Tuesday, June 29, 2010

Monday, June 28, 2010

AKU BANGKIT!

Hati lega. Alhamdulillah~

Terima kasih sayang untuk semangat dan keyakinan itu.. ;)

Love you so much!!

"As you travel through life,your dreams will guide you,determination will get you there,and love will provide the greatest scenery of all."- Michelle C. Ustaszeski -


Saturday, June 26, 2010

PULAU REDANG MEMORIES!

Salam malam ahad sume! Malam ahad ok. Bukan malam jumaat. Apa benda yang aku nak bebelkan malam ni weyh? Cuba kau bayangkan. Eh, tak payah bayang, nanti terbayang benda lain. Kehkeh.

Sambil membelek-belek external, terjumpa barang lama yang aku still simpan. Opkos la pics aku! Haha. Ni haa.. Pic time aku holiday ngan kakak angkat aku kat Pulau Redang. If i'm not mistaken, awal 2006 kot. Muda lagi time neh. Kehkeh!

Photobucket
Aku panggil kak long. A teacher somewhere at Sepang, plus part time wedding planner kat selangor and her office kat area bangi seksyen 7 while husband die keje kat MAS. Very the very talkative person sampai aku pon penat kadang-kadang nak layan. Even dah jadi ibu kepada 2 orang anak, she's still like bujang cam aku. Kihkih.
Photobucket
Makan pon nak amik gambar. Jakun betol la aku nih. Haha. Ya ampun. Sangat innocent muka aku saat itu.
Photobucket
Bluwek! Nasib baik aku tak muntah atas bot laju ni. Dalam hati dah terpikir macam-macam. Kalau tak reti swimming tu, memang pikiran melalut ntah ke mana. Haha.
Photobucket
Cantik tak view kat belakang aku? Weyh! Nak pergi honeymoonla plak kat sini!!
Photobucket
Photobucket
Ok. Takat ni je aku nak show off. Tak ley lebih-lebih, nanti ada orang boikot. Tapi, jangan lupa boikot Israel! Orait? Ngeh3. Jom! Gi Pulau Redang!

Friday, June 25, 2010

AKU NAK KAHWIN. SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Malam ni Brazil lawan Portugal kan? Alar. Aku berlagak tau aje, pasal cik faiz da bagitau aku maghrib tadi. Hikhik. Ok, sekarang, aku bukan mau cakap pasal bola yang orang duk tergila-gilakan tuh. Aku nak bercakap pasal, kawen. Tajuk kat atas betol ke wey? Saje je aku nak menaikkan semangat mengumpul duit. Haha. Sory beb!

Tapi, iya, pasti aku nak kawen. Namun, tak tau bile aku akan naik pelamin. Ceh! Gatal lagi. Bluwek!

Agak-agak berapa riban kena ada dalam tangan kalau nak kawen? 10k? 20k? Atau ber k k?
Dengan pelaminnya, baju pengantinnya, khemahnya, door giftnya, bilik tidornye. Ops! Kihkih.
Haih~

Dulu, tak de plak terpikir benda ni semua. Yang aku tau dulunya, pakai baju pengantin cantik-cantik macam cendelela, pastu orang-orang datang tabur-tabur beras kat muka. Membazir beras betol. Gagaga! Pastu dapat hadiah besau-besau rabak. Semua bertubi-tubi nak bagi hadiah besar. Tak paham betol. Erk! Tapi, pliz bagi aku washing machine satu nanti k! Haha.

KALAU AKU JADI BAKER, NAK ORDER KEK TAK?

Tiba-tiba terpikir nak jadi baker. Tapi for sure aku kena belajar dulu la kan. Kihkih. Rasa-rasa, kalau aku ambil tempahan kek, kau nak order tak?? Hihi. Area Terengganu jela kot. Pasal, takkan aku nak pos kek kat kau yang duduk kat Sabah plak. Komfom, tak sampai sana dah cair. Kihkih.

Aku nak tanya pendapat korang je. Rasa-rasa nak tak? Gagagaga~

Contoh ey aku kasik. Contoh aje. Ngeh3.



