Thursday, September 15, 2011

Puding Buih | Resepi

Assalamualaikum

Baiklah noks noks sekalian alam. Hari ni, mak nak ajar, macam mana nak buat Puding Buih. Bukan mandi buih.. No no no... Noty taw! Mak lempang kang, terus kerongkong tercabut.

Senang, mudah dan cepat je nak buat benda ni (riakk dowww)

Ingredients yang u all kena beli kat pasar, jusco, tesco atau isetan pun boleh.


Agar-agar (1 paket)
Telur (8 bijik - amik telur putih je tau, telur kuning, jual je balik)
Gula (1 cawan)
Daun pandan (secukup bau)
Susu cair (1 tin)
Susu pekat lemak berkerimmm disukai ramai (1/2 tin)
Cocktail (1 tin, atau bertin-tin)
Air panas (agak-agak aja dong)
Sirap (sesedap mata memandang)

Cara-caranya?? Mudah mudah..

Untuk puding:
1) Masukkan 8 gelas air dalam periuk. Masukkan agar-agar dan daun pandan. Kacau sampai agar-agar hancur.
2) When the agar-agar hancur, u can add 1 cawan sugar. Kacau sampai hancur jugak. Kemudian, masukkan sedikit sirap. Kacau kacau kacau sampai dia pekat. Tutup api. Biarkan sejuk (letak je bawah kipas).

3) Dalam bekas lain, kepukkan telur putih sampai kembang dan nampak macam jadi keriiimmm gituww.. Telur kuning tak digunakan ye tuan-tuan dan puan-puan.

4) Bila bahan (2) dah sejuk, campurkan dengan (3). Kacau hingga sebati.

5) Tuangkan dalam loyang, tupperware or whatsoeva, sejukkan dalam fridge.

Untuk sosnya:
1) Masukkan susu cair dan cocktail.

2) Dalam bekas lain, campurkan susu pekat dan air panas. Kacau.

3) Kemudian tuangkan dalam (1)

SIAP! 

Sorry, presentation aku memang failed. Tapi, rasa dia TERBAIK! :)

8 comments:

thah salleh said...

sedapp ngt.. nak ckit...

Nazatul shima said...

sedapppp...meh2 mari dumoh..hehehe..:D

Mya said...

nanti boleh cuba. thanks 4 sharing =)

Ema Razali said...

waa nak try la. hihi

zulkbo said...

salam..
tak kira apa namanya..
janji, bila makan mulut
tak berbuih udah..he he


sedapnya..nampak dah belajar
nak jadi Suri rumah ni..
:-)

zulkbo said...

salam..
tak kira apa namanya..
janji, bila makan mulut
tak berbuih udah..he he


sedapnya..nampak dah belajar
nak jadi Suri rumah ni..
:-)

Mr feckry said...

eh..dah pandai masak ek

Uchi kay-f @hmad said...

teda susu pun?