Friday, April 29, 2011

Kad saya sudah kena makan la!

Nak tergelak pun ada jugak. Kenapa tiba-tiba aku nak tergelak pulak ni?

Takde, tadi borak-borak dengan en.bf kejap. Dia ada cerita, ada satu customer ni call. Chinese male. Lebih kurang macam, kad bank dia dah hilang la.

Ermmm.. Nak describe camane ye chinese tu. Lebih kurang macam lemau, dan mungkin LAMPI. Oh, hate lampi people. Tapi, aku pun tergolong dalam golongan lampi. Hihi.. First time dengar chinese lampi. Usually dieorang cepat je pick up berbanding kita ni kan.

So, conversation dieorang lebih kurang macam ni la.

" Ellooo.. Ini ********** bank kaa?? saya punyaa kad suda kena makan looo.. macam mana ni.. kad saya ada duit spoloh ribu lebih maaa.. nanti abis la duit saya.. kad suda kena makan.... "

" Ye encik.. Ooo.. Takpe, encik jangan risau.. Boleh tukar kad lain.. "

" Ooo.. boley ka macam tu... tapi kad saya suda kena makan... habis la duit saya... "

" Takpe encik.. Jangan risau.. Encik boleh buat kad yang lain.. "

"Tapi.... bla bla bla bla... " *aku dah malas nak ulang ayat yang sama*

En.bf --> mengalami tekanan yang serius dan nak mengalami sindrom gelak terlampau jugak.

Rupanya, complicated jugak nak entertain customer ni kan. Banyak songeh pun ada. Yang tak paham bahasa pun ada. Kalau en.bf pandai mandarin, aku agak mesti dia dah cakap bahasa mandarin. Kihkih..

Sabar jela ye :)

Nyanyuk sekejap di pagi jumaat

Salam Jumaat kawan-kawan! Hari ni, seperti biasa, cuti yang menyeronokkan! Boleh bersuka ria di rumah, tapi pagi tadi mak aku ajak pergi pasar kedai payang. Breakfast kat sana dan beli barang-barang nak masak. So, dengan mata yang berat dan badan yang lemah, aku capai tuala, dan.... Mestila pergi mandi!

Yang hangin satu badan, bila carik barang tak jumpa-jumpa. Aku duk mencari scarf hitam, lupa kot letak kat mana. Nyanyuk? Tak! Ni mesti akibat otak aku masih lemau kena kejut secara mengejut. Hahaha..

Bercakap pasal nyanyuk ni, kau pernah tak letak barang, tapi lupa letak kat mana. Pernah kan? Aku memang dah berkali-kali macam ni. Dah terbiasa, tapi aku akan rasa satu perasaan yang 'sangat best'!

Kenapa??

Sebab, hati aku akan cakap, "ye! Kat sini!"

Tapi, otak aku cakap, "Mane ade weyh kat sini.. Ingat balik! Ingat balik!"

dan

anggota badan terus respond dengan menggeledah semua barang.

Pfft! Geledah tu rajin, nak simpan balik tu, lagilah 'rajin'. Tsk! Jadi, kesimpulan dia, letak barang tu, kat tempat yang senang nak nampak. Jangan duk sibuk nak letak barang merata-rata, konon nak kasik nampak barang tu gila banyak. Apa kejadahnya? Last-last hati yang sakit. Kan?



Di pasar tadi. Tau tak, apa yang aku pegang? Aku sedang pegang ikan. Hehe.. Oh, please. Aku makin gemuk. Tak mau dah makan nasi pukul 12 malam. *carik penyakit betul!* T_T
Start again my diet journey :) Aigooo!

Wednesday, April 27, 2011

Ada orang nak tengok gambar kematian Nazatul Shima | SERAM

Hye geng-geng semua! Kenyang, kenyang. Baru balik makan nasi kat kedai dengan family. Malam-malam still makan. Macam mana la nak diet. Ok, bosan cakap pasal diet. Meh, aku nak citer pasal 18SX nih. Eh, bukan 18SG. Ganas ke?


klik pada gambar untuk gambar gajah.

*Gambar kematian Nazatul Shima* Sampai hati!

Even aku tau, dalam dunia ni ramai yang bernama nazatul shima, tapi aku tetap TAKUT! Ada jugak manusia yang nak tengok gambar kematian insan bernama nazatul shima ni.

Aku tak tau la ape kejadah yang keluar bila search ayat ni kat google. Gulp! *Telan air liur dengan kuat*. Harap-harap bukan gambar atau web yang meraban yang memang modus operandinya nak memusnahkan Nazatul Shima di muka bumi. Oh, aku merapu lagi. Abaikan.

Tapi, serius, APA KEJADAH kau search benda ni???

Meh habaq mai kat aku. Kan lagi bagus kalau kau search Gambar Kahwin Nazatul Shima ke, Gambar sengal Nazatul Shima ke, Gambar comey Nazatul Shima ke, haaa... Ada jugak faedahnya. So, takdela aku mengalami kemurungan tahap kritikal nak fikir kenapa kau search ayat ni. Hoho...

Tapi, takpela wahai sesiapa yang search ayat ni. Semoga kau dapat apa yang kau nak. Hokay tak ucapan ikhlas aku tu? Haha.. Even, aku rasa ayat ni bukan khas untuk aku punnnn, tapi nama aku tetap Nazatul Shima. *Perasan sekali sekala takpe, jangan selalu sangat*

Sekian.

