Monday, August 30, 2010

Cintas Cintus

Hari ni aku agak jiwang. Menaip pon dengan jiwangnya. Tengok skrin pon macam ala-ala aku tengok cik isketambola. Kahkah. Wuteve it is, im in jiwang mood.
ImageHost.org
Yes, cinta memang datang dari hati. Cinta itu suci (semua orang cakap camtu, so aku pon tiru). Kesetiaan yang perlu dijaga. Kejujuran pada pasangan pon same. Jika hati pernah dicurangi dan disakiti, janganlah berdendam. Berdoalah moga mereka berubah dan menjadi insan yang baek. Maafkan mereka walaupun perit bagi kita untuk menerima kecurangan yang dilakukan. Melupakan memang sukar, tapi untuk menjaga hati sendiri, kita harus hapuskan semua yang telah berlaku. Dalam ruang hati mereka, pasti ada jalan untuk mereka berubah. Pasti!

Biarlah air mata kita jatuh berjuraian, tapi janganlah semangat kita sama jatuh. Buktikan pada mereka yang kita kuat dan mampu menanggung segala kesedihan yang dialami. Yakinlah, kita akan menjadi lebih kuat setelah alami semua ni. Yakinlah.. Aku pon yakin! Haha...;)

Sunday, August 29, 2010

onde oh onde

Ok peeps! Before aku balek ke umah sewa yang tak berapa nak cintai, aku nak share la sikit pasal onde-onde. Aku sangat obses dengan onde-onde. Pantang nampak onde-onde, mesti aku beli. Nak cakap time mak aku pregnantkan aku dulu suke makan onde-onde, tak dela rupa mak aku suka onde-onde. Ntah. Tak paham.

Jadi, maka, hatta, aku dah belajar buat onde-onde ngan mak aku 2 weeks ago. Nak post pic, tapi macam MALAS. Kalau aku cakap malas, memang takde penawar unless aku rajin. Hoho. Tapi, onde-onde yang aku buat ngan mak aku tu, sangat sedap ok. (bukan nak berbangga tapi memuji). Kehkeh.

Ok peeps yang sedang mengorek idung. Oi oi! Bulan pose ni, korek idung apenye??! Ok, aku nak carik onde-onde kat bazar Kampung Raja. Mesti aku pitam jap lagi. Manusia ramai bagai semut dalam coklat manis. Babai adek manis! :)

Rakyat Indonesia yang melampau!

Apa kabar ibu ibu bapak-bapak sekalian?? Waduh waduh. Gawat! Napain ya rakyat Indonesia beria-iya sangat nak marahkan orang malaysia?? Isu ni dah jadi makin panas, tambah-tambah bila bendera kebanggaan kita, mereka pijak-pijak macam pijak kaen buruk. Woy!!! Mamat indon! Boleh blah ok! Aku benci ngan kaum kau yang tak sedar diri! Dah la golongan kau bersepah-sepah kat negara aku, menyemak aje!

Buat kawan-kawan yang duk belajar or stay kat sane, jaga diri elok-elok. Jangan biarkan diri kita ditindas.

Ohhoi rakyat indonesia! Jangan bangkitkan kemarahan rakyat malaysia. watch out!

Saturday, August 28, 2010

Shopping Lists

Noon ahkaks-ahkaks dan abangses! Dah pasang lagu raya kat umah? Umah aku ni, duk ulang lagu Anugerah Aidilfitri jep. Peminat tegar siti nurhaliza kan. Hehehe.. :)

Okai, dis noon i wanna talk about shopping raya! Baju raya taun neh 7 pasang aje, up 2 pasang dari last year. Tapi, baru aje siap 2 pasang. Ngeh3. Jangan jadik macam last year sudas.
ImageHost.org

Jom kite check out ape yang aku dah beli ngan tak beli lagi untuk raya neh!
Visit: Cookie-Bits.NetHeels (not yet)
Visit: Cookie-Bits.NetHandbag (done, but currently i'm used it. tsk! Haha)
Visit: Cookie-Bits.NetTudung/shawl (not yet)
Visit: Cookie-Bits.NetSampul duit raya (maybe paw my dad for this. Hihi)
Visit: Cookie-Bits.NetBrooch (not yet)

Uih, banyak lagi rupanye yang belom aku prepare. Haha. Mana semangat shopping raya neh?? Takde geng nak gi shopping kat sini. :(
Windu zaman usm. Shopping raya berjemaah.
Miss that moment guys! Wuwuwuwu..

