Monday, April 11, 2011

Foursquare menyusahkan ke menyenangkan?

Kau tau ape tu foursquare?? Ala, benda yang famous sangat dalam fb tu. Yang ada peta, siap bagitau current position kau tu. Macam friend finder jugak, yang beza, foursquare tak payah nak approve kalau nak tau kawan kau ada kat mana. Senang kan? Canggih betul la zaman sekarang.

Siapa-siapa yang sign up foursquare ni, mesti orang yang suka berjalan-jalan atau berderak dalam bahsa klasik.

Tapi, kau rasa tak macam benda ni akan menganggu privacy engkau engkau sekalian. Kejap-kejap auto post ada kat Alamanda, kejap-kejap kat Sungai Buloh, alih-alih ada kat Afrika.



Silap haribulan, ada someone yang memang adore dengan kau dapat tau kau ada kat Times Square, mesti dia akan usaha jugak cari kau kat sana. Kalau terjumpa just nak mintak sain kat dada, aku rasa ok lagi, jangan dia jadi rimau yang terkam orang sudah la. Ya ampun...

Hah, kalau jenis minat macam kat atas tu, takpe la. Kalau yang jenis memang ada niat tak baik, macam mana pulak? Ya Allah, mintak jauh la..

Yang si boyfriend tak boleh la nak tipu girlfriend, dan sebaliknya. Pasal, foursquare dah detect current position kau kat mana. Hahaha.. Kalau kau ada kat night club, jawabnya, penampar 45 bijik la kat pipi tanpa henti.

So, beringat-ingat ye kawan-kawan. Dunia makin canggih, makin banyak keburukan dia (yang pasal bf tadi tu, kebaikan ok. haha..) Apa yang sepatutnya menjadi privacy, we have to take care of it.

Setakat bagitau hometown dekat profil tu ok la kan, jangan terlalu detail sangat dah la. Bahaya. So, always alert ye readers! ;)

p/s: foursquare detect tak kalau user dalam toilet? hehehe..

4 comments:

izwan said...

yes.people should take greater precaution before something bad happen to them.Don't expose yourself to danger :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

foutsquare akan detect kalau org ambik pic depan cermin k...
hahaha...

black_mel said...

tak penah guna...tunggu ada hp canggih..xD

zhOprenIa said...

hari tu ada kes fourquare kantoikan pasangan berkhalwat. ^_^