Saturday, April 9, 2011

Penting tak birthday present dari spouse?

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita.....
-projek pistol-

Aku bukan la fans sangat dengan lagu ni. Tak punn.. Cuba tengok, nama band pun pelik semacam je kan. Projek pistol. Memang sah-sah suka tembak orang nih. Scary!

Disebabkan aku wanita, pasal tu la aku highlightkan lagu ni. Yang agak separuh wanita tu jangan la sentap pulak ye.

Aku nak tanya la kat wanita-wanita mahupun kaum yang kelihatan macam wanita. Penting tak hadiah birthday dari boyfriend kau? Tak kesah la ape-ape pun, asalkan hadiah, dan yang pasti dapat buat kau senyum kerbau selama beberapa hari.

Best tau tengok orang dapat jambangan bunga, coklat ikat kat belon bentuk love, handmade birthday card (nampak kesungguhan), dinner di tepi pantai disamping lilin-lilin wangi dan birthday surpised. Sangat teringin duduk dalam keadaan tu. Haha..

Ok, sudah-sudah! Jatuh pokok kejap lagi nih, kuat sangat berangan. Sedow!

Jap! Mesti kau terfikir kan. Mr Zizanku takde ke buat macam tu? Haha. Honestly, kalau dia nak kasik hadiah, mesti ajak aku pergi beli sekali. Risau taste aku tak sama dengan dia. Hihi.. Actually, aku tak kisah pun kalau taste dia lain dari aku. Kan kekurangan tu yang akan melengkapkan kekurangan yang lain. Kan? So why not?

Yang paling penting, aku SUKA LOVE INFORMAL LETTER yang dia selalu hantar kalau tiap kali nak poskan ubat Jerslin. Kuikui..

Even umur aku dah nak menjangkau 14 tahun, eh 24, tapi aku tetap ada lagi sifat keanakkan yang tak mampu mak aku bendung. Aku suka akan teddy bear. Sangat sangat!

Pantang jumpa teddy bear, mesti nak peluk. Kat atas katil bilik aku, bersepah dengan segala macam teddy bear. Adik aku yang kecik tu pun ada seekor je teddy bearnye. Tu pun, dia main campak je. Haha..

Tapi, yang paling aku sayang, yang paling aku rajin nak bawak pergi melancong sama-sama dengan aku, si Fafa la. Kalau takde Fafa kat sebelah, tak boleh ok. Mesti kena ada dia, baru complete. Fafa tu kan cinta aku ngan Mr. Zizanku (sila urut dada, kurang sikit perasaan nak muntah)

Ok, aku dah merepek ke hujung laut. Makanya, aku nak stop kat sini dan kasik laluan kat suara aku untuk karaoke lagu listen-beyonce. Gila tinggi not dia, mahu tercabut anak tekak aku nyanyi lagu ni. Maaf ye jiran, saya terpaksa tinggikan suara semata-mata nak sampai ke not tinggi. Kehkeh..

6 comments:

Encik Psychopath said...

gedik.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku xbace...
sebab ko kate untuk kwn perempuan ko...
:)

-EJA!- said...

mana cop???aiseh2 lari...

hik2...

xnk komen pe pun...cuma nk bgtahu yg i sentap okey...pasal i half2...

wawawwawawa...

Nazatul shima said...

psycho: hahaha..gedik ke?kehkeh..:P

Nazatul shima said...

ms: iyela...xbace xpe...hiihihi..tpi kalau ko bg pndangan bg pihak laki lagi bagus..hehe

Nazatul shima said...

eja: hehe...xpe..doesn't matter..yg pentng, niat..:)