Wednesday, March 30, 2011

I love my sister! How about you??

Dulu, aku tak pernah terfikir, yang aku akan dapat adik perempuan. Yela, dulu, aku la perempuan tunggal. Rasa macam best la kan. Semua barang perempuan, aku sorang je yang dapat. Hahaha..

Akhirnya, tanggapan aku silap. Kegembiraan aku terhenti kejap. Haha. Time aku form 5, mak aku selamat lahirkan si Nurin ni. Alhamdulillah. Mula-mula tu agak janggal la kan. Tiba-tiba ada seorang perempuan lagi dalam family. Tapi, lama-lama ok la.

Aku sangka mak akan lebih-lebihkan si adik ni, rupanya, mak still lagi layan aku macam dulu. Girl's stuffs selalu je mak aku belikan. Kadang, adik aku pulak yang jeles pasal aku dapat lagi banyak barang dari dia. Hehehe..

Sekarang pun still macam tu. Cuma mak aku takdela obvious sangat nak kasik barang depan dia. Takut dia merajuk. Hehe.. Sangat best usik nurin . Jeles semacam je kan. Hihi.. (hoi, ape kes duk hihi haha hehehe nih??)



But, i love her so much!

Part paling aku suka bila lawan congkak dengan dia. Bila dia nak kalah je, terus tak nak main. Dia cakap aku main tipu, padahal serius aku langsung tak memanipulasi kepandaian aku tu, melainkan competitor tu ialah abang-abang aku.

Oh, btw, dia sangat pandai subjek Sains tau! Asyik 100 je markahnya. Kenapa aku dulu selalu tak dapat 100?? Sebab, dulu time sains, aku main tembak-tembak guna pistol air dengan cikgu. Biasala, cikgu mestila nak kena layan murid dia yang sangatlah childish, even memang masa tu, tinggi aku cuma 140cm (agaknye kot).

Lebiyu adikku Nurin cayang ! Kak doakan adik boleh jadi doktor yang berjaya ok! (cita-cita budak sekolah rendah, memang semua nak jadi doktor)

Tuesday, March 29, 2011

Surprise your spouse! :)

Dua hari lepas, selamat sampai Jerslin Power Oil dari supplier. Hehe.. Happy sebab dapat la tambah pendapatan dengan bisnes ni kan.

Yang aku nak highlightkan kat sini ,

Aku sangat gembira pasal dapat lagi special informal letter from someone special sarat dengan perkataan yang buat aku gelak guling-guling. Siap ada translation in English hokay! Amik kau! Siap diletak dalam box henpon sony ericsson. Ingatkan dah dapat henpon sebijik. Kahkah!

Tapi, kalau kau nak tau, memang natural attitude perempuan, sangat suka surprise! Even benda tu bukan barang yang mahal tapi sentimental value tu tetap melekat di kalbu. Yang penting, ikhlas dan jujur. Kan kan?

Erkk.. Ewww.. Kenapa ayat macam jiwang semacam ni? Lame dah kot tak jiwang nih. Bila meningkat dewasa, tahap kejiwangan kurang sikit. Dah malas nak show off lebih-lebih. Nanti ada orang tak suka pulak, tapi , ada aku kesah?? Heee...

So, buat kaum lelaki, kaum perempuan bukanlah mengharapkan benda-benda yang mahal (kalau nak bagi pun takpe) , tapi kami hanya membutuhkan sedikit surprise! (gaya Eric Leong pliz) Kehkeh.. So, you'll never regret guys! ;)

Golongan " On Off "

On Off. On off. Aku maksudkan On Off dalam berhijab. On off Tu bahasa standard la untuk zaman sekarang. Kalau zaman mak aku dulu, aku kurang pasti pulak term yang paling dekat dengan hati dieorang.

Dulu aku pun kurang sempurna jugak. Sekarang pun sama, tapi taklah macam dulu tahap keterukan aku tu. Hehe.. Main suka hati je on off berhijab ni. Time tu langsung tak fikir dosa pahala. Yang penting, keselesaan. Kalau keluar dengan kawan-kawan yang berhijab, aku follow dieorang, kalau hang out dengan kawan-kawan yang tak berhijab, aku follow dieorang.

Kalau keluar dengan parents, suka hati aku pulak nak berhijab ke tak. Mana pegangan aku time tu?

Masa tu, yang aku fikir, berhijab adalah sekadar ikutan tetapi bukan atas kemahuan sendiri dan tuntutan dalam Islam. Nauzubillah. Jauh aku menyimpang.

Kini, aku makin mengerti, kenapa kaum wanita perlu berhijab. Kini, dah ramai yang berhijab. Alhamdulillah. Mungkin trend berhijab yang makin meluas dah jadi ikutan. Langkah yang bagus untuk menarik lebih ramai wanita untuk bertudung. Tapi, aku pelik, kenapa segelintir manusia masih bercakap seperti tin kosong;

" yang pakai tudung tu, bukan semuanya baik, baik tak payah pakai tudung kalau macam tu. "

Aku pantang kalau dengar orang cakap macam ni. Hot semacam je bila dengar. Hello, pakai tudung tu tuntutan ye noks. Baik ke, tak baik ke, semua tu boleh diajar, diasah, dididik. At least, mereka tau apa yang Islam wajibkan ke atas kaum wanita. Kan lagi baik kau cakap macam ni;

" baik aku bertudung, dan aku akan cuba perbaiki diri dari menuding jari menyalahkan orang lain.. "

Yes, berusaha untuk berhijrah. Aku bukan manusia yang sempurna. Apa yang aku luahkan ini, untuk peringatan aku jugak. Kadang-kadang aku pun lalai dalam memenuhi tuntutan agama. Jadi, sama-sama kita berusaha ke arah kebaikan ye!