Ops! Lupa. Bukan yang fondant ok. Kalau fondant, aku kena belajar cara nak main dengan benda alah tu dulu. Hihi. Takpela, nanti aku buat sebijik, aku letak dalam ni ok!

Kali ni, bukan angan-angan, malah impian yang aku akan realisasikan! Tibe-tibe plak kan semangat neh. Oh! Lupe, semalam malam jumaat. Hahaha. Gatal mu neh shima!

Thursday, June 24, 2010

JUST ONE LOOK BY DORIS PAYNE


Orait. Sape minat zaman oldies punye lagu? Lagu ni telah di'dedicate' oleh cik abangku buat aku. Hihi. Sangat bermakna lirik lagu ni. Best gile lagu ni!!! ARgh! I'm in LOVE!!
Just one look by Doris Payne

Just one look and I fell so hard
In love with you, oh-oh, oh-oh
I found out how good it feels
To have your love, oh-oh, oh-oh
Say you will, will be mine
Forever and always, oh-oh, oh-oh
Just one look and I knew
That you were my only one
Oh oh-oh oh!

I thought I was dreamin' but I was wrong, yeah, yeah, yeah
Oh, but-a, I'm gonna keep on schemin'
Till I can a-make you, make you my own!

So you see, I really care
Without you I'm nothin', oh-oh, oh-oh
Just one look and I know
I'll get you someday, oh-oh, oh-oh

Just one look, that's all it took
Just one look, that's all it took
Just one look, that's all it took
:)

KENAPA CIKGU SEKARANG BERLAGAK?

Dulu, main cikgu-cikgu. Minat sangat kot nak jadi cikgu. Pakai kasut tumit tinggi mak, berangan jadi cikgu. Takpe. Dimaafkan.

Nak isi borang masuk U, isi Pendidikan Matematik dan kimia. Tapi, tak dapat pasal bengap. Dapat la sains komputer. Course shock. Tapi, makin lama makin sedap macam makan beger di malam hari yang lapar.

Dah lepas U, masih minat jadi cikgu, amik KPLI. Dapat pergi exam KPLI, tapi fail, pasal aku bengap lagi. Time aku nak pergi exam KPLI, aku termakan semut dalam air, so belum lepas 40 hari dari kebengapan, pasal tu tak lepas. Gagaga. Siyes wey! Aku bukan bengap sangat pon. Kehkeh.

Bila dapat kerja kat sekolah, dah tengok situasi cikgu macam mana. Aku makin lama makin benci. Bukan dengan kerja cikgu yang mulia, tapi dengan perangai cikgu. Pergh! Meninggi diri ntah pape. Tengok aku sebelah mata. Korek mata baru taw! Aku ni pon gred 41 sama jugak ngan kau. Cume aku ni freshy aje. Ceh!

Wednesday, June 23, 2010

INTAN KENA 2 CUCUKAN

Pagi tadi, tengah syok dibuai mimpi agak terbaeek tetibe dikejutkan dengan lighting yang agak cerah depan muka aku. Aduh! Memang potong stim tol aku nak tido kan. Rupenye, member sebelah aku kena sengat ngan lipan. Tengok jam pukul 4 pagi. Aiyak! Mana mau cari klinik yang bukak 24hrs kat besut neh.

"Intan tidor r lu.. Nanti pagi esok, kak shima ator gi klinik.." Bajet macam kereta aku je kan siap nak gi hantar. Kekee.

Pagi menjelma, aku bersiap. Call si buah hati kejutkan semayang subuh. Then, call Guru besar nak mintak pergi klinik. On.

Minah tu kena cucuk 2 jarum. Satu kat bontot. Satu lagi kat tangan. Berair beb mata aku time tengok die kena cucuk. Baru la aku terperasan aku agak sentimental dalam bab kena cucuk neh. Kesian.

Kesimpulan, tidor gosok la gigi dan basuh muka. Jangan jadi pemalas. Itulah pesanan buah hati. Ekekeke. -Gedik u ni taw! Pesanan bf pon u nak cakap kat dieorang.-

Tuesday, June 22, 2010

DATO' SITI BID KCT 1 DENGAN HARGA RM 100 000!

