Sunday, January 31, 2010

TAK MAU JADI MODEL.

Sumpah aku tak mau jadi model!
Malu kalo jadi camni beb! Ngah3!


NATASHA HUDSON SINGLE ALBUM!

Natasha hudson sudah menjadi singer? Whoa!
She's cantek sangat2! Love her eyes so much!



credit to video's owner izyandotcom

KEKASIH ATAU KAWAN LAGI PENTING?

Kawan memang penting. Sangat sangat ok. Tapi, when it comes to lelaki, dia jadik teramat penting kawan bagi mereka. Ya. It's true. Aku pon ada kawan kan. Bukan aku cakap, kawan aku tak penting. No! But, di mana hak seorang gf/bf if spouse dia terlalu pentingkan kawan sehingga gf/bf kecik ati or wuteva la. Doesn't mean you have to close with her/him 24/7. Just spend your time with your spouse a few minutes before you proceed with your works. Am i right? So, tak de la erti kata kecik hati. Hati kawan dijaga dan hati gf/bf pon dapat dijaga. Maka, perhubungan akan menjadi semakin mantop! Hehe. :)

Saturday, January 30, 2010

KIRA 1 2 3!

Tika laungan azan berkumandang, aku duk gagah lagi menaip benda alah ni. Ok. Akan aku taip secepat mungkin.

Mungkin aku dilahirkan untuk mengira kot. Pasal, aku memang bebal kalau bab menghafal nih. Terbukti, bile UPSR, math aku A, PMR pon dpt A, SPM aku dapat B3 add math, A1 math mod and B4 tuk biologi. Bengap dalam subjek menghafal bukan?


Aku da jumpe x. Yeay2!

Kat matrik pon, aku dapat B+ math and B- tuk biologi. Pastu, tiba-tiba kat Unibesiti, subjek yang relate ngan math aku dapat A dan subjek biologi, aku fail. Pasal aku bukan kos biologi pon. Oh! Jangan la tersengih-sengih. Aku taw la SPM aku tak secemerlang dan segemilang korang. Jadik, aku mampu berbangga zaman Unibesiti aku jela. Hoho.

Jadi, zaman aku keje nanti, ada ke aku kena buat kira-kira lagi? Kira bilangan aset laptop mungkin? Atau kira bilangan kambing yang merayap di padang sekolah? Ok, yang ni aku rase tak mungkin, pasal ni kerja Pak cik kebun.


p/s: yang pasti dan penting, aku dapat menghafal surah-surah.

AKU MENONTON LAGI!

Akhirnya, aku dah cat bilik aku. Tapi, yang sedihnye, mak aku suh cat wane pumpkin. Nak tak nak, kena la jugak ikot, pasal yang tukang beli cat, mak aku. Ngeh3. So, dengan kudrat aku yang agak tinggi, aku redah cat bilik aku sampai la siap! Memang hebat aku beb! Siap ley bergayut ngan cik faiz sambil ngecat. Aku pon tak sangka, aku sehebat orang yang dah pro. Dah. Enuf. Enuf.

Ni, aku nak cakap pasal citer semalam. Aku bukak
AFC channel. Saje nak tengok orang masak-masak. Sekali, chopped pon muncul. Chopped tu macam pertandingan masak la kan. Main ingredient yang die kasik, Banana. U know banana? Bukan cempedak la. Nangka. Eh, pisang. Punya susah la dieorang duk reka lilit bacon kat pisang la, buat sup segala bagai la. Sangat complicated!

Dalam kepala aku time tu, ada satu je resepi. Ya. Ya. Pisang goreng atau goreng pisang! Pilih jela mane kau rase berkenan nak sebut. Kompom omputih tak penah rase resepi ni kan? So, mesti die pikir sangat super hebat resepi ni. Ok. Aku mau cube masuk rancangan chopped nih. Ley aku buat resepi keropok lekor plak.


Friday, January 29, 2010

AKU MENANGIS!

Petang yang amat hot ni, aku mengelamun lagi. Mau ikot ibu ibu bapak bapak pegi Mydin mall agak malas. Mesti berhimpitan cam nasi himpit. So, aku decide mau sambung guling-guling atas lantai persis landak yang tercabut duri.

Fikiran aku serabut 2 3 hari ni. Gara-gara, masuk keje ditunda sampai bulan 4! Wtf! Mampus aku duk umah 2 bulan. Busan sampai tak de tahap dah! Kalau aku tau masuk lambat, maunye aku keje kat shah alam hari tu. Tak de aku memnbazir masa cam gini. Runsing! Sume orang aku nak marah. Diri sendiri pon aku tibai marah! Setan berlompat guling sarkis kegembiraan bila aku marah.