Tuesday, April 26, 2011

Semakan Keputusan DPLI 2011| MEdsi

Oh, buat pengetahuan anda semua, aku ada apply DPLI untuk tahun ni. Sebenarnya, nak apply KPLI aje, tapi terapply la pulak DPLI ni even, aku dah tau memang tak dapat punya.

Macam mana boleh terapply???

Ok, macam ni. Hari tu, aku pergi BSN, dengan confident nak beli no pin untuk KPLI. Bila aku tekan je button untuk pembelian no pin KPLI, keluar pulak ayat yang ala-ala nak cakap yang KPLI tak bukak lagi. Sob sob.

Aku ingatkan, aku la manusia yang terlewat yang nak beli no pin KPLI, rupenya, aku la manusia terawal yang nak beli no pin KPLI tu. Bayangkan, KPLI belum pun bukak lagi, tapi aku dah terhegeh-hegeh nak pergi beli. Hahaha..

Last-last nak cover malu, beli la jugak yang DPLI punye. Haish, ikutkan hati malas nak beli, tapi cover malu tu lagi penting.

Kalau relate dengan kos aku, ok la jugak. Ni semuanya takde kena-mengena langsung dengan kehidupan aku melainkan English dan ERT. Oh, ERT tu aku amik zaman f3 dulu la. Haha..

So, try la apply English. Bajet orang UK kan. Haha.. Dan, kenapa aku tak pilih ERT? Pasal, aku tak reti menjahit. Maunye dia mintak kau jahit yang pelik-pelik, tak ke menyusahkan diri namanye? Kalau setakat jahit jelujur tu, pejam mata je beb.

Makanya, dan seharusnya, aku GAGAL untuk ke ujian MEdsi. Hihihi...

So, sape-sape yang belum buat semakan untuk ujian MEdsi boleh berbuat demikian di link ini. Make sure kau masukkan no kad pengenalan yang betul. Jangan letak no ic nenek kau pulak.

Monday, April 25, 2011

Perlukan Peta Negeri Terengganu

Siapa cakap, kita takkan sesat di negeri sendiri, even pure se pure purenye kita ni anak jati negeri kita?? (Berbelitkah penyataan aku?)

Perumpamaan tu langsung tak boleh pakai bagi insan bernama Nazatul Shima. Ternyata, aku masih lagi kebingungan jalan-jalan dan tempat kat Terengganu ni.

Yang aku mahir, jalan nak pergi kerja, Giant, mydin, sabasun, bandar. Yang lain tu, suam-suam kuku dan yang paling sedih, ada jugak tempat yang langsung aku tak tau. Seram kan? Memang cetek ilmu jalanraya.

Aku MEMANG anak jati Terengganu hokay, yang tu memang tak boleh disangkal lagi dengan pengunaan 'G' yang obvious dalam percakapan aku, tapi aku fail kalau bab jalanraya kat sini. Belum lagi drive kat KL. Kalau kat sane, aku tak taula ape jadi. Harus carik GPS sebijik buat pekasam.

Alkisahnya, kelmarin ;

Ada event pembahagian netbook untuk student kat Terengganu ni, so aku semestinya terlibat. Macam mana entah, kompleks darul iman, aku sangkakan wisma darul iman. Dah la dua tempat ni bapak jauh.

Then, kena patah turun balik pergi kompleks darul iman, tu pun tak kenal kat mana. Agak nak menangis jugak aku pagi tu, pasal sumpah aku tak tau tempat tu kat mana. Meraba-raba jugak aku pagi tu. *sigh*

So, aku tanya kawan aku yang sememangnya hebat pasal jalanraya ni kan. Explain punya explain, still tak paham. Kawan aku dah penat meng'explain', tapi aku still lagi tak dapat catch-up. Pe jadahnye jadi orang terengganu macam ni.

Shuh! Memang kena pergi kursus sayangi Terengganu ni. Dan, akhirnya, mestila aku dapat catch-up kan kat mane, takkan aku nak jadi bebal seumur hidup kan.

Bila sampai je kat sana, haish, pak guard pulak yang tunggu dekat gate. So, dengan muka angkuh (ala-ala orang penting), aku drive masuk kawasan tu. Nasib baik dia tak tahan kereta aku. Kesian orang kat belakang aku kena tahan. Kihkih..

So, moral of the story, buat muka ala-ala angkuh sikit, baru orang akan ingat kau tu orang tersangat penting. Aku tak tipu woi. Cuba kau buat.

Macam tu je cerita dia. Seronok tak? Hahaha.. :)

and meet my new friend, Bell! Asyik-asyik new friend kan? Nak buat cane, i love to make friends. :)



She's married ok. Tapi, nampak macam anak dara lagi. Kan kan?? She's pretty! Dan sangat lembut bila bercakap. Oh, how i wish, i can be like her. Lembuttt gituuu.. ;)

Ehem.. ehem... Awak, saya stop kat sini dulu ye.. Nanti, next entri saya back to normal again. Saya mau jadi lemah lembut sekejap... :)

Saturday, April 23, 2011

Tonight Activity

Oh, as usual, unplanned activities. Having dinner with my sis in law tonight. Ingat nak tapau je, tapi tiba-tiba ayah cakap nak pergi tahlil, so kami wanita-wanita sejati kat rumah ni, amik peluang untuk keluar makan kat luar.