Ha, yang penting, berhijab itu dituntut dalam Islam. :)

Janganlah marahkan aku ye. Aku cuma beri peringatan untuk diri sendiri, dan tak salah kalau aku share kan? Kan? ;) Yang penting, i love all of you readers! Love!

Monday, March 28, 2011

Aktiviti masa lapang | bersukan

Kalau perempuan ni, kau rasa, sukan ape yang paling sopan untuk dieorang?? Bowling kah? Futsal kah? Gimnastik dalam air kah? Atau lari berganti-ganti??

Bagi aku la, aku lagi prefer badminton. Dari kecik lagi ayah aku trained aku badminton (pergh, ayat macam pemain badminton negara). Asalnya, nak jadi macam Lin Dan, tapi dapat jadi Shima Dan je. So, i tak kesah mane lah!

Main benda ni pun, bukannya susah pun, tempis shuttlecock je. Bukannya tempis lalat atau lipas yang mengerikan tu. Kalau lalat ngan lipas, komfom pengsan dulu before menang bertempur. Hahaha.. Tapi, even sesenang mane pun game ni, yang memeritkan bila shuttlecock tepat-tepat kena muka. Nasib baik tak ada permanent mark kat muka, kalau tak, susut sikit nilai hantaran kahwin.

Then, akibat keminatan yang terlampau maka aku join geng beliawanis main badminton. Hampir kesemputan jugak, pasal tak stretching dulu. Gelojoh sangat nak main. Pftt! Sampai sekarang aku rasa sakit-sakit otot lagi. Tapi, untuk hilangkan sakit-sakit otot, guna lah Jerslin Power Oil! :)

So, introduce.....................................



Kak Yah! Pemain yang berjaya menyemputkan aku malam tu. Tapi, kami main profesional beb. Main laju-laju, non-stop untuk second game. Time tu baru feel Lin Dan datang. Haha..



Erk?? Kalau kau tengok sekali imbas pic aku tu, kau rasa aku tengah berpikir nak smash bola ke, fikir nak basuh baju ke, atau tengah mengidam nak makan mee soto atau geram kat shuttlecock tu? Haha.. Aku pun buntu, kenapa mesti mengetap bibir time nak buat service. Nanti, aku cari fakta pasal tu.



Drooom....Drooommm.... Yang penting malam tu, hadiah tempat pertama hingga 6, semua same je. Hahahaa.. So, tak kisah sangat la kalau aku dapat tempat kelima pon. Aku tak malu mengaku kalah sebab hadiah dia sama je, lain la kalau hadiah tempat pertama tu dia kasik RM100. Haha..

p/s: wish me luck untuk next interview kat exxon mobil. seram sejuk dah ni. huhu.. :(

Sunday, March 27, 2011

Cerita campur, mungkin kau bosan nanti.

Rase macam berkurun je tak update blog. Bukan aku terlalu sibuk, tapi keadaan internet di rumah yang membataskan pergaulan aku ngan internet! Si bahlol mane ntah yang curi kabel, tak pasal-pasal aku jadi mangsa.

Tapi, aku rasa ok je kalau takde internet ni. Sekurang-kurangnya aku taulah isu kes video seks pembangkang. Kahkah..

Eerm, entahlah. Sekarang, kejadian makin pelik. Yang tak tercapai dek akal pun, dah mula jadi. Politik. Kadang-kadang bagus untuk pengetahuan am. Tapi, politik sekarang, makin sukar nak faham. Sekejap ok, sekejap tak ok. Sekejap lompat, sekejap tidur.

Rakyat pulak, makin lama makin pintar.

Aku pun dah pening. Tapi, aku dah daftar SPR. Kau dah daftar ke belum? Jalankan kewajipan anda sebagai rakyat hokay! Jangan disebabkan undian kau sorang, parti kerajaan tak dapat majoriti. Kihkih..

Jadi, undilah parti yang memberi kebaikan kepada kita semua. Islam bukan semestinya PAS. Ok? Kau paham tak ape yang aku nak sampaikan ni? Eh eh.. Aku bukan nak mengempen. Aku cuma bagi statement je.

Takat ni je dulu ok! Siapa-siapa yang berminat nak beli ubat Jerslin Power Oil, boleh contact aku kat email yep! :) shima_pinky87 [at] yahoo.com.

Oh ye, kalau boleh, jangan la kau copy je email tu, ganti la [at] tu dengan simbol ok. Sebab, ada kes, orang cakap email aku tak valid. Hakhak... See you soon! :)

Wednesday, March 23, 2011

Sejarah itu bukan kegemaranku

Siapa ada amek SPM tahun ni?? Boleh bagitahu dapat berapa A tak? Eh, bukan A, tapi A+. Kihkih..