Friday, August 27, 2010

Body Tercun!

ImageHost.org
sumber: tuan google
Opocot! Terkejut jap tengok. Kenapa dia buat muka macam tu? Mesti nak kasik urat-urat badan tersembul keluar kam?
Aku tak dapat bayang, macam mana boyfriend dia nak jaga ni. Kompom, paling sikit pon, 50 belas botol minyak kena beli, nak kasik body oily cam gitu. Uih! Gile berketul-ketul. Hari-hari mau pegi gym neh nak kasik badan camni. Makan pon mesti sama banyak ngan laki. Kekeke.

Sekali dia kasik penampar kat aku, mahunye aku terpelanting. Kalau tak pon, abes-abes busuk pon pipi aku kompom lebam. Hoho.

Yang penting aku nak tekankan kat sini, rambut kat depan tu. Phewitttt! Ayu gitu. Walau badan sesasa malik noor mahupun The Rock. Haha Gagagas. Moralnya, walau fizikal tak sama dengan girl laen, keayuan tetap perlu dijaga. Hehehe..

Kisah sedih si kecil

Hello peeps! Are you ready for rock n roll? Oh, still 'berak'in? Ok orait. Nevermind la kalian-kalian, yang penting aku ada story lagi. Please dunt judge me as minah kepoh or wutsoevaitis, sebab idea aku di malam hari mungkin berguna untuk kesedaran umum. Melalut lagi. Damn.

True story. Aku tengok si kecil ni riang ria hari raya berlari-lari kat kawasan umah jiran aku. Tapi, sape yang tau, dalam hati dia apa yang dia rasa. She so sweet and clever tho. Kenapa aku cakap dalam hati dia siapa yang tahu apa yang dia rasa? (berbelitkah ayat aku?) Yes, she lost her family when she's age 4 years old, last year in a car accident. Luckily, she still alive. Family dia semua rentung terbakar. Ya Allah, jatuh berjurai air mata aku tadi. Sangat sangat sedih bila tengok ketabahan si kecil ni.

Now, her mom's friend take care of her. Sangat baek wanita itu. Tabah juga. Tadi, aku cakap-cakap ngan si kecil ni. Ayat yang buat aku gile-gile menangis bila dia cakap, bila dia tengok bulan, dia tau, mak dia ada kat atas sana, and smiling for her. Lagi, dia cakap, pintu kereta sebelah mak die terkunci. Tu aje yang dia ingat. See? 4 years old kid, talking like 14. That's why aku cakap dia pandai. If i'm in her shoes, memang komfom aku jadi insane. :(

Jadi, appreciate your family. Dunt ever talking crap about dem. Loves them everyday in your heart beat. When we are losing one of them, then we will know how much hurt it is. Love your family peeps!! And u people! Stop 'berak'in, because i'm done with my story. Nite!

Thursday, August 26, 2010

Pondok Telefon

Hello lad and quine (learn from sifu nije mucca)! How are you guys? How's your fasting? Is it ok? Gagaga.

Publik fon. Telepon awam. Awam telepon. Aduh. Semalam, nak cari ke publik fon yang tak rosak, punye susah giler kat jerteh town. Eces! Ter'bi' plak. Serius talking la babies. Memang susah. Ada tu ada, tapi, most of it dah rosak. Tak paham aku. Camane boleh rosak. 6 publik fon dah aku jumpe tapi semua rosak, and at last, ada la aku jumpa publik yang berjasa kat aku semalam. Nak buat camane peeps, bil tak habis bayar lagi. Still kena unblock. Wakaka ey ey. Nak pakai nombor laen, kena pikir 40 belas kali dulu. Haha.

Penat dah aku nak menguntungkan maxis, digi, celcom. Nak kasik untung kat publik fon plak. Hehee..

Ingat zaman skolah dulu. Zaman ada cinta monyet et et. Before prep tus, sempat lagi q nak gi calling calling. Rela noks beratur panjang demi cinta monyet et et yang ntah pape. Haha. Giles tol. Berpeluh-peluh kat publik fon tu. Walau panas aku rela. Apekah? Haha. Dah dah. Past is past. Sekarang, tak perlu lagi aku nak berpeluh-peluh. Cakap fon pon bawah ekon, siap boley silang-silang kaki. Majunya dunia sekarang. Hehe.
ImageHost.org
Aku kepanasan, dia kesejukan. Rela. Rela. Hehehe..