Sangat tak senonoh kan? Tapi, nasib baik aku belum berumah dan tangga lagi. Hikhik.. After married dah tak boleh buat macam ni selalu tau. No no no.. Nak buat selalu, boleh, tapi yang penting, kena dapat keizinan dari husband macam my sis in law ni. Gud gud... Hee..

Kitaorang meranggos kat food court tepi Giant je. Aku pun tak tau la food court tu, orang panggil ape, yang penting kat situ banyak sangat gerai makanan. Macam-macam ada. Tapi, aku bantai char kuey teow. Redah aje...

Tiba-tiba jumpa si Shima Nadia and her bf dengan Pojan and the gang. Kebetulan pulak. Tu pun, aku perasan bila si Shima panggil nama aku. Kalau tak, memang aku langsung tak perasan. Rabun jauh kot. (Aku patut pakai spek)

Sembang punya sembang, maka Char Kuey Teow langsung tak habis. Kenyang sangat! So, after da selesai semua, maka aku cuci mata jap kat shop lot seberang jalan. Nice nice. Tapi, HARUS berjimat! So, say NO for SHOPPING on this time being. T_T

Dan yang penting, WAJIB pulang sebelum my bf, my along and my ayah marah. Hee.. :)

Sorry guys. No pictures for this entry. Maybe i should stop snapping horrible pictures of mine. No benefits at all.

Friday, April 22, 2011

Berani 'dia' mainkan perasaan aku!

Semalam aku bantai tidur awal gile. Mesti kes penat berswimming dalam kolam adik aku nih. Start pukul 9 lebih tertidur, pastu bangun-bangun je pukul 4 pagi. Pergh. Seram habis nak bangun masuk bilik. Tapi, takpe, think positive. Common word babe.

Nak cakap pasal seram ni, aku teringat satu kisah ni yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Before rumah aku di'renovate', bilik tidur aku betul-betul tepi tingkap luar rumah. Nak jadikan cerita, tengah enak-enak tidur, tiba-tiba aku terbangun. Tengok jam, pukul 3.15 pagi kalau tak silap. So, aku pun nak sambung tidur balik la. Awal lagi tu.

Bila nak lelapkan mata, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi benda jatuh merintik-rintik atas tikar getah. Ala, macam mana ey aku nak explain. Lebih kurang macam batu-batu kecil jatuh atas tikar getah yang agak menggelembung. Banyak kot! Aku dah mula berpeluh, dan yang pasti aku dah boleh dengar jantung aku berdegup laju!

Aku kuatkan semangat. Nak bangun masuk bilik mak, lagi TAKUT pasal kena berjalan keluar bilik. Entah-entah terserempak kat luar ke? Oh, NO! Aku rela duduk dalam selimut. So, aku duduk dalam selimut tu sampai la ke pagi.

Esok tu, cepat-cepat aku tengok kat luar rumah. OMG!! Terkejut! Kau nak tau , apa yang aku jumpa? Alien? Batu permata??? Bukan.. Bukan.. Ni yang aku jumpa.

.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.
...
.

TAHI KAMBING HOKAY!!!!

Pergh... Sakit hati betol! Kambing ni memang main-main dengan hati dan perasaan aku malam tu. Ada ke berak kat tepi bilik aku. Cis punya kambing!Pftt!!

Thursday, April 21, 2011

Friendship itu PENTING!

Kawan tu penting kan? Kadang, kita cakap je penting, tapi kalau duduk sorang-sorang macam ok la pulak. Kalau kawan tu PENTING mana mungkin duduk sorang tu ok. Mesti akan rasa tak ok. Aku pasti!

Bagi aku, kawan tu penting sangat. Tapi, mesti erti kawan tu macam sekejap je. Bila dah habis belajar ke, atau jangka masa kita bersama mereka dah habis, mesti dilupakan. Sedih kan?

Dulu, everything kita share together, but now? Entah. Kalau jumpa, mesti dah rasa janggal. Nak gelak salah, tak gelak pun rasa salah. Tak macam dulu-dulu. Selalu usik-usik sesama sendiri. Rindu masa tu. T_T


kak yah takde kena mengena dengan entri ni. Hehehe...

Kan bagus kalau friendship tu kekal sampai bila-bila. Bukan hanya di facebook je. Tu pun, dekat facebook tak pernah nak tegur even kita tegur dia berkali-kali. Hukhuk. Entah, tu la KAWAN kot.

Orang cakap, kawan yang sejati selalu bersama kita susah atau senang. Tapi, ramai mana yang dapat beri komitmen macam tu? Mungkin , sekerat dua kerat je. The rest? Mungkin time kita disanjung tinggi baru nak merengek-rengek di bawah ketiak. omg! Tsk!

Tuesday, April 19, 2011

Air teh ke, kicap??

Pantang tak, kalau kau beli something, tapi kesedapan, keenakan tak setanding dengan harga?? WORTHLESS! Yes, tu la yang aku nak cakap.

Ada satu food court ni, bukannya mintak buat air pelik-pelik pun, just mintak buatkan air teh o ais. Senang kan? Peram teh boh, letak air panas sikit, gula sikit, bancuh dengan kadar sederhana, dan DONE!

Tapi, yang buat aku geram, bila sentimen rasa teh tu takde dalam air. Pekat je lebih. Dah la pekat, pahit, kelat semua ada. Complete pakej orang cakap. Komfom guna teh cap wangi tuh.

Bak kata bf aku, air teh ke, kicap ni?? Hamik kau! Tapi, takdela kata depan-depan pelayan tu.