Zaman aku dulu, takde A+. So, aku agak konfius, macam mana boleh ada simbol tambah ni? Untuk menerangkan bahawa student memang terlampau hebat yeee.. Hehehe..

Tapi, whatever it is, siapa-siapa yang dapat sejarah A+, memang aku tabik. Kenapa bukan biologi ke, add maths ke?? Pasal, aku memang lemah bab-bab mengingat sejarah. Sangat-sangat lemah..

Kalau time sejarah je, mesti aku tegakkan buku log, then aku tidur. Hahaa.. Namanya duduk belakang sekali, memang senang hati nak tidur. Takde orang nak kacau. Heaven! Tapi, agak hell bila result sejarah tak berapa nak menyukaaaiiinnnn bukuuiiittt! Eh, asal tercakap macam David Teo nih?

Tapi, takpe, Alhamdulillah.. Dapat jugak aku menjejakkan kaki ke Universiti. Wee..~

So, buat adik-adik yang form 4 sekarang, study elok-elok. Sejarah tu, tanamkan sikap patriotik sikit, baru senang nak ingat. Jangan ikut macam kakak kau ni. Patriotik saje, tapi tak pandai-pandai jugak. Yang lain je terlebih pandai. Hahaha..

So, untuk student yang dapat straight A's, CONGRATS ok!! :)

Tuesday, March 22, 2011

Cikgu R***, tolong berbudi bahasa sikit.

Sudah lumrah alam, apabila perempuan cemburu kepada perempuan. Benda tu normal, kalau ada yang tak cemburu means kau abnormal. Maybe psiko. Takpun, kau tergolong dalam golongan perempuan yang sentiasa membaca buku 24 jam without going anywhere and seeing anything.

Aku pun cemburu tengok perempuan cantik-cantik, bijak-bijak. Once, aku pernah terfikir, kalaulah aku jadi macam mereka. Bestnyeeee.... Tapi, bila aku fikir balik, Allah dah jadikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya, jadi aku patut bersyukur. Amin..

Tapi, aku sangat tak suka bila orang treat aku macam, erm.. Macam aku ni pengancam nyawa dia. Aku ingatkan kat sekolah lama je ada manusia macam tu, dekat sekolah baru ni pun ada. Biasa la, dalam kelompok pelanduk ada tenggiling seekor.

Sedih pun ada, sebab, aku tak buat salah ape-ape pun kat dia. Aku bercakap pun tertib taranum je dengan dia. Hormat tu beb. Aku tak suka tau cakap kasar-kasar dengan orang even hati aku tengah sakit.

"Eyh, ce tengok gok laptop ni, bakpe jadi gini..?"

"Eyh, bakpe dok ley pon ni??"

"Eyh, nok laptop se. "

Bayangkan, dia panggil aku eyh je?? Yang cikgu lain elok je panggil aku nama. Dia ni, bercakap dengan aku pun tak pandang mata. Bajet aku nak makan die kot.

Aku pun macam blur jugak la, terfikir, kenapa dia cakap macam tu dengan aku. Dengan staff lain ok je. Aku pun fikir punya fikir punya fikir.. Sambil-sambil bukak buku pengurusan sekolah, tiba-tiba terpampang nama dia CIK R*** . Finally, aku dah jumpa jawapan dia.

Setahu aku, kalau Cik ni means, belum kahwin. Kalau name dia memang ada cik, mesti Pn. Cik R***. Kan kan?? Laaa.. Mati-mati aku ingat dia dah kahwin.

Pada pandangan aku, perempuan yang belum kahwin dan menjangkau umur lewat 30 an akan mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. So, mungkin sebab tu dia tak boleh kot dengan aku. Bila jumpa dengan aku, mesti dia stress.

Segala persoalan aku pun terjawab. Buat cikgu tersebut, cepat-cepat kahwin. Insyaallah. Sebab, Cik Nazatul Shima dah rasa agak tak tahan dengan perkataan eyh awak tu.

Heee.. Nasib baik aku boleh lagi senyum kat dia even dia langsung tak balas balik. Takpela, mak aku pesan, biarkan orang macam tu, asal kita jangan macam tu. Insyaallah.. :)

Monday, March 21, 2011

Hoi, gay??

Gay tu ape? Gatsby? Bukan doww.. Gay. Yang pakai subang kat telinga tuu.. Pakai sebelah je kot kalau tak silap. Penarikan antara dua jantina yang sama. Lelaki tertarik dengan lelaki.



Wth people?? Ape yang buatkan kau jadi gay wey?? Tak kesian kat mak bapak yang besarkan kau ke?? Tapi bila dah besar sesuka hati je kau nak jadi gay. Kau takde otak ke hape??

"Add facebook i ok.. :)"

"Eh, u ni hensem la.. U dah ada gf belum.. Kalau takde, jadila partner i.. If ada pun, jadila partner i jugak.. Ala suke-suke je.."

Yuckss!! Puit puittt!! Si gay yang... eeeiii...

Kalau si lelaki yang digoda tu jenis tak beriman, Insyaallah cair kot.



