Friday, April 22, 2011

Berani 'dia' mainkan perasaan aku!

Semalam aku bantai tidur awal gile. Mesti kes penat berswimming dalam kolam adik aku nih. Start pukul 9 lebih tertidur, pastu bangun-bangun je pukul 4 pagi. Pergh. Seram habis nak bangun masuk bilik. Tapi, takpe, think positive. Common word babe.

Nak cakap pasal seram ni, aku teringat satu kisah ni yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Before rumah aku di'renovate', bilik tidur aku betul-betul tepi tingkap luar rumah. Nak jadikan cerita, tengah enak-enak tidur, tiba-tiba aku terbangun. Tengok jam, pukul 3.15 pagi kalau tak silap. So, aku pun nak sambung tidur balik la. Awal lagi tu.

Bila nak lelapkan mata, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi benda jatuh merintik-rintik atas tikar getah. Ala, macam mana ey aku nak explain. Lebih kurang macam batu-batu kecil jatuh atas tikar getah yang agak menggelembung. Banyak kot! Aku dah mula berpeluh, dan yang pasti aku dah boleh dengar jantung aku berdegup laju!

Aku kuatkan semangat. Nak bangun masuk bilik mak, lagi TAKUT pasal kena berjalan keluar bilik. Entah-entah terserempak kat luar ke? Oh, NO! Aku rela duduk dalam selimut. So, aku duduk dalam selimut tu sampai la ke pagi.

Esok tu, cepat-cepat aku tengok kat luar rumah. OMG!! Terkejut! Kau nak tau , apa yang aku jumpa? Alien? Batu permata??? Bukan.. Bukan.. Ni yang aku jumpa.

.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.
...
.

TAHI KAMBING HOKAY!!!!

Pergh... Sakit hati betol! Kambing ni memang main-main dengan hati dan perasaan aku malam tu. Ada ke berak kat tepi bilik aku. Cis punya kambing!Pftt!!

2 comments:

cik ubi said...

kambing jantan tu..dia nk pikat ko!..hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hahaha...
wat gabra lebih...