So, bermula mogok secara aman when aku tulis something dekat paper yang dah aku koyakkan dari diari. Ingatkan nak suka-suka je, tapi tetibe terserius la pulak kan. Maap la kak non oiii.. Next time, buat air tu kena ikhlas. Hehe..
Zassssss!!



Kang free-free je kena dengan aku. Muke faiz macam tak merelakan je aku tulis ni. Haha.. He's good guy, aku? Bad girl yang baik hati kot. :) Oh, tulisan sangat hodoh. Normal la tu, bukan tulis untuk esei SPM pun.

Weekend di KL lagi

Assalamualaikum w.b.t,

Hye hye! Rindu aku tak? Sorry you ols, weekend lepas aku pergi KL, ada kerja sikit. Nak sain offer letter bagai. Penat oh!

Tapi, aku enjoy, dapat jumpa kawan-kawan usm kat sana. Tapi, just dapat jumpa satu hari je. Tapi, takpe asal dapat JUMPA! :) - Mek la & Umi, thanks bagi can kat aku tidur rumah korang yang sangat susah nak carik, tapi best yang amat sebab SEJUK! Haha..

Yang penting, aku dapat belajar naik KTM. Tolong jangan gelakkan aku. Iye, aku memang jakun dowh. Dah lama kot tak naik benda tu. Ilmu naik KTM tu pun aku belajar time darjah 2. Mana nak ingat. So, kena recall balik dengan tunjuk ajar Nedy!

Oh, say hye to Nedy! She's my new friend. Bakal colleague aku kat exxon nanti. Thanks God. :)

So, tinggal lagi beberapa minggu lagi aku kat Terengganu ni. Lepas ni, kena bermastautin kat KL pulak. So, new life, new challenges, new environment, new friends! :) Boleh tambah koleksi friends dekat fb lepas ni. Kehkeh.. *sengal*

Tapi, sedih jugak, nak duduk jauh dengan mak ni. Ye lah, setahun jugak aku duduk kat rumah. Ni, macam ala-ala perasaan nak masuk universiti balik la kan? Perasaan sedih entah pape. Heee..

Eh, also special appreciation to my boo, FZ . Bunch of thanks to you! Selama 2 hari saya di sana, awak jaga saya dengan baik! Makan minum semua cukup, even pembaziran lebih kepada bayar parking. Kesian kat kita kan?? Sob sob..

So, nanti aku update lagi ok! Nak pergi solat kejap. Dah lambat ni. Bye! :)

Saturday, April 16, 2011

Tanda-tanda nak terkena sihir atau saka

Tadi, on the way nak pergi ziarah arwah Tok wook kat kampung, mak aku pun bukak cerita. Mak aku cakap, pagi tadi dalam Kuliyyah Subuh ada bagitau macam mana nak tengok someone yang terkena sihir.

Mula-mula kalau nak kenal, bangun-bangun pagi, kau akan tengok kesan lebam di badan. Hah, itu bermaksud, SIHIR atau SAKA tu nak menyinggah dan nak duduk di badan kau.

What?? Lebam? Peha aku pernah la lebam kalau bangun pagi, tapi dulu dulu la. Sekarang, dah takde. Tapi, agaknya aku tidur buas sangat kot. Habis langgar katil semua, pasal tu la kot dapat lebam. Hekhek..

Then, salah satu cara lagi melalui mimpi. Kalau kau mimpi beranak dan menyusukan anak, itu bermakna sihir memang dah ada dalam badan kau. Nauzubillah. Seram aku dengar.

Sama-sama la kita berjaga-jaga. Orang ni kita tak tau niat dieorang kan. Macam-macam boleh buat. Kadang, muka baik pun tak semestinya baik dan kalau muka nampak jahat, tak semestinya jahat. Kan? Jadi, don't judge people berdasarkan luaran. Nauzubillah..

So, awal-awal aku mintak maaf kalau ada menyinggung perasaan sape-sape. Janganlah meminta tolong dengan syaitan, mintalah pertolongan dari Allah s.w.t.

Friday, April 15, 2011

Unplanned hang out | Durian

Assalamualaikum w.b.t ,

Eh, dah jumaat?? Cepat bebenornyeee la. Still lagi dengan KISAH DURIAN yang sangat sedap! Ala, yang aku cakap, unplanned activity hari tu. Ni dia kisahnya dan of cos beberapa pictures yang akan memberatkan ke'loading'an blog ni. Redha jela.

Gambar pertama ni haruslah yang berlagak pandai memilih durian walaupun tak pandai. Jangan kasik si penjual nampak kau macam pembeli yang dungu, kalau tak, mesti senang-senang je die kencing letak harga mahal. Haha..





Ni kawan baru aku. Nama dia Pidah. Hye Pidah! Hehehe.. She's a kind and funny girl. Kerja aku gelak je kalau sembang dengan dia. Tak masuk bab snap picture lagi. Aiyak!

Ha, ada sorang lagi kawan aku yang hang out sekali malam tu. Ofismate aku, Ros. Dia la yang beriya ajak aku hang out sekali. Haha.. :)

Tapi, before tu, nah kau!! Ini lah hasil yang berkualiti dari kami malam tu.







Ni baru sikit tau! Ada lagi yang tersembunyi. Hahaha.. Memang makan tak ingat dunia betul. Ish ish.. Nasib baik la biji durian tu takde orang makan, kalau tak, maunye ditelan sekali biji durian tu. Hehe..