Uhuk uhuk! Terbatuk sekejap bila aku dapat tau, penyanyi kesayangan aku, Dato' Siti Nurhaliza bid harga untuk plat kereta KCT 1 sebanyak RM100 000! Pergh! Memang RM100 000 tu, celah gigi dia je kot. Macam RM100 je nilai RM100 000. Kalau bagi kat aku duit tu, boleh aku buat full payment kereta aku yang bakal keluar nanti. Kekekke~

Takpe. Duit tak habis, so dia habiskan dengan cara tu. Tak gitu?


(nganga luas-luas yayang.. bucuk nak suap neh.. opps! terluas suda..kehkeh..)

Buat yang tak tau. KCT tu stands untuk gabungan nama Dato' K dan Siti Nurhaliza. Walawey! Romantiknye. I tarik kan misai Dato' K, baru padan muka. Hilang saham hensem 50%. Erk! Tapi wahai cik faiz, sila jangan simpan misai tebal-tebal k. I tsk tau! Gedik betol gf u neh! Wahaha.

Rase-rase, ada tak no plat CLF1616? Hihi. Kot berjanggut nak tunggu plat no ni. Gagaga Lady Gaga. What? CLF tuk ape? Alahai. Lembab betol la. Cma Love Faiz. Haha. Boley? Mengada tau u ni! Hee~ Yang penting, membazir amalan syaiton!

Monday, June 21, 2010

TIPS-TIPS MENGHADAPI BAKAL MENTUA

Selamat pagi isnin semua! Ok, hari ini, aku nak ajar la nek jah-nek jah sekalian, macam mana nak beradab sopan ketika bertemu bakal mak dan pak mentua. Di sebabkan ada pengalaman lampau , maka aku tak lokek ilmu nak turunkan ilmu yang tak berapa sesat neh.

  • Otw nak jumpe tu, mintak bf stop dulu kat mane-mane kedai buah ke, kek ke, kacang ke, ape benda la yang kau agak-agak menjadi kesukaan mereka. Better kau tanye bf dulu, ape yg mereka suka. Jangan nanti, mak mertua tak ley makan buah naga, kau pegi beli, tak pasal-pasal dah potong 1.5% keterujaan mereka terhadap kau.
  • Dah jejak kaki dalam umah, salam laga-laga pipi (tunjukkan kemesraan). Aku bukan suruh kau berpura-pura ok. Kalau rasa tak senang wat cmtu, yela, kot-kot kau pikir make up abis melekat kat muka mereka, cukup dengan bersalaman. Orait?
  • Bila agak-agak dah mandi semua, jangan pakai pyjamas! Pakailah kain batik. Tunjukkan sifat ketimuran. Walau kau tak pandai lilit kain batik kat pinggang, kau ikat aje. Asal, melekat. Tapi, please. Jangan jalan macam Geisha. Terkedek-kedek. Jalan seperti biasa ok!
  • Time nak masak, pegi la tolong wahai perempuan. Even kau tak pandai masak sekali pon, kau wat aje terer. Tak perasan punye. Hihi. Tapi, bakal mak mentua aku tak kasi aku tolong. Risau baju kotor. Tapi, aku tetap nak tolong jugak. Tak salah kalau tolong kan? :)
  • Waktu makan saat paling genting, pasal semua berkumpul. Aku tengok kau. Kau tengok aku. Time ni la, kau tunjukkan sifat kesopanan yang maksima! Makan perlahan-lahan. Sila jangan gelojoh. Kalau tak, mereka tau, kau teramat lapar time tu. Walau ada sebijik nasi kat bibir, lapkan dengan tisu. Tunjukkan anda terlalu sopan dan lemah lembut. Aww! Beware! Kihkih.
  • Saat tidur, jangan lupa! Jangan berdekur kuat. Nanti menganggu kedamaian kat rumah mereka. Ok!?
Dah dah. Aku nak sambung wat website. Papai! ~ Selamat beramal!