Wednesday, August 25, 2010

Drama melayu dan kisahnya

" You tau tak, i akan invest dalam syarikat kuda berbelang holdings tu in 2 millions.. I rase lagi bagus kalau i invest lagi banyak.. Nanti i dapat share lebih, dan aku bakal menjadi CEO company kuda berbelangs holdings! "- Petikan dari drama-drama melayu yang biasa dimaenkan di talibesen.

Ade ke kau dengar dalam drama-drama melayu, dieorang nak invest 200 hengget?? Tak de kan. So, tu la fenomena drama-drama melayu. Kalau tak maen berjuta-juta ni tak sah. Haha. Pulak tu, kalau bawak kereta, mesti nak kena pakai kereta merc la, bmw la, fair lady la. Kan bagus terapkan bersederhana dalam penceritaan. Bawak kereta saga ke, wira ke, waja ke, an an? Ni, tak dela orang terpikir, drama melayu just focus more on wealth people. Orang sederhana macam aku ni pon, nak jugak tengok drama yang logik sikit ngan kemampuan. Ye idak?
ImageHost.org
Rumah pulak sebesar alam die pakai. Hayoo! Cuba renung-renungkan. Sape yang duk salu tengok talibesen kat umah? Orang kaya-kaya ke? Atau orang-orang yang sederhana? Memang dua-dua tengok, tapi kekerapan menonton talibesen tu. Aku agak, kompom orang-orang sederhana macam aku, pasal aku boleh tules entri pasal nih. Haha. So, director-director, be professional and rational in your karya. Majulah industri tempatan untuk semua.

Tuesday, August 24, 2010

Kenapa mesti sorokkan status anda?

Pagi ni, berjalan kaki ke tempat kerja dan tak lupa berdoa, moga aku tak terserempak ngan lelaki gatal pagi kelmarin. Alhamdulillah. Allah mendengar doaku. Thanks Allah.

Tengah-tengah aku nak conteng muka pagi tadi, aku dengar satu topik best dalam radio muzik. Hot fm aku tak jumpe signal la. Aku tak la kolot sangat banding ngan rombongan Cik Jah ke KL. Ok, back to the story. Topik dia, kenapa orang suka sangat sorokkan status dieorang.

sorok remote takpe ok.
Aku bagi contoh ok. Si lelaki polan dah kawen, tapi mengaku tak kawen. Wtf betol! Kalau dah kawen cakap la jelas-jelas. Kenapa mesti nak sorok? Takut saham jatuh merudumkah?? Hadow! Bini punya cantek, kau main kayu 31 pulak kat luar. Emosinye aku, padahal contoh aje tus. Haha. Same goes to guy yang dah ada gf, cakap la dah ada gf. Konon nak cakap single. Bangang triple aku kasik! Maaf sesiapa yang terasa.

Haa! Pempuan satu hal jugak. Nape nak kena sorok status? Kalau dah ada bf/laki/fiancee, just tell the truth la. Buat ape nak sorok? Kalau dalam fb, duk pakat letak single. Padahal, dah tunang ngan kawen. Ape kejadahnye? Nak show off yang kau orang still laku? Hello~ (baca dengan gaya datin wannabe). Just be honest la people. Jangan la berlakon sangat. Orang pun tau kalau kau berlakon macam kayu.

Monday, August 23, 2010

Hukum melambatkan bacaan ketika solat terawih

Situasi di surau Kampung Telur di Hujung Tanduk pada malam Jumaat.

Cik Jah: Hari ni kompom abes terawih pukul 940 malam. Pasni, ley la nak maen mercun ngan anak-anak aku depan umah tu..

Senah: Ohhoooiii cik Jah! Nak maen mercun ngan anak-anak? Ape ke kamu ni nyanyuk suda?? Nak kate beruban, dah dye rambut jadi merah.. Kamu tu dah anak 18.. Buang la sikit sikap budak-budak tu..

Cik Jah: Yela, kan aku cakap, kalau abes 940 malam..if 940 ok, else i'll sleep..