So, yes, inilah Ros. My ofismate. Sangat baik hati! Eee.. Sayang ros! Ops, terlebih sudah. Hehe..





Yeay!! Perut dah kenyang, maka hati pun senang banget! Hahaa.. Time to sleep. Kroh kroh kroh... Wey, belum lagi! Ada lagi, untuk anda semua my readers! Scroll kat bawah dengan slow dan berdebar serta curious diiringi muzik seram. Ah, nyah kau hantu!
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaa!!



A BIG LOVE for U, GUYS!!!

See u in next entry!!! Bye! :)

Thursday, April 14, 2011

Contoh surat perletakan jawatan | kelakar!

Hye semua! Rindu aku tak? Hehe.. Sorry, aku agak kurang berblogging beberapa hari ni (tipu ah kau!). Aku banyak habiskan masa dengan buat kerja yang masih berbaki before aku tinggalkan kerja aku yang tercinta ni. T_T

Nak la jugak tinggal jejak kat sini. Orang cakap, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan? of cos la NAMA. Penting jugak tuuu.

Semalam, dah buat kerja gila yang langsung tak plan. Makan durian tepi pantai. Syok woo ditiup angin monsun barat daya. Memang best! Beli 8 bijik durian, 4 orang makan. Akibatnya?? Pagi ni, datang kerja rasa pening, mengantuk pun ada. Hakhak..

Picture? nanti aku update yep! Pasal, semua picture ada dalam camera kawan. Yelah, nak buat macam mana. Camera handphone ni, flash tak la kuat sangat time malam-malam neh.

Ha, ni aku tengah search contoh surat resign. Dan, aku terjumpa satu surat resign yang boleh pecahkan usus aku untuk hari ni. Jom, cekodok contoh surat perletakan jawatan!!


KULIANA BANOUS BT CHE ROSS


NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600


MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG. 19 DEC 2005

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap
permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti
kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta
selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890.
Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segalakerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun
MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI
LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""

(sumber forum carigold)

Hahahahaha.. Ops ops! Usus aku dah nak terburai ni. Bye!! ;)

Tuesday, April 12, 2011

Seminggu selepas interview itu

Kau ingat tak kisah aku yang pergi interview hari tu?? Tak ingat? Klik sini kalau nak ingatkan balik.

Alhamdulillah, rezeki.. Dapat jugak aku tukar kerja. Bukan pasal kerja aku sekarang ni tak best, tapi erm, mungkin ada certain benda yang tak best. Dan, aku rasa, aku patut cari solution dan pastinya dengan menukar kerja.

Even aku tau, kerja baru ni a bit CHALLENGING dan mungkin tak dapat spend masa untuk berblogging lagi. Tapi takpe, i'll try my best. Blogging is my passion, kenapa nak kena stop semata-mata dapat kerja lain kan? Tak adil kan? :)

So, for this time being, aku sibuk mencari rumah sewa, tengok map, tengok route lrt, dan macam-macam benda yang before ni aku langsung tak pernah buat except mencari rumah sewa. I used to it (harap dapat housemate sebulu, serambut dan segala se)

Then, di mana aku kerja? Position ape? Biarlah aku keep it as a secret dulu. Bagi yang dah jadi friend aku di facebook maybe dah ada yang tau. Tapi, kat sini, aku nak diamkan dulu. Banyak sebabnya. Hehe.. -- Eh, eh, tapi aku dah cakap kan kat entri yang lepas aku pergi interview kat mane. So, kat situ la my new work life begins.

Hopefully, dipermudahkan segala pekerjaanku dan lebih mahir naik lrt serta alone ke tempat kerja tanpa bantuan TBA5959 ku. Sob sob. Ajaaaaa fighting!!!! ;)

Monday, April 11, 2011

Foursquare menyusahkan ke menyenangkan?

Kau tau ape tu foursquare?? Ala, benda yang famous sangat dalam fb tu. Yang ada peta, siap bagitau current position kau tu. Macam friend finder jugak, yang beza, foursquare tak payah nak approve kalau nak tau kawan kau ada kat mana. Senang kan? Canggih betul la zaman sekarang.

Siapa-siapa yang sign up foursquare ni, mesti orang yang suka berjalan-jalan atau berderak dalam bahsa klasik.

Tapi, kau rasa tak macam benda ni akan menganggu privacy engkau engkau sekalian. Kejap-kejap auto post ada kat Alamanda, kejap-kejap kat Sungai Buloh, alih-alih ada kat Afrika.



Silap haribulan, ada someone yang memang adore dengan kau dapat tau kau ada kat Times Square, mesti dia akan usaha jugak cari kau kat sana. Kalau terjumpa just nak mintak sain kat dada, aku rasa ok lagi, jangan dia jadi rimau yang terkam orang sudah la. Ya ampun...

Hah, kalau jenis minat macam kat atas tu, takpe la. Kalau yang jenis memang ada niat tak baik, macam mana pulak? Ya Allah, mintak jauh la..

Yang si boyfriend tak boleh la nak tipu girlfriend, dan sebaliknya. Pasal, foursquare dah detect current position kau kat mana. Hahaha.. Kalau kau ada kat night club, jawabnya, penampar 45 bijik la kat pipi tanpa henti.

So, beringat-ingat ye kawan-kawan. Dunia makin canggih, makin banyak keburukan dia (yang pasal bf tadi tu, kebaikan ok. haha..) Apa yang sepatutnya menjadi privacy, we have to take care of it.

