOT ALL ok. Certain orang yang aku rasa boleh trust, boleh jadi kawan time susah-senang, dan yang penting tak mengumpat dan tikam aku dari belakang.


I heart all of you!!!

"Love all, trust a few, Do wrong to none."

(William Shakespeare (1564-1616), British dramatist, poet. Countess of Rossillion, in All's Well That Ends Well, act 1, sc. 1, l. 64-5. A mother's advice to her young son Bertram, as he is summoned by the King to Paris.)

Monday, July 18, 2011

Tolong bukakkan boleh?

Dulu, orang selalu berpendapat, kalau pakai kereta mewah, kereta bmw 5 series, 6 series je yang boleh bukakkan pintu kereta untuk perempuan idaman mereka. Tapi sekarang? Tak kotttt.. Aku rasa semua tahap pun dah pandai nak romantik sakan macam tu. Kan? Yang pakai kancil pun ada. Takde lagi pemikiran macam tu kan?

Motif? Objektif? Subjektif? Adakah kau rasa benda tu satu habit atau kau memang saja nak show off depan semua orang yang kau, lelaki gentleman? Atau, kau nak lembikkan si perempuan yang memang sinonim dengan sifat cepat touching?

Tak salah pun bukakkan pintu kereta kat girlfriend ni. Pendapat aku, kalau kau jenis lelaki macam ni, kau romantik kottttt... Tapi, aku tak tau la betul ke tak hipotesis awal ni, pasal aku tak pernah dalam kondisi tu. Yes, tak pernah hokay.

Aku lagi selesa bukak sendiri pintu kereta. Tak payah nak tunggu si lelaki terkejar-kejar nak bukak pintu kereta untuk aku. Tak perlu kott.. Pasal, aku rasa lagi cepat kalau buat sendiri. Dan, masa pun dapat dijimatkan.

Maybe aku berfikiran kolot, tapi aku tak perlu nak susahkan orang untuk buat sesuatu yang aku boleh buat sendiri. Ayah mak dah ajar macam mana nak bukak ngan tutup pintu. Aku pun dah aplikasi benda tu dah banyak tahun, so no issues for me.

Hm, tapi tu bagi aku la.. It's all depends. Kalau kau perempuan jenis yang suka dimanjakan, dan lelaki yang jenis romantik, yes, this is your way. No offense. :)

"We love the things we love for what they are."
(Robert Frost (1874-1963), U.S. poet. "Hyla Brook.")

Sunday, July 17, 2011

Money, do you love me? Hell NO.

Makin berusia, makin banyak benda nak kena fikir. Makan minum, minyak kereta, road tax, duit kereta, sewa rumah, bil telefon, bil internet dan segala macam benda. Rasa macam nak pecah jugak kepala bila fikir semua benda yang yang... sangat buat aku rasa down.

Kadang, terfikir, nak buat lebih kerja dalam satu masa. Mana tau, rezeki makin bertambah? Tuah ayam nampak kat kaki, kalau tuah manusia siapa yang tau melainkan Allah Taala. Kan? ;)

Hopefully, aku dapat fikirkan something yang buat aku semangat dan tak down lagi, dan dapat senyum macam ni.



:)

" Children need money. As they grow older they need more money. They need money for essentially the same reasons that adults need money. They need to buy stuff....They need it regardless of whether they get good grades, violate a family rule, or offend a parent. "

(Donald C. Medeiros (20th century), U.S. professor, psychology, Barbara J. Porter, U.S. school counselor, teacher, and I. David Welch, U.S. professor, psychology and author. Children Under Stress, ch. 2 (1983).)

Saturday, July 16, 2011

Sukan SEA 2011 kat Indonesia la..

Still in PTD mode. Semalam hampir 4 pagi tidur, tapi yang kesian, kebanyakan dalam buku TAK MASUK! Arghh... Tension betul! Tapi, takpe. Ayah dah bangun pagi-pagi. Mesti risau aku pergi lewat. Kehkeh.. Aku sampai awal je. Exam pun belum start lagi, tapi semua orang dah duduk kat tempat masing-masing. Aku selalu malu macam ni T_T

Takpe, langsung tak mematahkan semangat aku nak jawab exam. Soalan pengetahuan am, ok la. so-so. First half ok la, pasal apa yang aku baca ada masuk, tapi, makin lama soalan makin pelik. Maksudnya, aku langsung tak baca benda tu semua! Oh my gucci! Semangat pun mula patah. Krrrkkk!!!(bunyi semangat patah)

Ambik semangat balik. Dah siap seksyen A, aku mesej ayah. Curious gila pasal soalan sukan.