Laungan azan berkumandang masuknya waktu Isyak. Semua jemaah bangun berdiri. Selesai solat Isyak, Imam memberi isyarat untuk menunaikan solat sunat terawikh.

Jam berlalu hingga ke 10 malam.

Senah: Aku da agak dah, mesti abes lewat. 8 rakaat aje, tapi maunye pergi sampai pukul 10 malam. Ish2.. Tak khusyuk aku solat tadi cik Jah uiii!! Ni sama macam orang solat 2o rakaat ni..

Cik Jah: Same la senahs senak.. Terhuyung-hayang aku tadi.. Haih! Tak boleh la aku nak maen mercun ngan anak-anak. Ni pon pukul 10 lebey dah.. Malam ni wajib kena masuk tidur awal..

Senah: Gatal la kamu ni.. Tua-tua pon merenyang lagi.. Tapi, takpela, merenyang pon ngan laki kamu..

Cik Jah: I go first ok.. See you tomollow nite.. Dunt forget, sleep well tonite ok cik senah senaks.. Tonite gonna be a good good nite..~

Q: Kalau tok imam baca surah dengan nada berbunga-bunga yang melambatkan solat sunat terawikh dan menimbulkan rasa tidak senang jemaah, hukumnya macam mane ye. Siapa yang tau?

p/s: Kisah ni tiada kaitan dengan sesiapa. Hanya tulisan semata-mata. Mekasih noks sekalian seantero dunia!

Sunday, August 22, 2010

Kesukaanku ialah

Salam 1 Terengganu, Kelantan, Selangor, Penang, Pahang dan seantero dunias!

Sekembalinya aku ke besut, kepala hotak aku makin sakit. Pening. Ada ura-ura nak demam. Demam ape? Sakitkah? Rindukah? Problemkah? No no no mucca (pinjam perkataan dari kawan isketambola. sorry sifu nije mucca!) Kihkih. Tapi, kompom aku nak demam. Cough, flu. Totally attacking myself right now. Alhamdulillah. At least, insya-Allah, my sins will be wipe out. Amin,,

Today, quite lazy nak bangun dari tidur. Mamai mamai mamak lele. Tambah-tambah nampak bantal berpeta yang agak empuk dan enak tus. Haih. Mahu aku berguling-guling tuk second round. But, demi tanggungjawab, aku rela! Aku rela tidur balek sekejap. Pastu bangun agak lewat. Haha. Sayang beb kat mata aku neh! Gagaga.

si pink hippo, si fafa dan si jersey bersama aku mess our living room. Kehkeh. Malas nak tidur dalam bilek. Haha. :) Hali hali aku mau tidur itu sama kat luar. Bilek aku hanya tempat tuk solat dan bersiap siapan.

Friday, August 20, 2010

Tidur cara terbaik!

Hai hai hai! Shima Desa kembali membebel setelah pulang dari solat terawikh. Jangan tutup telinga mahupun lubang hidung, pasal tak de langsung kaitan ngan mata. So, lebarkan bebola mata, dan gerakkan hujung jari tuk scroll entries aku yang berlambak-lambak kat bawah tus.

Tiba-tiba kepala hotak aku berputar ligat. Nak berkarya la kunun. Manusia. Ok, aku pun manusia, bukan chimpanzi mahupun merak hutan. Hatta, bukan la jugak dubuk. Kenal tak dubuk. Tak? Ok, abaikan.

Lahirnya manusia dari benih. Benih-benih cinta. Sekali dengan buih-buih kasih sayang. Kan aku dah agak, metafora mesti lebih-lebih. Eh eh, aku teruskan. Setelah benih disemai, lahirnya seorang manusia yang cukup sempurna sifatnya. Cukup cantik Allah jadikan. Masya-Allah. Tak terjangkau di kotak fikiran seorang manusia yang hina dina seperti kita. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. :)

Janganlah jadi bengap sangat duk kelar tangan semata-mata putus cinta. That's idiot o buddies! Jangan buat macam tu. Jangan sakiti diri kita. Love ourselves! Please.