Setakat bagitau hometown dekat profil tu ok la kan, jangan terlalu detail sangat dah la. Bahaya. So, always alert ye readers! ;)

p/s: foursquare detect tak kalau user dalam toilet? hehehe..

Sunday, April 10, 2011

Erti Ketenangan sebenar

Kalau ikutkan hati, mau je aku post entri banyak-banyak dalam satu hari. Tapi, kalau aku post banyak-banyak, ramai yang baling kasut, pasal dekat feeds dieorang penuh dengan entri aku.

Habis melalut, jom kita selami kejap apa erti ketenangan yang sebenar. Actually, semalam aku berchating dengan housemate bf aku kejap. Boleh panggil qiqi, bai atau sewaktu dengannya. Dia kasik satu link video pasal makna sebenar ketenangan. Serius! Lepas tengok video tu, hati rasa lapang. Tambah pulak dengan background music yang boleh menginsafkan aku.

Kau try la search kat youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM

Aku malas nak tempek video kat blog, pasal nanti blog aku jadik makin lambat loading. So, aku provide link video tu. Makanya, lagi baik, search by yourself ;)

Aku highlightkan sikit ayat dari video tu.

Semua orang berpendapat ketenangan tu datang dari harta, kekayaan, kedudukan. Tapi, sebenarnya semua tu hanya penyumbang kepada ketenangan tetapi bukan sepenuhnya. Kadang-kadang orang miskin lagi lena tidurnya berbanding orang kaya yang banyak memikirkan hal-hal duniawi.

Di akhirat, bagi hamba yang selalu merasa kenikmatan duniawi, Allah celupkan sedikit dalam neraka, maka hilanglah semua rasa kenikmatan itu. Tapi bagi hamba yang selalu merasa penderitaan di dunia, Allah celupkan sedikit dalam syurga, maka hilang segala penderitaan, yang dirasa hanya kenikmatan.
Makanya, pangkat kedudukan, wang ringgit, bukanlah tiket ketenangan yang sebenar bagi kita. Keredhaan Illahi adalah ketenangan yang paling mujarab.

Saturday, April 9, 2011

Penting tak birthday present dari spouse?

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita.....
-projek pistol-

Aku bukan la fans sangat dengan lagu ni. Tak punn.. Cuba tengok, nama band pun pelik semacam je kan. Projek pistol. Memang sah-sah suka tembak orang nih. Scary!

Disebabkan aku wanita, pasal tu la aku highlightkan lagu ni. Yang agak separuh wanita tu jangan la sentap pulak ye.

Aku nak tanya la kat wanita-wanita mahupun kaum yang kelihatan macam wanita. Penting tak hadiah birthday dari boyfriend kau? Tak kesah la ape-ape pun, asalkan hadiah, dan yang pasti dapat buat kau senyum kerbau selama beberapa hari.

Best tau tengok orang dapat jambangan bunga, coklat ikat kat belon bentuk love, handmade birthday card (nampak kesungguhan), dinner di tepi pantai disamping lilin-lilin wangi dan birthday surpised. Sangat teringin duduk dalam keadaan tu. Haha..

Ok, sudah-sudah! Jatuh pokok kejap lagi nih, kuat sangat berangan. Sedow!

Jap! Mesti kau terfikir kan. Mr Zizanku takde ke buat macam tu? Haha. Honestly, kalau dia nak kasik hadiah, mesti ajak aku pergi beli sekali. Risau taste aku tak sama dengan dia. Hihi.. Actually, aku tak kisah pun kalau taste dia lain dari aku. Kan kekurangan tu yang akan melengkapkan kekurangan yang lain. Kan? So why not?

Yang paling penting, aku SUKA LOVE INFORMAL LETTER yang dia selalu hantar kalau tiap kali nak poskan ubat Jerslin. Kuikui..

Even umur aku dah nak menjangkau 14 tahun, eh 24, tapi aku tetap ada lagi sifat keanakkan yang tak mampu mak aku bendung. Aku suka akan teddy bear. Sangat sangat!

Pantang jumpa teddy bear, mesti nak peluk. Kat atas katil bilik aku, bersepah dengan segala macam teddy bear. Adik aku yang kecik tu pun ada seekor je teddy bearnye. Tu pun, dia main campak je. Haha..

Tapi, yang paling aku sayang, yang paling aku rajin nak bawak pergi melancong sama-sama dengan aku, si Fafa la. Kalau takde Fafa kat sebelah, tak boleh ok. Mesti kena ada dia, baru complete. Fafa tu kan cinta aku ngan Mr. Zizanku (sila urut dada, kurang sikit perasaan nak muntah)

Ok, aku dah merepek ke hujung laut. Makanya, aku nak stop kat sini dan kasik laluan kat suara aku untuk karaoke lagu listen-beyonce. Gila tinggi not dia, mahu tercabut anak tekak aku nyanyi lagu ni. Maaf ye jiran, saya terpaksa tinggikan suara semata-mata nak sampai ke not tinggi. Kehkeh..

Friday, April 8, 2011

Jom dengar Charice nyanyi Listen by Beyonce!

Pergh.. Pergh... Tu je yang mampu aku cakap bila aku dengar suara Charice Pempengco. Gila kentang sedap suara dia!