CUTI SEMPENA SUKMA

Tanpa berfikir panjang, aku nak gitau, Terengganu cuti ari ahad next week!yessss!! Sempena SUKMA kali ni, Terengganu juara. Kekeke. Bagus-bagus betol atlet terengganu ni. Berwibawa sangat. Harus diberi duit. Ngeh3.

So, cepat fikir plan yang sangat bernas tuk aku isi ari ahad ni. Teng teng teng~~ Hihi.

Sunday, June 20, 2010

HAPPY FATHER'S DAY

" Happy father's day ayah! :) Tq for being my greatest dad.. Love you!:) "

mesej ini telah dihantar oleh aku kat ayah pagi ini. Ngeh3.
Dan telah direply sebegini.

" Ok.. Tq.. Love u.."

Romantik jugak ayah aku ini. Kehkeh.

By the way,


HAPPY FATHER'S DAY TO ALL DADS!

Friday, June 18, 2010

MAKAN BOLA, TIDUR BOLA, KEKOH BOLA

Orait. Sekarang musim bola. Dan kat umah aku ni, macam kedai mamak dah. Semua duk tengok bola 24/7. Nak tengok channel lain pon tak boleh. Sedih betol. Yang aku paham pasal bola, sumbat gol aje. Ngeh3.

Nak sokong team mane pon aku tak tau. Pasal tak kenal sangat sape players dieorang. Sian kat aku kan. Outdated betol.

Abang adik ayah aku duk menjerit-jerit, aku tumpang tengok je dieorang menjerit. Nak jerit sama takut terlebih sudah plak kan. Hoho. Nasib baik ada tv buruk satu lagi. Boleh la nak tengok citer lain. Takdela aku terkontang kanting kat umah tanpa pedoman hidup. Haha.

Btw, aku sudah ok. Hati makin tenang. Mungkin aku dah maafkan semua orang. Mak aku cakap, kita kena maafkan semua orang. Baru hati tenang dan gembira. Ok. Aku dalam keadaan itu sekarang. Hihi. Aku mahu berubah. Serius. Insyaallah. Perlukan sokongan insan tersayang, family dan my lovely cik faiz. :)

EDIT ITU SATU KEPUASAN

Bila aku dalam keadaan tertekan, mula la jari jemari aku ni gatal nak mengedit benda. Kehkeh. Rasa satu kepuasan plak. Tapi, aku nak sangat belajar adobe photoshop dengan lagi dalam. Aku minat sangat dengan benda nih! :) *blinking eyes*

Even time aku rajin, ada la aku godek google carik tutorial adobe photoshop neh. Jumpe dan aku buat. Tapi, bila off aje lappy, maka semua ilmu hilang. Hihi. Makan, aku perlu makan kismis untuk kuatkan daya ingatan. Tak pon, makan kunyit. Ia. Betol, kunyit pon untuk kuatkan daya ingatan selain menghilangkan jerawat. Hihi.

Aku suka pink walaupun ada segelintir orang meluat. Ada aku kesah ke nek jah ui? Family ngan bf aku pun ok aje, kenapa kau sibuk-sibuk nak meluat plak kan. Ngeh3.

Thursday, June 17, 2010

WHAT IS YOUR REASON?


Rasa nak hentak-hentak kepala ke lantai. Rasa nak cincang-cincang daging sampai lumat. Kenapa ye?? Kenapa?? Bengangnye!!! Argh! Dah lame tak rasa bengang cam gini. ;(

Takpe. Selagi aku masih mampu bersabar, aku akan bersabar. Insyaallah. Ya Allah! Kau tenangkanlah hatiku. Padamkanlah api kemarahan dalam hati aku ini. Amin~

All things happened must be a reason. So? What is your reason shit?? Bengangnye nak pegi ofis! Grr~
( T - T )

BUFFERED EARNING FROM NUFFNANG!

Kau tak marahkan aku post banyak-banyak entri dalam satu hari? Pasal, masa aku sangatlah lengang. Kekeke.