Yang sedihnye, stok-stok muka jantan dan jambuuuuu muslim yang ramai jadi gay. Pe hal? Tak kesian kat gadis-gadis kota dan desa ke? Tak pasal-pasal si gadis-gadis sebat suami orang. Stok yang tu je si gadis-gadis tau ketulenan dia. Pfttt!

Apa la yang kau dapat kalau jadi gay. Anak komfom-komfom tak dapat.

Nikmat? Entah.

Lagi dapat bala ada la. Lebih baik kau mengorat si anak dara atau janda. Ada la faedahnya. Untung sabut dapat jadi isteri kau. Kan bagus tu. Boleh tunjukkan kejantanan kau tanpa rasa bersalah. Tak gitu Samad (bukan nama sebenar) ?

Sunday, March 20, 2011

Hari yang mengerikan tapi menyeronokkan

Rase macam lama tak update kot. Rindu sakan kat blog ni. Cinta hati kot! Kehkeh..

Jumaat lepas, aku jalan-jalan pergi kertih. weee..~ Actually bukan jalan sangat la. Just attend engagement colleague. Kat Felda rasau. Perjalanan yang sangat menyeronokkan. Tapi, menakutkan pun ada jugak, pasal aku sesat tau, even map nak pergi umah dia ada kat tangan aku. Adakah ini bermaksud, aku buta arah??Argh!

Nasib baik bawak kawan temankan. Kalau tak, maunye aku menangis sorang-sorang dalam kereta. Bayangkan, kiri kanan semua kawasan ladang kelapa sawit, hutan belukar. Bayangkan!

Patutla ayah aku beriya-iya mintak aku ditemankan. Ingatkan, nak pergi sorang-sorang je, pasal aku memang suka berjalan sorang-sorang. Before nak pergi ni pun, dah kena membebel sekarung guni dengan pakwe. Risau risau. Yaa.. I knew u bimbangkan i kan kan? Then, pindah balik sini cepat! Hahaha.. Kejam gilerss..

Abis je kenduri tuh, jalan-jalan kat mesra mall. Bajet nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa, tapi macam tak sempat je. So, pusing-pusing dan makan-makan jela jawabnya. Makan memang lahap giler kot, LAPAR. Even dah makan nasi tadi. Hihihi..



Shawl aku dah herot merot dah tu. Sesat punya pasal. Moral of the story, sila gunakan GPS untuk menghindari diri daripada makan langsat pada waktu zohor. Sangat tak suka bila diperbodohkan oleh jalan raya kat sana. Pftt!

Thursday, March 17, 2011

Introduction | Merepek nak buat 3GP

Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan aku yang mintak ajarkan cara lilit shawl. Haih, aku bukan pro pun pasal lilit melilit ni. Asal selesa di kepala, yes, itulah dia. So, keselesaan tu penting. Semuanya pasal comfort dan confident ye kawan-kawan.

Kalau pakai cantik pun, tapi kau rasa tak selesa, tak ok jugak. Pasal, dari dalaman mencerminkan luaran. Eces! Kalau dalam hati dah sumpah seranah pasal shawl asyik tutup mata, maka, luaran pun nampak macam tak confident la kan. Kan? Simple je.

Aku pun tengok-tengok video kat youtube je. Kalau agak-agak rasa macam tercekik, aku tak guna la kekdahnya tu.

Tapi, takpe, Insyaallah, aku akan buat satu video 3GP, eh bukan, video untuk kawan-kawan yang nak tau macam mana aku lilit-lilit shawl ni. Even, macam bersepah je orang buat video pasal tu sekarang ni. But, who cares kan. Ngeh3..

Dan, buat video bukanlah kesukaan aku pasal nak kena berlakon cun depan kamera selama 5 minit berbanding snap gambar yang memerlukan 3 saat je control cunnss. Yuckss!!

Tapi, aku sumpah tak reti nak bercakap oooo. Huduh kot! Dan, mungkin aku akan bercakap macam robot yang berpenyakit. T_T

Ok, nantikan video yang entah bila nak wujud ni. Mungkin lepas raya puasa nanti. Away! :)

Wednesday, March 16, 2011

Mangsa fesyen? | Fashion victim?

Perempuan memang sinonim dengan fesyen. Kalau tak berfesyen, katanya ketinggalan zaman. Kadang-kadang, aku fikir, tak patut cakap ketinggalan zaman, pasal fesyen ni dia rotate aje. Fesyen zaman dulu pun boleh jadi trend sekarang. Contohnya, vintage. Kan? Nampak sweet tu doowww...

Tapi, aku tak nampak lagi fesyen saloma menjadi trend kat mane-mane unless kalau ada pertandingan kebaya or apa-apa pertandingan yang berkait dengan bercekik pinggang dan berdada tonjol, dan mungkin rambut bersanggul setinggi gunung everest.



Lupakan bercekik pinggang, berdada tonjol dan bersanggul tinggi. Ni dik non sekalian, kalau nak tahu, masih ada segelintir perempuan yang menjadi mangsa fesyen. Si pemangsa tu designer dan mangsa adalah si pemakai. Kesian kan? Tapi, ada jugak, designer dah buat cunnn dah baju tu, tapi si pemakai pulak tak tau nak mix and match, kan dah jadi macam badut. Oh, kesian.



Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada. Pandai-pandailah mix and match dan yang penting keselesaan! Kalau takde keselesaan, so confidence level kita sure akan down, dan mula la rasa tu tak kena, ni tak kena. Padahal, dah cunnn dah.

Oh, aku pun mengingatkan diri aku sendiri jugak. Pasal, sometimes aku quite picky dan choosy dalam memilih baju, tapi at last, baju yang sama jugak aku bedal. Hahaha.. Mak aku selalu marahkan aku. Baju banyak, tapi suka pakai baju yang sama. Well mom, comfort is everything. (menjawab dengan mak, lempang sampai lebam).



Tapi, takdela sampai pakai macam ni keluar jenjalan. Hekhek.. Ni namanya, mangsa fesyen yang tak boleh dirawat dengan kaedah biasa, tapi kena guna khidmat pakar Rizalman. Hahaha..

Tuesday, March 15, 2011

Tanda-tanda kiamat sudah jelas kelihatan

Bila difikirkan kembali, dah banyak tanda-tanda kiamat yang dapat kita tengok. Jelas sekali. Aku gerun bila memikirkan amalan aku masih tak sempurna, masih berlubang sana sini, masih lusuh! Hari demi hari aku berusaha untuk jadi muslimah yang sempurna di mata Pencipta.

Antara tanda-tanda kiamat yang jelas kelihatan kini.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah
  • Banyak berlaku gempa bumi
  • Banyak berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Ramai yang melakukan homoseksual
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Mati secara mengejut atau mendadak
  • Ramai mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk kelihatan muda
dan banyak lagi.. Kau boleh google tanda-tanda kiamat. Sama-sama kita muhasabah diri. Aku banyak kekurangan dan aku hanya ingin mengingatkan sesama kita, juga untuk diri aku. Wallahualam.

Monday, March 14, 2011

Kelebihan Cinta Jarak Jauh (long distance relationship)

Rasa macam agak lama aku tak dating. Memang menguji kredibiliti aku buat masa sekarang. Ada baiknya jugak kami duduk jauh dan tak tengok each other. hehehe..


Kami bercinta jarak dekat :)

Kelebihan cinta jarak jauh atau long distance relationship.

Elak melakukan perkara yang tak elok
Yang ni sangat elok bebenar lah dik non dik non sekalian oii.. Kalau setan dah ada antara lelaki dan wanita, maka setan tu akan cuba sedaya upaya menghasut kan. So, pandai-pandaila menahan getaran asmara tu yeee.. Kalau dah tak tahan, cakap ngan mak ayah, esok nak kawen ye.. hehe..

Dapat saving untuk big day
Bayangkan kalau duit tengok wayang (RM12 x 2 org = RM24) tiap-tiap minggu, kita dapat simpan untuk sebulan ( RM24 x 4 minggu = RM96), bayangkan kalau setahun! (RM96 x 12 bulan = RM1152).
Cukup untuk menyewa pelamin pakej 3. Kalau nak up sewa pelamin pakej 1, maka tambah duit rokok pasangan anda. Pastikan duit rokok masuk dalam tabung ye, bukan masuk dalam mulut mereka. Tu tak termasuk lagi duit minyak kereta, duit makan, duit shopping. Ah, kau kira sendirilah.

Bebas bergerak
Ni bukan lagu bebas ke hape, tapi maksud aku takdela every week nak kena keluar sama-sama kan?? Nak makan pun kena berdua, nak shopping pun berdua, nak tengok wayang pun berdua. Semua berdua. Macam, dunia ni, dia dan kau aje. Sampaikan ada certain tu, sampai hari-hari mesti berdua. Not fair la kan. So, bagi ruang sikit (jangan luas-luas sangat), biar dia bernafas dengan lega. Kan elok tu? Kahkah.. (penekanan: ni kes orang yang bercinta dekat)

Tahu tahap kasih sayang
Kau akan tahu tahap kasih sayang pasangan masing-masing.
Kadang-kadang, ada yang mesej atau call bila malam dah nak masuk next day. Apakah? Ni, tandanya, dia terlalu sibuk dan abaikan kau secara kasar.

Kadang-kadang ada yang mesej atau call bila masuk waktu-waktu standard. Contoh, pagi- kejutkan kau bangun tidur, tengahari- tanya kau dah lunch belum, petang- cakap dah balik kerja dan malam- wish good night. Oh, sangat kesian.. Tapi, itu tandanya dia sangat mengambil berat pasal kau ok, dan kalau 50 tahun kau menjawab soalan yang sama, aku pasti, kau akan jadi expert bab-bab menjawab soalan standard. Funny! Hehehe..