Kalau tengah sedih ke ape, try pergi vacation, therapy kat spa Q ke, kot-kot boleh jumpe artis-artis hot kat sane. Ok, aku serius. Pergi bercuti. The best solution ever. Aku? Kalau sedih, serius aku tak pergi vacation, pasal bajet tak cukup. So, cara terbaek, aku perap diri dalam bilik mandi, dan aku keluarkan seluruh air mata sampai la agak-agak mata aku bengkak sebati. Lepas tu, insya-Allah, aku ok kembali, tapi dalam jangka masa sekejap. Lepas tu, kalau agak-agak macam nak rabak lagi, aku bantai tido! Haha. ;)

Sigh

Haish.. DiGi DiGi.
Please make me feel better.
:(
Tq.

Wednesday, August 18, 2010

Raya zaman dulu dan sekarang

Dam dam dum bunyi mercun bola. Oit oit. Puasa baru berapa hari dah pikir nak raya? Teruk betol. Kehkeh.

Zaman aku kecik-kecik dulu, gila suka maen bunga api yang kaler merah tus. Bila dah keluar percikan api, melompat-lompat kekinjaan kat depan umah. Jakun betol! Tapi, time tus, rakan sepermainan aku, along ngan angah aku jela. Anak yang baek. Gagaga.

Lagi satu, sambil maen bunga api, gila suka beli cekedis yang ada gambar kepala sotong tus. Aku pun lupa apa nama dia. Dulu, banyak woo isi dalam tu. Sekarang dah jadi ciput gila. Kedekut betol la. Tapi, tulah. Nak buat macam mana. Semua benda mahal zaman sekarang. *sigh*

Pelita bukan kemain pasangnye. Berderet atas pagar umah. Yang sangkut pun ada. Macam Deepavali pon ada la. Haha. Rindu zaman-zaman tu.

Sekarang dah tak macam dulu. Budak-budak duk mengadap komputer aje 24/7. Maen games. Adik aku beli tanglung pon, guna sekejap, pastu masuk umah, surf intenet maen games. Memang pintar kanak-kanak zaman sekarang. Advanced.

Gaya adik aku maen games macam ni lah. Haih. Naseb baek sekolah pandai, kalau tak maunye aku tarik telinge budak neh. Ehehe. :D

Tuesday, August 17, 2010

Happiness

Alhamdulillah.. Dah masuk hari ke 7 berpuasa. Aku masih sihat untuk berpuasa dan beribadat kepada Allah. Rasa gembira bila pergi solat terawikh. Tulah, rasa yang boleh kita dapat kalau kita kerjakan ibadat terawikh dan alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mengerjakan solat terawikh yang kita tau sekali sahaja untuk setahun. :)

Ok, sekadar renungan bersama aje.

Selamat beramal! :)

Saturday, August 14, 2010

Merapuan di tengah malam

For the first time i saw him, i knew, he will be my reality even though on that time, my life quite messy and miserable. Seriously speaking, i never love people like i love him. I swear. Barriers come and go, and alhamdulillah, we are still need to complete each other. :) Thank God.

Yes. I admit, not all of people love what we are doing, with whom did i in love, and etc. Hard to satisfy others. 1000 people with 2000 attitudes. Whoa! Extremely make me as dead meat. So? Why i need to care about others, while my life actually must be super duper happy mappy. Kan? Get out all of negatives soul and absorb positive ones.

In this time being, i'm always think about how to improve myself to be at the same level with the success people out-there. Easy to think and speak but hard to execute it. That's why we called sacrifice. Round round merry brown. Try not to get drown. Yeah yeah yeah.

p/s: sorry kalau english broken. Baru nak belajar cakap omputis. Almaklumlah, nak upgrade diri sikit. Haha.

Malay Man and Chinese Girl

Kali ni, aku nak story sikit pasal one of my secondary school frend. No need to mention his name, since my blog still public kan. Hehe.

Nak dijadikan cerita, dia kapel dengan sorang chinese girl. Ok, yang tu tak la menjadi masalah kan. Yang big problemnye, look like dia yang dah jauh ikut adat chinese girl tu. Sedangkan, die islam, muslim. Tak salah kalau nak kapel dengan perempuan bukan seagama, tapi jauh lagi baek kalau dia dapat bimbing that chinese girl to learn Islam since dia dah ada advantage untuk lead girl tu. Tapi, sayang thousand kali sayang. Drunk, tatoos, necklace, etc yang sememangnya tak patut as lelaki muslim buat, dia dah buat. Bersepah-sepah tin carlsberg, tiger. Masya-Allah.