Tadi, abis solat, tibe-tibe air mata aku jatuh (jiwang time). Aku tak tahan dah beb! Tak tahan duk ulang alik macam orang mati bini laki. Aku perlu buat sesuatu! Aku perlu earn money sendiri! Nak jual nasi lemak ke? Nak jual popia goreng? Atau buat cupcakes? Masalahnye, kau pandai ke nak buat semua tu? Berangan jela kau shima ui!

p/s: Ya Allah, berilah kekuatan pada hamba-Mu ini. Aku semakin goyah Ya Allah. Tegarkan semangatku kembali! Amin~

PEREMPUAN ROGOL LELAKI!


Baru je tadi, aku abis tengok hindustan kat Zee. Aiyak! Sejak bile aku suke hindustan nih? Actually, citer die amat menarik hati sanubari aku even hero die tak la sehensem Saif Ali Khan. Ngeh3. Cite die pasal "Perempuan rogol lelaki". Omg! Ade ke cam gitu?

Ade ke lelaki yang tak rela dirogol oleh pompuan? Kalau ada, mesti lelaki tu abnormal atau aku ley anggap die shemale la kan? Tapi, memang buruk bebenor rupe pompuan seduce lelaki nih dalam citer ni. Berjoget meliuk badan bagai.


jangan ditimpa guni sebegini. Credit to ms. google.

Kaum lelaki? Kau rela ke dirogol? Kaum pompuan? Elakkan seduce lelaki! Merbahaya! 18sx!

Thursday, January 28, 2010

SUAMI PENDEK ISTERI TINGGI.

Ada orang cakap;
" Husband dia tu pendek. Wife dia tinggi, mesti murah rezeki!"

Ok. Dah banyak kali sangat aku dengar pasal ni. Ada rational tak statement kat atas tu? Siapa yang tau kaitan husband yang pendek ngan wife yang tinggi, pastu dimurahkan rezeki?


credit to mak cik google

p/s: aku lagi pendek dari cik faiz. Hehe.

Wednesday, January 27, 2010

SAPE ANTI - PINK?

Aku ingat nak cat bilik aku yang sangat la messy dan buruk itu. So, any idea on how to decorate it? Actually, aku mau cat pink, tapi aku risau, sape-sape yang anti-pink akan terajang guling-guling maki hamun bilik aku dalam diam. Sape tahu kan?

Aku pelik. Kenapa ada orang anti-pink? Padahal pink tu melambangkan kelembutan. Aww! Oh! Bukan shemale.


credit to: pak cik GOOGLE

Dan aku terus pelik. Pink or merah jambu or samor (loghat tganu n kelantan), sangatlah cantik, macho, lembut. Kenapa orang tak ley trime kenyataan?

Adakah sebab ada beberapa kelompok manusia tak suke pink, so kau pon suke-suke la nak join group tu? Padahal dalam hati kau tu, aku tau je, kau suke pink kan? Kan? Pink tak bersalah pon dalam hal ni.

p/s: tetibe je aku tersuke warna hijau. Pe hal ni beb?




Fahrin Ahmad

Sedih aku tengok Fahrin Ahmad menangis dalam sidang media hari tu. Haih! Ni sume Linda Onn punye pasal! Kalau tak puas hati kat Fahrin pon, jangan la malukan dia sampai macam tu sekali. Tak nampak ke Fahrin tu punya bapak baik, boley kau cakap dia kaki pukul ngan panas baran.

Ok, aku admit la. Dulu, aku minat kau Linda Onn, tapi skank langsung aku tak suka dah. Kalau orang dah tak nak tu, paham-paham la. Ni duk menyebok lagi cakap Fahrin macam-macam. Isk3.

Sabar ye Mr. Fahrin Ahmad. Ouch! Touching habis beb tengok Fahrin menangis.
Tapi, tak ley lawan Mr. Faiz aku la. Hehe. :)


NEW LOOK.

For my own safety, semalam aku redah tido dalam bilik adik aku. Nasib baik dia tak balik cuti. Kalau tak, maunye aku kena halau ngan dia. Haiya!

Okeh! Template dah diupdate. Simpler but nice. Tu la yang aku dapat pikirkan semalam. Mau tersengguk aku nak buat banner ngan carik template plain semalam. Nanti aku pikirkan konsep lain plak untuk blog ni. :)

Enjoy reading here! Ops! Jangan lupe klik-klik la Nuffnang aku tu and tunggu la bagi dia loading abis dulu ye. Ngah2. If sape-sape yang tak create acc nuffnang lagi, cepat-cepat la buat. Mana tau dapat banyak side income nanti. Hehe.