Akibat bloggers sering bersorak riang bila dapat buffered earnings dari nuffnang, maka aku pon nak bertepuk riang dan bersorak-sorakkan pasal aku dapat buffered earnings jugak! Ngeh3. Namun, aku bingung apa sebenarnye buffered earnings ni. Macam berita baik aje. Kehkeh.


(klik pada gambar tak berapa nak rajah untuk pembesaran sihat)
Sape-sape boleh explainkan kat aku ape itu buffered earnings?? Pliz~

LUAHAN KESEDIHAN DENGAN LAGU


Lagu ni boleh buat aku menangis. Siyes! Teringat lagu ni zaman aku belajar-belajar dulu. Pernah satu malam tu, aku tengah kecewa gila dan aku dengar lagu ni sampai menangis gila kaw kaw. Tersedu sedan. Menusuk kalbu betol. Langsung tak boleh tidor sampai subuh. Tu la tangisan yang paling aku ingat. Paling aku trase dalam hidup aku. Alhamdulillah. Sekarang semua sudah ok. Amin~

AZRINAZ MAZHAR DICERAI TALAK SATU

Skank dah jadi trend plak cerai mengcerai nih. Menakutkan dan membuatkan aku takut nak kawen. Huhu. Makin ramai artis ngan selebriti yang cerai. Time kawen bukan main buat besar besaran pom pam pom pam. Last-last tak de jodoh. Memang jodoh di tangan Tuhan, tapi sebagai hamba-Nya, kita perlu menjaga hubungan sebaik yang mungkin. Tak gitu nek jah?

sumber dari nek google
Hmm. Berita yang paling mengejutkan aku bila dapat tau Azrinaz Mazhar dah bercerai talak satu dengan Sultan Brunei. Kenal tak sape die? Alar, yang dulu keje kat Tv3. Dulu biasa-biasa je, cume lately nampak makin cantik. Kau perasan tak? Yela, kawen dengan orang kaya. Hari-hari boleh pegi spa. Kehkeh. Kesian dia. Takpela, dah tak jodoh. Nak buat camane lagi. Harap beliau tabah.

sumber dari ke'google'an.

Tak mo la potong rambut camni. Kehkeh.

Monday, June 14, 2010

ANDA PHOTOGENIC CONTEST


(klik pic untuk join contest)

Ok lah, kali ni aku mencuba nasib lagi. Ok, bukan berjudi. Aku telah ditag oleh Mimi (bakal adik ipar aku) untuk join contest 'anda PHOTOGENIC?'. Untuk tidak menghampakan mimi dan pengcreate contest atau izyan, dengan rendah dirinya aku join. :) Izyan sangat cantik. Bukan puji mengampu, namun ikhlas. She's so photogenic. Boleh jadi model. Orang sabah kan cantik-cantik. Am i right guys?:) So, aku pertaruhkan pic ni ok!


Ok la, aku describe sikit pic ni orait? Ni la muka paling serius aku pernah buat. Susah dow nak buat muka tahan kentut camni. Namun, aku cuba. Ehek. Dan, dalam pic ni, aku paling suka tang bibir aku tuh. Haish~ Blushing plak dah. Nampak shining-shining dengan lip gloss tu kan. Even bibir aku tak jadik cam Megan Fox, namun aku puas hati dengan gaya lips aku. Kehkeh.

Dan, aku akan tag:

1) Benida
2) deqya
3) mar

Ok rakan-rakan yang ditag, sila jalankan tanggungjawab anda ok! :)

Papai~




APEK PELAWAK TERKENAL KANTOI!

Apek kena tangkap?? Aduh~ Macam-macam la. Macam mana dia boleh terpikir nak hisap benda alah tu? Aduyai. Sedap sangat ke weyh? Sian kat anak bini kat rumah. Dah kaya raya, tapi otak still letak kat kepala lutut.

Aritu, Adlin Aman Ramli ada cakap, jauhi dadah, time konsert AF yang ade Saleem. Haah! Skarang, rakan sekerja kau dalam Jangan Tidur Lagi pon dah terlibat sama. Camane tu??

