Thursday, May 5, 2011

Life is getting harder.

Aku tak tau la after next week aku boleh blogging macam biasa ke tak. Mungkin aku senyap sekejap. Arghh.. Tak suke! Blogging is one of my passion. Mana mungkin aku boleh stop. Ish, tak suke betul la!

Takpe takpe. Yang tu buat bodoh je dulu. Tak nak pikir, nanti stress. Haha. Sengal betul. Tak boleh blogging pun nak stress. Pe jadahnye.

Life getting harder kot kawan. Bila dah makin berumur, makin terasa life tu SUSAH. Zaman kecik, yang fikirnya nak main, nak pergi sekolah, nak buat kerja sekolah, nak makan apa kat kantin, nak mengorat (gatal), nak pergi mengaji Quran, dan macam-macam yang menggembirakan. Buat kerja sekolah gembira ke??? Erk!

Langsung tak fikir pasal macam mana nak survive bila besar. Dan akibat tak fikir, maka duit tabungan zaman kecik habis digunakan. Haha. Kejam sungguh! Bila dah besar, kena la menabung balik. Isk3. Menyesal menyesal. Kalau la aku menabung 50 sen sehari bermula umur 8 tahun (7 tahun still nak beli meggi 30 sen), mesti aku dah dapat kumpul beribu riban dah sekarang. Dan dapat bayar PTPTN dengan pejam mata je. Sekarang, mata nak terkeluar pasal PTPTN tu menyesakkan mata.

Bila dah besar ni, komitmen dah lain. Semua nak kena buat sendiri. Semua nak kena guna duit sendiri. Nak mintak dengan mak ayah SEGAN hokay. That's why, time aku belajar dulu, kalau sesak, aku rela ikat perut dan selalu cakap ada duit kalau mak ayah tanya. Aku tak sampai hati nak cakap, aku dah takde duit. Dan, time tu maggi menjadi teman aku.

Sekarang, Alhamdulillah, semua still under control, tapi tak tau la after this macam mana. Hopefully akan OK sampai bila-bila. Niat aku satu je, nak kasi duit kat mak ayah nak tunaikan Haji di Mekah. Insyaallah. :)

4 comments:

Encik Psychopath said...

ptptn tak byr lagi ? ish ish ish.

passion blogging konon.

Nazatul shima said...

lom leee... ko la tlg byrkan.hahaha..

hehe.. asal? pelik ke?hihihi

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

insyaAllah...

Nazatul shima said...

ms: :)