Sunday, January 24, 2010

HILANG!

MANA HILANG COUNTER VISITOR AKU!!!!??
Dah 10 000++ visitors dah. Sape saje nak sabotaj aku neh??
****!!!

MY FUTURE BABY!

Dalam membuang kebusanan aku nih, sempat la aku menggatal kat internet. Okeh. Bukan maksud aku negatif, tapi menggatal dari sudut positif. Haha. Tak payah nak mengandung 9 bulan, aku dah dapat virtual baby. Hehe. Website nih, die hybrid kan muke aku ngan cik faiz. Jom! Tengok! Ape kan jadi kat baby kami nanti! Hihi.


Baby boy aku nih. Aku nak kasik nama Adam. Okey tak? Hehe. Kompom, nanti aku ajar die berenang. Eh, bukan aku. Cik faiz. Hehe. :)


Ala ala ala. Comey baby Sofia cenyum. Hehe. Ni la baby girl aku. Hehe. Nanti, rambut die aku kasik itam la cikit. Hehe.

Okeyh! Kalo korang rase nak try buat anak, ley la try kat sini makemebabies.com ni . :)

Friday, January 22, 2010

ZAMAN KANAK-KANAKKU.

Okeyh! Today aku nak imbau balik zaman kanak-kanak aku ngan abang-abang aku. Time ni aku still anak tunggal perempuan. Syiok woo saat ni. Hehe.


Ni taun 1990. Aku umor dalam 3 tahun. So, kompom angah aku 4 taun ngan along aku 5 taun. Kami selang setaun je. Hihi. Mase ni raye kat umah Wan aku. Baik hati je angah aku tolong butangkan baju aku. Ouch! So sweet. Tu la. Aku da cakap, rindu zaman kanak-kanak, pasal sekarang dah tak ley nak buat cam gini dah. Masing-masing dah matured. Konon la kan. Ngeh3.


Mak aku cakap, time ni along aku malu-malu nak peluk aku. Haha. Sian Along. Aku plak buat muke gedik la kan pasal Along malu-malu. Haha. Aiyak! Pemalu along aku rupenye. Dan, sipat kenakalan aku dah terserlah zaman ni. Hehe.


Ni, seingat aku, time aku duk kat Pahang. Still aku paling kecik. Sob. Sob. Selalu kena buli ngan abang-abang. Dan, aku pon join mereka main selut kat belakang umah! Wut a wonderful child moment. *sigh*


Bismillahirrahmanirrahim. Eh eh. Minah dalam pic ni alim la plak kan nak pegi ngaji. Hehe. Aku ingat agi, kalau mak aku tak ikat tudung aku cam gini, aku takkan pegi ngaji. Haha. Suke sangat pesen cam gini. Haha.


Aku nak cakap je ni. Radio ngan rak kat blakang tu still lagi ade kat umah aku. Haha. Cuma patung merah kat blakang tu xde dah. Dah lari agaknye. Isk3. Kenapa aku rase cam aku orang Scotland je time pakai baju nih? Adorable. Ops! Silap puji diri sendiri. Ngeh3.


Ni lah keadaan tido kami adik-beradik. Sangat dinamik ok. Tak payah pakai katil. Lantai teros. Haha. Abaikan jela segaa peta kat bantal tu. Memang lumrah kanak-kanak tido kuar air liur basi. Tak gitu? Ok. Tilam ni xde dah. Suda menjadi sisa-sisa sampah kat Pahang tu. Hoho.

p/s: Semalam pulun gi scan pic kat opis mak aku. Haha. Jadik, nampak a renyok2 sikit. Jangan pusingkan kepala ye. :)

Tuesday, January 19, 2010

EMPLOYEE or EMPLOYER

Waduh! Satu hari da lepas. Sangat busan kat umah. Mau kuar pegi jalan-jalan kat BB lagi ngan cik faiz. Tetibe je kan. Hehe.

Malam ni, aku sama cik Faiz diskus la sikit pasal employee and employer. Ok. Beza antara E ngan R aje, tapi banyak bedaan.

1- Employee kena kerja bawah orang, while employer dapat jadi bos.
2- Employee kena buat kerja sama all the time, while employer ley buat kerja berlainan, pasal orang bawah ade macam-macam attitudes.
3- Employee kena buli while employer bley buli orang. Hehe. Aku suke!
4- Employee kena datang keje awal pagi (aku mmg susah nk buat nih), while employer ley gi keje pukul 10 malam.