Dan yang paling best, tak mengira waktu, dia selalu mesej dan call kau. Dalam toilet pun, die akan call. Sangat unik kan? Tengah drive pun still bercerita dengan kau, even sangat bahaya. So, kau dengan sendirinya dapat rasa, kasih sayang mereka. Kan kan?;)



Takat ni je aku nak merepek. Nak pergi try makan tempe plak. Eeeeiii... Macam mana rasa pun aku tak tahu. Bye people! :)

Sunday, March 13, 2011

Kursus Hijrah Minda update (even berkarat dah)

Dalam entri lepas, aku takde la letak banyak sangat kan picture. So, kali ni, tak banyak jugak, cuma suam-suam kuku je, gambar-gambar sepanjang aku pegi kursus hijrah minda kat melaka last week. Still terasa bahanggggg melaka dan kerdau. ;)

Sekarang, proses untuk aku menerang setiap gambar-gambar ni. Weyh, perlu ke?? Erm, aku kan bersifat teliti, so mestila aku buat kerja gila ni, and i called deep explanation. Hakhak..



semestinya berkoya dengan pendamping-pendamping setia kat melaka. Wuwuwu! Makanan dia.. Buat aku menangis dalam hati. Memang deboomm! Dan, aku makan 6 kali sehari. Maunye tak gumuk. Demmit!



HARUS! Shopping walau kat uptown je. Hahaha.. Ni first day pergi shopping tau. Mestila tak banyak barang kat tangan. Cuba tengok hari kedua? Oh, gambar shopping tak snap. Rugi-rugi. Kalau tak, boleh kau lihat kadar kebaziran di sana. Gulp!



Dalam dewan pon kami boleh snap pic. Ada aku kesah? Mestila tak kesah. Oh, jejaka di atas junior aku ye. Junior zaman sekolah menengah. Macam mana ntah boleh jumpa kat sini. Dulu, kecik-kecik je sume, sekarang, hambik kau! Hahaha..



Oit, semua ni belum kahwin ok, kecuali sorang je. Tapi, komfom nampak macam tak kahwin lagi. Kan kan? Dan, nampak aku macam cacat je. Ni la akibat, kalau tak spare tudung hitam. Tak pasal-pasal aku pakai tudung zebra kesayangan. Pft! Capap, tak suka ooo.. :(



Berlagak riang even dalam hati berdebar kencang. Aku suka gambar ni, pasal nampak macam hebat je kan?? Hahaha.. No offense!



Suku dari puteri-puteri Umno. Yang lain, dah penat amik gambar kot. Kerja part time, memang ambik gambar je kejenye. Seronok kot nampak diri sendiri dalam gambar.



Ni, sampai-sampai je kat Kerdau, semangat ambik gambar. Siap ada yang tertonggeng. Apakah? Haha.. Mak aku cakap, tak baik pikir perkara negatif, jadi.. Aku, tak nak pikir lah! hahaha..



Haa.. Ni baru la complete set geng puteri umno parlimen kuala nerus. Weee~ Mereka-mereka sangatlah sporting! Dan.. Macam biasa, aku memang duduk sebelah ain je kejenye. Kihkih..

Nak lagi?? Aku agak, mesti dah muak tengok picture aku kan? So, meh tengok ni..

Cumil kan Diana Danielle even dia tak pakai seksi??? ;)

Saturday, March 12, 2011

Setelah sabtu

Happy saturday. Setelah sabtu, barula aku dapat bukak blog dan update. Tu pun quick post aje even agak berjela jugak.

Eerm, tomorrow dah kena masuk kerja. Argghh!! Kenapa aku kena kerja bila semua cikgu takde kat sekolah. Stress betul! Tapi, ok jugak, boleh aku masuk lewat sikit kerja tu. Hehehe..

Sangat lama rasanya aku tak update blog. Konon macam berdekad la pulak kan. Hahaha.. Actually, line internet kat rumah sangat tak OK. Dan sangat tulul.

Pergh! Agak nak marah, pasal ada jugak manusia yang sangat suka mencuri! Hoi!! Kabel telefon pon kau nak curi??! Bahlul betul! Dan lucky, bila tunang angah aku ada kat rumah, dan boleh aku pinjam broadband beliau. *tak malu betul u ni shima*

Yang pasti, aku tak dapat nak tulis entri yang berkualiti sikit, pasal otak aku tengah kencang berfikir untuk menaip laju dan laju. Jadi, kau terima la entri ni dengan hati terbuka luas ok. Jangan marah nooo.. Cium korang laju-laju! Love! ;)

Wednesday, March 9, 2011

Parking dan Perempuan

Kalau nak cakap pasal parking ni, bukan aku nak berlagak la kan. Aku memang terer kalau parking straight je. Yang tu memang komfom cun elok je aku park. Macam gambar kat bawah ni. Tambah-tambah takde kereta kiri kanan. Hahaha..



Kalau parking masuk bontot dulu, sorry to say la derr.. Memang fail! Bukan aku tak nak try, tapi aku dah tau memang tak lepas punya. Silap-silap langgar bontot kereta orang lain. Time amik lesen dulu, takde la pulak dia ajar macam mana nak masuk bontot dulu kan.

Aku rela parking jauh kalau agak-agak macam payah nak park. Tak pun, aku buat macam hari tu. Kasik pakwe aku yang tolong park kereta. Hahaha.. Penakut bangat! Kalau tak penakut, takdela aku accident hari tu kan? Huhu.. Gelojoh betol!

Aku memang pasti, perempuan-perempuan lain pun macam aku jugak kan?? Cuma maybe kaunye confidence level tu tinggi sikit dari aku, takpun aku tinggi sikit.