First time aku dengar bila dia nyanyikan lagu Beyonce Listen. Power tahap dewa dewi tuh. Terus aku minat nak dengar semua lagu-lagu dia! Pernah, dia berduet dengan Celine Deon, Oprah panggil dia untuk talk shownye. Pergh, memang hebat!

Kalau kau dengar boleh meleleh air mata, siap air hidung sekali, nak menunjukkan betapa sedapnya suara dia. Walawey... Kalaulah aku ada suara macam dia, komfom kerja aku jadi penyanyi je. Hek!

Kau dengar ok listen versi Charice. Memang memukau mata hati jiwa! Versi Beyonce pun sedap, tapi bagi aku Charice punya version sangat lemak lemak gitu. Hehehe..



So, macam mana??? Ok tak?? Best gile kan??? !
Asal aku jadi fanatik sangat ni? Haha..

Thursday, April 7, 2011

Perkahwinan Impian

Memandangkan aku seorang perempuan normal yang hanya inginkan kasih sayang dan keluarga bahagia, maka tak salah kalau aku mengimpikan perkahwinan yang grand sikit. Yela, kahwin kan sekali je seumur hidup. Mestila nak grand even budget itu ciput. ngeh!

Kita mulakan dengan pelamin hokay. Yang tu wajib beri keutamaan. Pasal kat situ la aku nak berkoyaan artis kejap dan kau pun boleh berkoya dengan aku jugak. Nah kau!



Gila tak cantik pelamin ni?? Penuh bungaan. Ala-ala garden gitu. I like! Oksigen pun senang nak sedut. Simple, tapi bagi aku sweet gile! Kalau dapat pelamin macam ni dah kira ok sangat! Warna bunga tu maybe tukar peach or soft pink! Tapi, kalau payah nak dapat, warna ni pun dah cantik.

Next, meja beradab tempat aku nak makan suap-suap dengan future husband. Hakhak..



Gila tak cantik warna bunga macam ni kat meja beradab?? Pergh! Kalau bunga artificial takdela layu kan. Dan mungkin tak berapa mahal compared fresh flower. Tapi, fresh flower cantik sangat dan sangat costly! T_T Kena menabung 50sen sehari mula dari sekarang. Sorry, aku baru nak menabung, before ni banyak membazir.



Baju pengantin pulak aku suka simple je but nice dan sweet. Eces! Aku tak berapa suka baju yang crowded sangat. Merelip sana sini. Buat gatal badan je kot. Tapi tak tau la nanti kot-kot baju aku merelip kalah fancy dress. Heee...

Yang penting, atas kepala aku nak pakai macam ni.



Tapi, fully covered la. Neck tu sume kena tutup. Cantik kan? Nampak unik dan elegent. I like it so much! :) Sesuai pakai bila baju pengantin tak crowded. Sebab, bila pakai macam ni dah nampak eksklusif.

Untuk hantaran, door gift semua tu, aku tak terfikir lagi buat masa sekarang. Tapi yang aku pasti, aku nak create wedding day aku tu dengan tema yang cute, sweet dan menyejukkan mata dengan bunga yang banyak. Nak create environment garden gitu. Bukan tea garden, tapi flower garden. Hehehe..

Ok, aku nak berangan jap ni. Later ye guys! Thanks for reading and commenting! ;) Appreciate it! :) Sorry, mood kahwin sekarang. Tak tau kenapa. Hahaa..

Wednesday, April 6, 2011

Pakai spek hitam dalam mall. Fesyen atau silau?

"Perghhhh!!! Memang 'smart' giler mamat tu pakai spek hitam!!"

"Hoi! Awek cun tu!! Yang pakai spek hitam tu!"

Sunglasses atau kaca-kaca matahari (memang kena ambik muet lagi sekali) memang sinonim dengan lelaki atau perempuan. Kalau yang tak kacak terus nampak macam fahrin ahmad, kalau yang tak cantik semena-mena nampak macam nora danish. Magik kan?

Tapi, aku kurang berkenan kalau nampak manusia pakai sunglasses dalam mall. Erk, entah. Aku rasa macam pelik je. Tak rasa gelap ke dunia. Dah la dalam mall tu takde langsung cahaya matahari terik yang boleh menyakitkan mata. Yang ada cuma lampu-lampu je. Tu pun takdela sampai sakitkan mata. Maybe fesyen? Takpun, aku yang jakun kot. Haha..

Pendapat aku, kalau perempuan yang pakai sunglasses mungkin sebab fesyen atau senang nak paham, nak kasik nampak hot dan lain dari yang lain, kan? Orang kata, rare! Tapi, yang penting, dapat sorokkan eye bag yang teruk kat bawah mata dengan berkesan. Beauty trick yang sangat menjadi.

Yang si lelaki pulak, kalau pakai sunglasses, mesti macam berlagak sikit kan? Nape ntah? High confident kot, pasal ramai orang tengok. Actually, tengok sebab pelik kot. Hihi.. Tapi takpela, at least dapat up sikit kadar keyakinan kan. Good for you guys.

So, siapa yang suka pakai sunglasses dalam mall?? Boleh bagitahu aku kenapa kau suka macam tu?? Mane tau, lepas ni, aku terfollow ke gaya kau. :)



Tapi, aku sangat tak boleh kikis sifat snap pic depan cermin. Oh my gucci! ~ T_T

Tuesday, April 5, 2011

Kisah si jakun pergi interview di bandar besar

Ni aku nak kasik fairytale punya story. All about interview yang aku attend last week. Dan story ni akan aku ingat sampai bila-bila, hingga ke cucu cicit, aku akan cerita. Kehkeh..

