Sunday, June 5, 2011

Kes yang aku selesaikan sendiri. Hebat tak?

Yo! Ops, salam semua.... :)

Hari ni dah nak gerak balik KL. Malas memang dah tahap tak terluah. Malas nak drive, malas nak isi minyak, malas nak tengok sign board bagai. Mata ni pun satu hal. Memang komfom kena buat spek. Huruf E dah nampak macam B dari jauh. Tsk!

Keropok lekor pun dah beli banyak nih. Kapasiti keropok akan menambahkan beban kereta, maka minyak akan digunakan dengan banyak lantas, pengeluaran duit pun akan bertambah rancak dan kesimpulannya akan mengalami lebihan pengeluaran. Kau paham tak apa yang aku nak sampaikan ni?

Dah, off topic pasal minyak. Out dated issue kot. Tapi still orang sebut-sebut. Pehal??

.........................

Hah, ada satu kes ni, happened last week. Ada sorang budak mengaku dia adik angkat aku. Dah lama ni tak main angkat terangkat. Hehe.. Siap mintak phone num dekat my mom. Yang peliknya, macam mana dia dapat phone num mak aku tu? Tu yang jadi tanda soalnye. So, aku yang innocent ni call la budak tu pasal, mak aku memang tak kasi num aku kat anonymous.

Bila call, tak angkat. Call tak angkat. Mesej baru la reply, tu pun aku tengok bahasa sms yang dia guna macam orang yang baru start pakai henpon. Hihi. Means, agak skema. Siapakah?? Jeng jeng. Mari kita siasat!

Yang tak boleh blah, dia suka menganggu ketenteraman waktu tidur aku. Bayangkan, pukul 3 4 pagi duk call. Wth! Sangat sakit hati! Kau tau tak, bunyi ringtone tu masuk dalam mimpi aku?

Then, siasat lagi. Dah ada hint macam dia ni bukan perempuan, maupun pondan. Dia lelaki normal. Siap dia hantar mms gambar separuh muka. Tiba-tiba aku rasa macam masuk game 'CUBA TEKA SIAPAKAH ARTIS INI?'.

Komfom la aku tak tau siapa mamat ni. So, bila siasatan dah abis, dah tau dia ni lelaki, dan aku langsung tak kenal, maka aku pun tutup case.

Maka, kepada sesiapa yang aku nyatakan ini, kalau terbaca entri ni, sila explain ok. Aku bukan tak suka nak berkawan, tapi aku tak suka bila privacy aku diganggu. Tu je. Peace!:)

Siapa nak tempah aku sebagai personal investigator korang, boleh la inbox ok. Haha.

See you another one week guys! Hee~ :)

1 comment:

Inspirationalefeks said...

brapa sejam jd personal investigator ? hohoho