Sedih sangat sebab tengok kawan aku dah jadi macam ni. Pandai, tapi tak guna otak nak berfikir. I hope, one day, he'll realize what his doing are totally wrong. He's a good person tho, and i pray for his good sake.

Peringatan ini untuk aku jugak. Kadang-kadang manusia lalai dan alpa. Hari-hari kena saling mengingati. Tak salah kan? :)

Thursday, August 12, 2010

Konvokesyen Uniten :)

Alang-alang mood mengupload pics, so apa salahnye la kan, aku share ngan korang semua aktiviti aku weekend lepas. Hihi. Konvokesyen uniten yang ke 13 kot. Kalau tak silap aku la kan. Hehe.

Aku pergila nak meriahkan konvokesyen angah aku ni. Terserempak plak ngan rina. Just say hi aje, tak sempat nak sembang-sembang pasal aku ni duk kalut nak carik family aku yang bertapa kat mane ntah. Ekeke. Rina, u are hot in red!:) (da puji rina, pasni kasik duet nuff sikit kat shima.Hehe)

So, layankan aje pics ni. Nak tengok banyak-banyak lagi, boleh la usha kat facebook aku okai!:)





Ok. Dah. 3 keping aje ok! Hehee. Get more kat fb aku. Alahai. Bajet artis lagi. Menci betol! Haha. Lantak la.
Time ni, nak pegi dewan kena jalan kaki. Naseb baek kami ni semua atlet-atlet skolah. Jalan dengan kejayaan. Haha. Park kereta kat Ilmu, then ber'walking'an menuju ke dewan. Sangat malas nak tunggu bas. Ada ciri-ciri manusia yang cekal tak kat situ? Ada? Ow! Tq noks!:)

E-series gift and Buffered Earnings!

Kekadang, otak berpikir lebeh dari kemampuan. Tak kesah la kemampuan dari segi bentuk rupa apa pon. Yang penting, ukur baju di badan sendiri. Tak payah la nak jadi tailor pulak nak tolong ukur baju kat badan orang laen. Paham? Tak? Ok, abaikan. Selingan di kala pagi sahaja.

Lucky me, i've got new multifunction henpon e-series from my lovely cik isketambola. :) Tq my dear for your hantaran gift and am really happy melompat-lompat like monyet yang dapat pisang. Hari-hari macam mau cium itu henpon. Tapi, jangan terover cium plak, batal pose. Tak ada kaitan ok. Hehe. Henpon sony pink kesayangan tetap aku simpan. Lots of memories inside. *drooling eyes*

Ok, you know what guys, lucky me again, alhamdulillah buffered earnings aku dah naek jadik 5 campaigns! :) Duet raya neh. Kekeke. Terkinja-kinja aku melompat. Tipu. Aku hanya duduk di kerusi dan menaip. (T____T)

Wednesday, August 11, 2010

Kisah Berkisah Lagi

Ok, berbalek kepada offer kerja as software tester itu. After aku join company nih, aku kena pergi overseas tuk training selama 8 months. Dalam kepala aku, duit dan vacation. Kekeke. Tapi, ada benda laen yang aku perlu amek tahu dan cik isketambola dah menyedarkan aku semua tu. Ngeh3. Cik Isketambola berat nak lepas aku pergi sana. Macam-macam dia suh aku pikir. Tapi ada betulnya jugak lepas aku dengar pro dan cons die. Mak aku ok aje, but ayah aku just senyap. Kalau senyap tu, memang aku kena paham-paham sendiri la. :(

Employment agreement dah dapat, so sekarang semua atas aku. Reject atau accept. Hati berbelah bagi. Kerjaya, cita-cita dan cinta. Cewas! Boleh la noks sekalian buat tajuk novel ke, drama melayu ape ke. Aku tak kesah. Yang aku kesah, kepala aku dah berputar putar ligat duk pikir pasal neh.

Rezeki ada kat mana-mana. Yang penting jangan berhenti mencuba. Yakin pada diri sendiri. Itu yang penting. Dan kalau aku quit keje aku sekarang, pasti aku rindukan kawan-kawan exec aku. Pasti.


Mereka periuh hidupku. Eces! Teremo pulak. I'm sorrryyy~ Lalalaa.