Aku : "Ayah, sukan sea tahun ni kat Filipina ke Thai??"

Ayah : "Indon"

Arghhhhhhhhhh!! Langsung salah! Nampak sangat tak minat sukan kan? So, kecewa lagi.

Maths! Paling aku suka. Tapi, pasal kebarangkalian, semua aku main tikam je. Pasal, aku lupa formula untuk kebarangkalian. Haha.. Kalau cikgu Math aku dengar ni, mesti dia kecewa. Pasal, kebarangkalian pun aku tak tahu nk jawab. Serius beb! Yang aku sukasangatsebabsuduttakmasuk. Haha..

Dah selesai maths, keluar kejap dari dewan. Beku otak kalau duduk lame-lame. Nanti nak jawab esei pulak. Lagi satu, air botol yang aku dapat, dah habis aku minum. Yang aku pelik, macam mana orang sebelah aku langsung dia tak sentuh air tu??? Dia tak pening ke? Tak mabuk ke tengok soalan banyak-banyak?? Musykil.

Soalan paling kacang untuk hari ni, seksyen yang jawab soalan pemahaman. Siap awal kot. Berlagak kan. Kehkhe.. Tapi, yang menyentap hati bila tengok soalan esei yang...... Argghhh... Yang memerlukan otak aku memerah idea. Dan, hanya seciput je yang keluar. Maka, aku belasah aje apa yang ada dalam otak. Teknologi nuklear ngan recycle.

:: Buat pemeriksa kertas Nazatul Shima, saya memohon maaf jika terdapat kesulitan time nak baca esei saya tu, pasal saya just potong je ayat yang saya tak suka. Saya tau, saya potong bukan hanya satu garisan, tapi dua garisan sekaligus dan saya potong tak guna pembaris pun, just freehand. Saya tak guna liquid pun, pasal masa sekolah dulu, cikgu larang saya guna liquid. Sorry.

So, macam tu la kisahnya. Conclusion, aku rasa aku tak mampu masuk PTD ni, pasal exam susah. Ni baru exam, belum lagi PAC or interview. Haih, tapi hopefully dapat. Haha.. Psycho diri sendiri jap.



Saje je nak tempek. Jangan marah.... :D

Selamat solat Nisfu Syaaban malam ni. Bye bye semua! ;)

Jom boikot ayam! Tapi, boleh ke?



Dah nampak picture kat atas? Iya, tula lunch untuk aku before masuk kerja.
Nasi putih + ayam. As usual.
Macam masuk alam kampus balik. Hari-hari makan benda yang sama. Tapi, tak pernah muak. Sebab, ayam tu besssssssssssttttt~

Dan, sebab selalu makan ayam, kau tengok lengan aku. Boleh lawan malik noor tak?


Tough kan? Haha..

Tula, baik kurangkan makan ayam, nanti tak pasal-pasal ada orang nominate aku untuk lawan Malik Noor. Haru. Tapi, boleh ke aku dan ayam dipisahkan? Boleh ke aku didekatkan dengan ikan keli?? Oh, yang tu, NEVER ok!

Ikan cermin maybe, tak pun cuba makan tauhu macam Cik Epal. Eh, tauhu ke, soya ey? Lupa. Hee.. Sorry.. Yang menarik, aku makin kuat makan. Pantang mengantuk, mesti cari makanan kat cafe. Hahaa...

What to do kan? Namanya manusia. Kalau tak kuat makan, abnormal kot. :)

Wednesday, July 13, 2011

Kisah jakun di stesen LRT

Hari tu, first time aku naik lrt. Semua nampak macam ganjil bagi aku. Last aku naik, past few years. So, bila jejak kaki masuk dalam lrt tu, rasa macam, Oh! Gayat! Tapi, sebenarnya, tak pun, perasaan aku je time tu.

Bila nak beli tiket, kena beratur. Kalau nasib tak baik, memang panjang. Pernah hari tu, panjang gile! So, aku decide, nak buat kad touch n go. Plus, time tu aku pun selalu guna bas nak pergi kerja. Maklumla, kereta still kat terengganu.

Dalam kepala aku time tu, kalau nak reload kad touch n go, either kat stesen lrt atau kat tol. Tapi, sumpah aku tak tau yang boleh reload dekat machine yang warna biru kat stesen lrt. Jakun kan? Betapa aku tak explore lagi environment kat sini. Yang aku tau, pergi-balik, naik-turun bas. Lurus betul keadaan aku time tu. Tsk! Tapi, takpe, asal keselamatan terjamin.