Apek. Menjawab la kau nanti dengan 40gm ganja tuh. Masih tak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Ni lah manusia. Lepas ni, dah takdela Jangan Tidur Lagi versi Apek. Eh, tapi sekarang memang dah takde kan program ni? Ngeh3.

ZIONIS ISRAEL!


Semalam, aku tengok Global di 1. Isu Turki dan Israel. Bila aku tengok program ni, baru dapat membuka lagi minda aku mengenai Israel yang kita sedia maklum sangat kejam dan tak berhati perut. Turki yang satu masa dulu pernah jadi kawan karib Israel, sekarang memusuhi Israel gara-gara Israel main tikam tikam belakang. Haiya! Banyak bodoh dan bahlol Israel ni. Peristiwa Mavi Marmara 31 May lepas banyak memberi hikmah pada orang Islam amnya untuk sama-sama menentang zionis Israel ni. Tengoklah. Dulu, Turki tak ambik endah pasal rakyat Palestin yang teraniaya, sekarang mereka sama-sama menentang Israel dek kerana 9 orang Turki telah terbunuh dalam peristiwa tu. Lagi, paderi pon turut sama ikut orang Islam bersembahyang ketika Mavi Marvara diserang.

Kalau nak ikutkan, arab boleh sangat nak membantu Palestin pasal senjata dieorang lagi banyak berkabuk, tapi mentaliti dieorang sangat kolot. Bak kata terengganu, " mu mu, aku aku". Paham tak? Kirenye, dieorang tak mau amik port la pasal ni. Kalau nak jugak dieorang bantu Gaza, bayar sebanyak berapa bilion USD ntah. Gila sial betol. Senjata orang arab lagi banyak dari Israel 4:1. Tapi, kenapa dia tak nak tolong orang Palestin? Sampaikan bekalan asas yang nak dihantar ke Gaza pon dieorang sekat. Ntah pape. Kalaulah orang Arab bersatu dan menentang Israel. ~

Sunday, June 13, 2010

RASA NAK KERJA LAIN

Terasa macam nak kerja lain. Ngeh3. Dah apply kat company yang best-best. Just tunggu mereka mengekol untuk interview. Ehe~ Tengok la rezeki macam mana. Kak Ina ada pesan, selagi belum kawen, kerja jela kat mana-mana. Jangan takut. Redah aje kalau nak experience yang banyak. Nanti, dah kawen, mesti kena kerja dekat suami kan kan. Kehkeh.

So, kerja pon belom sampai 4 bulan, dah nak carik kerja lain. Aiyak! Gatal betol. Follow the flow. Gain experiences and invest contributions. Ok, orait! ~

Sape yang tau kerja kosong kat company yang best-best sila bagitau aku yep! Kepingin sangat nak kerja kat Bangi. You know why kan? Kahkah. Niat lari tu. Ok ok. Aku betolkan balik niat. Sahaja aku berkerja di Bangi hanya untuk urusan kerja sahaja. Tiada kaitan nak duduk dekat cik faiz. Ngeh3.~

Thursday, June 10, 2010

SHAWL DAN KEK


Rase muka dah makin bolat bila pakai shawl. Nak pakai tudung ekin, cik faiz cakap macam mak cik-mak cik plak. Iklas betol la bf aku tuh. Kehkeh. Nak pakai tudung bawal, dah tak reti nak pin2 kat atas kepala. Nampak messy gilos. Hoho. Pakai tudung saji plak boleh? Ehehe~



Tarraaaa!! Inilah hasil kek moist coklat yang kedua aku buat. Ngeh3. Dah makin maju sikit. After ni, plan nak buat kek cheese plak. Ehehe. Kena pulun study resepi dulu. Kihkih. Sejak bila ntah jadi agak perempuan ni. Kekeke.~

PERASAAN

Kadang- kadang rasa macam nak pergi gua. Nak bertapa dalam tu selama mana yang boleh.

.
.
.
.
Kadang- kadang rasa nak panjat pelangi pasal nak bertemu dengan awan.

.
.
.
.
.
Kadang- kadang rasa nak korek hidung, pasal gatal sangat.


End.

Wednesday, June 9, 2010