Bermulanya....

Dengan langkah yang penuh keyakinan, aku berjalan dari klcc ke exxon mobil berbekalkan heels 1 1/2 inci kepunyaan mak aku. Kena pinjam yang mak punya, pasal heels aku dah rosak. So bad. Dan, it was soooo horrible to wear a heels while you have to walk more than 200 metres. Penat kaki aku tu beb, tapi nervous tu lagi banyak woo..

After siap isi form, aku rasa macam heels ada problem. Rasa macam ala-ala bangunan nak runtuh gitu. Tak balance. Rupanya, tumit dah nak tercabut. Aku ape lagi, cepat-cepat call bf. Nasib baik, nama aku orang tak panggil lagi masuk dalam bilik interview, kalau tak, memang heels ni cari nahas dengan aku.

Yang bertambah bengang, bila heels buat hal depan kaum adam. OMG! Rasa macam muka aku dah bertukar warna. Gila tak malu? Tumit heels terpelanting depan kaum adam??? Oh oh! Sumpah aku MALU! Nasib baik bf ada, boleh tolong coverkan malu tu. Hihi..

Maka, untuk elakkan aku jalan macam orang cacat, tercipta idea untuk patahkan tumit heels yang sebelah lagi. Aku komfom takde daya, so mestila badang yang tolong patahkan. Macam iras dalam iklan tv pun ada. Kalau betul-betul iklan tv, maunye aku dapat habis sikit RM10 000 untuk scenes tu. Oh, by the way, siapa badang? Mestila En. Faiz! :D

So, it is worth if susah dulu, baru senang kan? Sebab, tak semua kejayaan akan datang dengan kesenangan tanpa kesusahan.Am i right guys? :)

Monday, April 4, 2011

My weekend di KL

Yuhuuu! After beberapa ketika aku kurang curahkan kasih sayang kat blog, kini i'm back with a few pictures yang tidak keterlaluan. Dah lama rasanya aku tak bersnap pictures bergilaan dengan orang tersayang. Nak buat macam mana dik non. Duduk jauh. Haha..

Actually, aku ada interview hari tu kat area KL, That's why la aku tak berapa nak update entri except meluahkan perasaan tak puas hati dekat si penjual tiket bengap tuh! Huh!

Ok, let pictures told everything! Check check rock rock!

Aku mulakan muqadimah dengan muka sebijik besar gabak insan terpilih di hati. Kehkeh..
Taraaaa!!! Mr. Zizanku. Hakhak.. Ada iras zizan tak?? Ada kan? Tapi komfom la bf aku lagi hensem. (*_^)





Sangat suka bila dapat makan pretzel. Aku pun macam tu jugak. Hahaha.. Almond pretzel. Oh, heaven! Tiap kali jumpa benda ni, tiap kali tu beli. Macam mana la nak berjimat. How how?? Blurrrrr~



I thought, he's cute with that naughty face! Hikhikk..


shawl: kedai shawl dalam giant terengganu
shirt: forever 21 (sponsored by kakak ipar)
jeans: uptown melaka
wedges: sentini
shoulder bag: bonia



Position yang kurang menarik, but who cares kan? Tengah tunggu budak tu try baju dengan seluar kat zara pavi. Bila tengok harga boleh gugur rambut. Hahaha.. Last-last beli seluar kat butik G2000. Tapi, harga seluar pun agak boleh buat rambut aku jadi uban. So, baik aku beli kat bundle. Bukan semua barang bundle tu tak berkualiti hokay! Mostly, semua branded taw!



Erk, sorry guys! Memang lumrah perempuan derrr.. Suka amik picture depan cermin. Konon, ada confidence lebih sikit. Hakhak.. Introduce, a gift from my zizanku, a e-series nokia phone! Tapi, dah lama dah. Nak yang baru plizzzzz... (Gila tamak!)

Ok, proceed to the next day.



Lawat si budak cute mimi kat Seseri. Semua student kat situ jadi skema. Dengan pakai kasut hitam, baju kurung. Kesian, tapi takpe, break the rules after dah jadi senior. Tapi, jangan break the ruler, nanti tak boleh nak buat garisan straight 180 darjah.



Dan, lihatlah! Hasil dslr cap nokia! Haha. Cantik tak aku ambik view ni? Ada potensi nak jadi camerawoman tak? Ada kan? Kan aku dah cakap. Ni on the way ke hentian Putra dah. Nak beli tiket dan pulang. Sob sob..



"Ok dear, time for leaving. Just go! ok, go!"
" Tak mboh! nok stay sini lagi"

Ok, dialog yang sangat tipu. Bermesra before balik ke terengganu. Bermesra dengan handphone dia yang baru. Memang sangat 'friendly' user. I like xperia. Haha.. Erm, i don't know why i like this picture! Sangat-sangat! :D

Saturday, April 2, 2011

Hangin betul!

This is quick post. Tonight gonna be a bad night. Why im saying this?

ok, malam ni aku tak dapat nak balik terengganu! Geram gila kat si penjual tiket. Dia yang salah, cakap aku pulak yang salah.

Dia cakap naik kat kajang, tapi alih-alih naik kat putra. Tapi langsung tak nak mengaku salah. Bengang betul aku. Dah la tiket burn macam tu je. Sempat je aku marah dia kaw-kaw. Pfttt!

mood: marah giler!!!!