Time tu, kawan aku, Huda, ajar macam mana nak guna machine tu. Hahaha.. malu, tapi mau! Tu la orang cakap kan, kalau tak tau, tanya, jangan jadi bodoh sombong. Kang tak pasal-pasal sesat dalam kehidupan.

Moral of the story, try new things even benda tu kau rasa macam tak logik je kalau kau buat.

PTD Exam untuk kedua kalinya|Tips included!


PTD. Semua orang kerajaan tau, PTD tu stands for what. Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Tapi, sape-sape yang pergi exam, agak kecewa pasal susah kot nak lepas. Padahal, soalan maths tahap SPM je pun. Kerek tak ayat aku? Yup! Memang.

Ni second time aku dapat pergi exam PTD. Pada pemikiran aku, mesti result sama je. *GAGAL*
Bukan aku nak down kan diri sendiri. Dah memang macam tu kot result dia. Tapi, demi mak dan ayah, aku pergi jugak exam tu for this week. Kena gembirakan mak ayah ok. Precious tu.

So, the best tips yang aku dapat dari colleague aku yang dah lulus exam, tapi sangkut kat PAC.

1) Bukak internet, cari pasal kenegaraan. Bapak! Banyak gile nak kena baca, so main fb.

2) Bukak buku maths PMR dan SPM. Tapi, lupa formula maths. Down. Tutup buku, tidur.

3) Jawab tiap soalan within 1 min. Don't overthinking.
* Aku ni jenis overthinking. Pasal tu kot aku tak lulus.

4) Last tip, kalau tak tau nak jawab, guna dadu.

Hmm.. Menarik minat jugak tips dia ni. Boleh try kot. Tapi, aku memang tak berharap sangat pun. Mostly, yang mintak PTD ni, ramai yang dapat pergi exam 16 Julai ni. So, percentage nak dapat job ni 0.001% je. Bukan aku nak down diri sendiri, tapi ni namanya reverse psychology. Again. Pft!

Satu hal lagi, nak beli bahan rujukan pun susah. Bukan susah ape, cuma malas nak beli buku tebal-tebal yang memang aku tak baca. Nak beli yang online pulak, macam mahal pulak. Haha. Kedekut gila.

Hopefully, aku dapat buat yang terbaik la exam kali ni. Amin..~

Tuesday, July 12, 2011

Kakak ipar masak sedap, kenapa aku masak tak sedap?

Seperti biasa, bila aku kena masuk kerja pukul 1 tengahari (heavan bukan?), aku mesti akan bangun tepat jam 11 pagi. Oh, solat subuh semestinya aku bangun.

Dah siap semua, aku makan dulu sekeping dua biskut danone yang aku beli dari bulan 5 tapi tak habis-habis. Bila entah nak habis. Panaskan enjin kereta jap, pastu gerak pergi kerja. Ni la rutin harian aku selama beberapa bulan aku kat negeri orang.

Kadang terfikir jugak, kan best kalau kerja je kat terengganu dulu. Pergi kerja minyak kereta isi 20 hengget je seminggu. Kalau kat sini, jangan mimpi. Maunye sesat time minyak dah kuning? Kalau kuning ok lagi pasal boleh gerak 150km lagi, sempat la aku jumpa station minyak, tapi kalau merah, how? Jatuh maruah kalau kena tolak kereta. Ye idak?

Tapi, aku pun sedar, bila aku duduk jauh ngan family, aku agak berjimat. Kalau dulu, nak beli baju ke hape, beli je, tapi sekarang, kalau nak beli baju, pikir 40x, tu pun tak jugak habis pikir. Rotate jela baju yang aku ada tu. Hahaha. No one knows.

Ha,pasal rumah sewa pulak. Ok la rumah ni. Standard rumah family. Semua dah complete. Tapi, aku ni still jugak beli makanan kat luar. Takde masa nak masak. Weekend jela, jarang-jarang aku masak.

First time aku masak, buat tomyam. Haha.. Ok la kot. Not bad. Boleh improve lagi kot. Tapi, kakak ipar aku masak, memang best giler! Hari tu aku pegi umah dia, 2 pinggan aku balun. Musykil jap, nape aku tak boleh masak sedap macam dia masak? Oh, mesti sebab mak takde kat sebelah ni.

Eh, maggi dah kembang! Jom makan maggi dulu!

Monday, July 11, 2011

Alarm you! | Day 1

I'm BACK!!! ~


Wait for my load of stories yeah! :)

Be a GOOD people ok! Hakhak..

Bunch of love! xoxo