Cuma aku pantang bile;

"Hoiiii~ Kanan sikit.. kiri sikit..bunyi doh tu alarm!"

"Bowok la slow sikit.. nok gi mane gok laju-laju.."

Ok, tu antara suara-suara yang keluar bila aku drive. Aku prefer kau senyap je , pasal aku akan lagi gelojoh bila kau bising-bising dalam kereta. Hihihi..

So, bakal penumpang, makanya, kau kau kena paham, jangan berbunyi suara ketakutan bila naik kereta dengan aku ok! ;)

Tuesday, March 8, 2011

Happy Women's Day yaw!

Bukak aje fb hari ni, banyak status 'Happy Women's Day'. Blur sekejap. Pasal, aku memang tak tau pape pasal ni. So, aku google la nak carik ape maksud Women's day ni. Hari wanita tu pasti, tapi aku nak tau maksud tersirat berbanding tersurat. Ambik kau!
"General celebration of respect, appreciation and love towards women to a celebration for women's economic, political and social achievements." - wikipedia-
Tapi, kat Malaysia biasanya disambut 25 Ogos. Yang 8 Mac ni, disambut menyeluruh dari seluruh pelosok dunia. Eces! Kau rasa macam baca karangan STPM tak? Hahaha..

Sambutan ni sebenarnya bukan la suka-suka je die main nak buat kan. Mestila ada tujuan. Hari Wanita ni diadakan untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.

Pergh! Tinggi kan darjat wanita. So, bersyukurlah anda dilahirkan menjadi seorang wanita. Tak payah gatal-gatal ngat aiihhh nak tukar jantina bagai. Menyusahkan kau je nak belajar skills mengorat perempuan.

Oh, bercakap pasal facebook, kau boleh la nak add aku. Taip Nazatul Shima. Tapi, aku tak tau la rupa Nazatul Shima mana yang keluar kan? Hahaha..

Tapi awas ya pak pak sekalian. Kalau tegur 'hai awak', 'salam berkenalan', 'awak apa khabar', 'saya nak nombor telefon', 'awak duduk kat mana' ;

makanya semua teguran itu payah sikit la aku nak jawab ye. Eh, bukan payah sikit, tapi tak jawab la. Sebab, aku kurang gemar menjawab soalan darjah 1. Eheh!

Melainkan kau tanya, 'macamana nak buat header macam awak ye?', atau ' boleh saya tau apa yang best kat terengganu'. Hah! Kan tahap STPM tu, tak pun tahap Universiti.

So, Happy Women's Day to all Malaysians dan buat insan special dalam hati, mak! Happy Women's Day. Mesti seronok dapat hadiah heels kan? Hehehe..:)


Yaa..~ She's QUEEN of my heart!

Monday, March 7, 2011

Melaka rawk!

Yeah yeah..! Dah balik dari melaka. Penat, but fun sangat-sangat! Tapi, yang pelik, aku mabuk on the way ke melaka. Nak muntah! Pftt~ Lame kot tak naek bas. Jadi macam ni la agaknya. Aku stay dekat hotel sri costa. Semuanya, Alhamdulillah OK.



No bilik aku. Cun tak nama dia? Cumin room. Comel jugak kalau letak nama anak macam ni. Cumin. Hahaha.. So sweet~

Kursus ni sangat best! Aku bukan la terlalu obses dengan politik, tapi kadang-kadang aku rasa tu macam keperluan kot. Yela, kalau bukan generasi muda yang mewarisi, sape lagi kan? Betol tak? Pergh.. Ayat dah macam leader tahap 1 yang baru nak merangkak. Kehkeh..




Separuh daripada generasi-generasi muda yang semangat untuk memperjuangkan parti. Yeah! Entah mana datang semangat berjuang ni. Mungkin mewarisi mak aku kot. Maybe laa...



Kawasan pilihan raya kecil Teluk Sentang. Katanya kawasan 'panas', tapi Alhamdulillah, semuanya OK. Takde gaduh atau saling mengata macam kat Kedrau. Ngerrrriiii~



Tu semua golongan parti pembangkang. Dieorang baik, takde pun nak buat muka masam or wutsoeva. Siap aku boleh lambai ngan tegur lagi mak cik yang duk kibarkan bendera pembangkang. Heee..



Makanya, tak sah kalau tak jalan-jalan kalau dah alang-alang pergi melaka. Ye idak? Tapinya, tak sempat nak pergi kota A Famosa. Kepingin bangat dong massss.... Kepingin nak amik pictures je kat sana. Bukan apa sangat pun.





So, berkoya sekejap kat Taman Buaya yang memang aku dan kawan-kawan tak masuk. Hahaha.. Kalau takde pictures koya, bukan aku la namanya. Walau ape pun, totap nak jugak pictures ala-ala berkoyas. Anda tak kisah bukan? Anda pasti lagi teruja nak tengok picture seterusnya?!



Ce teka! Ce teka! Ape ni?? Shit kah? Snek kah? Aku kasik masa 10saat pun terkial-kial korang nak jawab. Ni la marshmellow yang dia dunk dengan choc! Ya Allah! Best sangat! Nyummy!