Wednesday, August 4, 2010

Misteri Nusantara cicah bebola ketam

Life getting more super duper adventurous-merous! Hari-hari rasa macam misteri. Stail misteri nusantara dah. Tapi, tak ley lawan suara zainal abidin dalam tu. Merepek lagi. Gile sunggus. Bukan sugus ok.

Kepala otak aku jeng dah ni. Mana nak pikir hal kerja, mana nak pikir hal konvo. Eh eh. Berlagak macam aku la plak yang konvo. Kehkeh. Sangat sangap memikirkan kerja yang makin bertimbun-timbun. Eh? Tapi, anda kan dapat kerja baru. Oh ye! Aku lupa. Aku dah dapat kerja baru. Software tester. Yang aku pergi interview hari tu kat Garden North Tower tus. Ingat tak noks? Tak ingat? Ok, abaikan. (bukan aku nak bangga ni tau, aku cuma nak impom aje kat korang sume). Niat aku tulus mulus suci murni dijamin bersih.

Tak sabar next week. Mungkin aku akan dapat sesuatu yang besar punyeee!:) Dan aku juga dapat something yang kecik punyee!:) Haih~ Lucky me!Gagaga.

Ohhhoooiii~ Cik Isketambola.- walaupun kita tidak kaya dengan harta, cukuplah kita kaya dengan budi bahasa (macam kenal je ayat neh. Alah, citer melayu. Semua cakap camni. Aku pon nak la cakap jugak kan). Kekayaan tidak membawa kita ke mana-mana. Allah tidak mengukur hamba-Nya dengan kekayaan, rupa paras atau darjat, tetapi hati yang bersih dan sentiasa taat kepada-Nya. :)

Tuesday, August 3, 2010

TRADISIONAL METHOD

Ahad baru neh, pegi la meeting kat sebuah secondary school neh. Dari 830 pagi sampai 500 petang ok. Sangat jeng otak aku meeting selama tuh. Beku kejap otak pasal ngantok gilew dan malam sebelum tu, aku tido 530 pagi. Gila sakit kepala. Tapi, aku gagahkan diri bangun jugak pagi tu demi pekerjaan. Cewah! Gediks.

Aku pun balun kereta ayah. Park kat luar school aje pasal, kereta ya ampun, sangat penuh sesak gilews.

500 petang ada sesi amek gambar, tapi aku bajet muka aku tak nampak pun even amek picture, pasal ramai gilew orang. So, aku malas nak naek pentas bagai pulun nak tempek muka aku kat camera.

Masuk aje kereta, tetibe nampak selai kertas putey kat wiper kereta aku. Aku keluar, then amek bace kertas tu. Kertas tuh berbunyi sebegini;

"Kepada yang bawak kereta ni.. saya nok berkenalan ngan awak.. kalau awak sudi, call nombor ni..0179******..
Tadi, saye nak mintak no tepon awak, tapi segan.."

yang benar,
(sain si budak yg antar kertas neh)
ok, aku ingat zaman skolah je aku pernah dapat surat camne. Tapi, zaman kerja pon dapat jugak. Tergelak guling-guling aku ngan kawan aku dalam kereta. Macam-macam la. Zaman canggeh pon ada lagi orang guna cara tradisional. Kehkeh. Yang tak ley tahan, ada yang benar tuh. Tapi, aku bajet macam budak skola aje yang letak kertas tu. Ade ke orang besar nak tules surat camtu? Kehkeh.

Monday, August 2, 2010

DREAMS AND REALITY, IS IT RELATED?

Dreams are loudly spoken than reality. In fact, dreams are more plain. Believe in sixth sense? Bukan band indon tuh. This one, sixth sense yang ada kebolehan yang luar biasa. Aku takla ada benda-benda ni.

Satu benda yang menakutkan aku. One night, aku bermimpi pasal something ni, situation, person, incredibly exactly the same just like in reality! Allah Maha Besar! Seriously spoken, i've been in that situations frequently. Sangat menakutkan dan aku ada story kat cik isketambola about that, dan dia pon agak terkejut pasal benda yang aku mimpi tu relate ngan apa yang akan berlaku. Mostly, esok tu something will happen.

Ya Allah.. Aku sangat takut.. Dan aku mohon pada-Mu Ya Allah, semoga aku tak disesatkan dengan benda-benda yang macam ni..Tetapkan akidah ku Ya Allah.. Amin..