Sunday, August 28, 2011

Somalia dan kebuluran

Assalamualaikum

Somalia. Apa yang kau terfikir bila aku tulis somalia?

Sebuah negara? Yes, mestila.. Takkan la lubuk sungai pulak kan.. Takde motif la pulak kalau aku nak cakap pasal lubuk sungai melainkan aku ni kaki pancing. Bukan pancing jejaka-jejaka, mahupun pancing pakcik-pakcik ye anak-anak.

Kebuluran, ye, inilah gambaran yang aku nak sampaikan bila otak aku berfikir pasal somalia.

Sedih, kadang tu sampai aku menangis bila tengok iklan kanak-kanak somalia yang kebuluran. Takde makanan. Sampaikan nampak segala jenis tulang di badan.

Alangkah beruntungnya kita, kat sini bila segala keperluan cukup lengkap. Tu pun, ada jugak jenis manusia yang tak tau bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Ish, tak patut.. Tak patut..

Sedangkan seusia muda mereka tu, sepatutnya dilimpahi dengan mainan, coklat, susu dan segala jenis benda yang menyeronokkan... Tapi, apa yang dieorang dapat?? Nothing.. Kesian kan..?

Jadi, sebagai manusia yang cukup segala benda, kita patut bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang.. Jangan terlalu memikirkan kekurangan sedangkan ada yang lebih malang dari kita. Kan?

Aku ni bukannya perfect sangat, kadang tu ada jugak perasaan nak memberontak bila tak dapat something. Hahaha.. Insyaallah, yang tu akan aku baiki.

Hopefully apa yang aku tulis ni, dapat memberi sedikit perangsang untuk diri sendiri secara generally nye la kan.. Kau? Ikut la apa yang kau rasa, aku tak paksa. Just, as a gentle reminder. Human to human. :)