So, boleh cuba marshmellow choc kat Uptown melaka hokay! Aku promote nih. Eh, tak lupa jugak, nasi lemak kukus ayam dara. Pergh! Memang sentap kalau makan. Nak pergi lagi Melaka!!

Thursday, March 3, 2011

Sebelum ke Melaka

Before bertolak ke Melaka malam ni, sempat la jugak aku nak tinggalkan kesan-kesan kasih sayang aku kat korang. Korang sayang aku jugak kan? kan? ;)

Aku macam agak malu tapi mahu bila budak-budak panggil cikgu. Rasa macam berkuasa jap kat sekolah even SEKEJAP. Haha.. Seronok woo bila diri dihargai. Kau akan rasa macam disayangi oleh semua budak (koya jap). So, akibat keseronokan terlampau, maka;


Aku akan jadi camwhore yang sangat berjaya tatkala student takde kat lab. Heaven betol bila dapat snap pictures sendiri.

Tapi, why aku bermata panda! Ni actually kesan kalau aku tidur lewat. Nak kata buat thesis, langsung dah takde. Cuma mengadap fb, takpun blog. Pfft! Nak mata bersinar pleaseeee...

Hmm, must to do something! Girls, tolongla, suggest kat aku ape yang patut aku buat selain tempek timun batang kat mata (annoying).


Eh, ada lagi?? Aku memang camwhore derr. Tak tau kenapa. So, hopefully, dapat hantaran dslr satu. Kihkih.. Hari tu, hajat hati nak terima ajakan photoshoot. Hmm~ Tapiiiii..... :(

Takpela, maybe next next time. Panggil la nazatul shima ni lagi hokay! Kihkih.. Harap-harap, time tu dah diberi keizinan oleh dia. Hehehe.. Ok guys! Got to go! Malam ni off to malacca. Ada kursus intelektual. Hope aku have fun kat sana! Nanti aku update. Oh, cencaluk best tak? :)

Aku si penakut

Kalau malam menjelma, mesti otak aku flash back balik journey aku kat zaman universiti. Memang banyak pengalaman dan di situ tempat aku grew up dan berjaya mematangkan diri. Pergh, ayat pun agak tak boleh blah..

Tapi, realitinya memang macam tu.

Kat sana, aku belajar macam mana nak tidur sorang-sorang atas katil. Macam mana nak beranikan diri tidur sorang-sorang bila roomate takde.

Well, yes, aku memang si penakut yang buat-buat berani.

Awal-awal aku masuk universiti dulu, kalau roomate hilang, mesti aku akan tanya dia nak balik tidur dalam bilik ke tak. Kalau die cakap tak, maka aku pasti berhijrah ke bilik kawan aku yang lain. Sangat tak cool kan awek ni? Lantak, yang penting, aku dapat tidur lena.

Tapi, sejak bila entah, aku makin berani tidur sorang-sorang dalam bilik dan, pergi toilet sorang-sorang. Entah dari mana datang berani tu. Tapi, gegar jugak la kalau sunyi semacam kan? Haha..

Yang penting, jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani.


So, pandai-pandailah kau balance kan dua unsur sifat ni. Kata dah pandai balancing. So, apply la! Ok, going to bed now.. Sudah mengantuk dan semestinya bunyi bising kat dapur menandakan cik tikus dah start nak masak-masak. Pfft!

Wednesday, March 2, 2011

Perempuan dan Cemburu

Perempuan.. Perempuan.. Perempuan..

Perempuan dan cemburu tu dah jadi macam saling melengkapi pulak. Ada ke perempuan yang tak cemburu? Perempuan yang duduk Hospital Tanjung Rambutan pun tau cemburu tu macam mana.

Orang cakap, cemburu kena bertempat, kalau salah tempat, nanti diri sendiri yang termakan cemburu tu. Tapi, takkan depan orang pun kau nak tunjuk cemburu jugak. Kan? Buat steady sudah, even kau sebenarnye menahan something yang maybe akan explode beberapa hari kemudian. Cool gile kan? Kehkeh..

Tapi, pernah tak kaum lelaki terpikir, kenapa perempuan cemburu??

Ramai cakap, cemburu tanda sayang. Normal la tu. Iya, aku mengaku, cemburu memang tanda sayang. Tapi, pernah tak terpikir, cemburu tu tanda rindu?

Macam aku ni haa.. Kalau rindu je, tiba-tiba cemburu tu muncul. Tak kesah la, time tu boyfriend tengah makan nasi lemak ke, ape ke, mesti hati kau akan rasa cemburu dan terfikir,
"sedihnyeee aku dok ley makang ngan die.."
Maksudnya, kau cemburu dengan nasi lemak tu , sebab nasi lemak dapat menggondoli pasangan kau, tapi kau?? Hanya mampu dengar dari jauh, tapi tak dapat tengok dan rasa.

Maka, lapangkan dada, tenangkan fikiran, sentiasa berfikiran positif. Elakkan diri dari duduk berseorangan ok? Cuba bercampur dengan masyarakat. Mane tau, satu hari nanti, kau akan jadi pemimpin? Ingatlah, rezeki Allah itu luas. :)