Monday, May 9, 2011

Eja murid-murid, BUNGA! Pandai~

Bu buuu, nga ngaaaa, buuuunnngaaa!

Pandai anak murid cikgu!

Oh, itu zaman dulu punye cerita. Cikgu mintak eja bunga, memang 100% betul tu. Takde salah langsung, melainkan cikgu mintak aku eja bunga dalam bahasa jawi. Aku merangkak dalam kegelapan. T_T

Dalam life korang, pernah tak dapat BUNGA dari sape-sape? Tak kesah la, family ke, kawan ke, bf gf ke??

Aku pernah dapat bunga yang banyak time konvo hari tu. Aku dapat dari family, bf, dan kawan. Suka bukan kepalang bila dapat bunga. Tapi, sayang, aku tak reti nak jaga bunga. Bila dapat je, memang aku simpan, bagai menatang minyak yang penuh, tapi bila dah layu, mula nak buang. Semak la konon. Maafkan saya semua!!



Saya janji!! Lepas ni, kalau dapat bunga lagi, saya akan simpan! Tolonglah bagi bunga kat saya! Saya sangap bunga sekarang.

Oh, thanks kepada budak form 2 (nama terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan), sebab kasi bunga raya yang kau petik dari pokok sekolah kat Kak Shima! Oh my, menangis kejap! *Terharu*

p/s: dapat ikan gapi 5 ekor!! Akanku bela seperti anakku sendiri. Hehe.. :)

6 comments:

KHRLHSYM said...

cikgu lawa kompom dapat bunga. hehe

~♥ Mawar ♥~ said...

saya pernah dapat bunga. tapi bunga plastik je pon. simpan setaun lepas tu buang. ngee. sebab? terpaksa dirahsiaka atas keselamatan. kihkih

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sukaaaa nya...

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

nok bungeee gop! hahaha ;p

Mr feckry said...

lu mengingatkn wa tentang pristiwa orang hantar bunga kat wa. Kat opis plak tu..nasib yang hantar tu awek cun..tapi bukan bini wa...

Arief Arf said...

bagi bunga plastik la senang.
takyah jaga, takkan mati.
ahahaha