Aku nak kerja (employee) and at the same time mahu buat network (employer). Tapi, cik Faiz cakap susah buat 2 benda dalam satu masa. Banyak jugek yang kami bahaskan dalam parlimen hp.

So, aku buntu. Korang rase, camane?

p/s: Tak sabar nak jumpe cik faiz mid sem break nih! Yeyeyey!

WANITA BERBULU?

Semalam aku tengok dalam Wanita Hari Ini. Cakap pasal 'Wanita Berbulu'. Pelik ke kalau wanita berbulu ni? Bukannya dia tu jelmaan monyet mahupun orang utan. She is a normal person also. But, abnormal from the genetic feature. Hehe. Aku rase, perempuan yang ada banyak bulu lagi seksi. Kan? Bak kata prof dalam WHI, rangsangan datang melalui sentuhan.

Jadi, perempuan-perempuan di luar sane, ape lagi? Pegi tumbuhkan bulu di lengan anda skarang! Hehe. Tapi, jangan la sampai bulu tu boleh dibuat tocang, bak kata prof tu. Hihi.
Tapi,jangan la plak lelaki pegi nk tumbuhkan lagi bulu yang korang ade kat lengan tu. Jadi lain macam la plak nanti. :)

p/s: Aku wanita berbulu tak? Hanya orang disekeliling aku je tau. Haha.

Monday, January 18, 2010

YOU BELONG WITH ME.



Act, ni lagu kesukaan aku. Penuh meaning ok. Hihi. So, enjoy music yang aku suke nih guys! :) Love you Taylor Swift!

PICS OF MEMOIRS.

Ketika ni aku amat rindu sama kawan-kawan perjuangan aku kat KMPP. Bukan kesatuan manusia perasan dan punah. Cuma kolej matrikulasi pulau pinang je. Aku tak la sebijak kawan-kawan yang lain. Ecececeh. Haha. Jom imbau kenangan ngan aku. Nak tak? Kalau tak nak suda. Aku tak kesah. Hihi.


Jangan ditanya ke mana kaum jantan hilang. Sesungguhnya, kaum mereka time ni amat pemalu. Aku pon xpaham. Aiyak!


Taraa! Ni la roomate aku. Amat bes! Semua benda buat sekali. Tido pon agak-agak bantal masing-masing la kan. Takkan nak share plak. Tak muat! Hehe. Ok, time ni aku amat 'kecik'. Tsk! Tapi kecik-kecik cili api, bak kata iklan Downy. Kecik-kecik cili padi la!

p/s: Baru aje cakap pasal lelaki beriman. Bf aku dah pergi masjid tu tunaikan solat. Sejuk hati. :)

SEKSI.

Ape yang kamu fikir kalau husband kamu tak kisah kalau kamu nak pakai seksi? Haha. Ape sebab-sebab die ey? Aku try pikir guna otak aku la kan. Secara general aje aku lontarkan opinion aku nih.

1- Takut orang cakap bini dia tak cantik kalau tak seksi. Kalo tak seksi, bini die jadik cam orang kampung.

2- Berjimat dalam rumah tangga. Beli baju pun kena beli yang kecik-kecik suda. Saiz anak-anak.

3- Dapat membeliakkan mata kasanova. Satu kebanggaan kot bagi husband dia pasal kasanova tu tak dapat bini die.

4- Ley jadi klon pada Inul. Nanti orang pikir die jalan ngan artis hot. Bangga beb!

5- Husband senang nak terkam kat mane-mane. Erk, ade kaitan ke nih?


p/s: Carik suami yang beriman dan dapat menuntun kita ke arah kebaikan. AMIN... :)


Sunday, January 17, 2010

KURSUS KAHWIN

Bile ntah nak pegi amik kursus kahwin ni. Even aku lambat lagi nak kawen, tapi at least, aku dah ade persediaan la orang cakap kan. Hehe. Ni, kursus kahwin tak amik lagi, dah sebok-sebok nak kawen. Ape punye gatal daa~ Dulu, aku bajet kursus ni macam kelas agama. Kena hafal surah-surah. Tu yang aku risau tuh (aku merendah diri). Hehe.

Baru je balik dari makan kat kedai Cairo Tomyam sebelah sekolah rendah depan kedai yang dah nak kena roboh pasal jalan nak dibesarkan. Eh, gile detail aku cakap pasal kedai nih. Tapi, tomyam die amat tak bez! Tsk! Tak masam, tak pedas, tak kaw kaw, tak segalanya. Memang aku bagi bintang yang tak berbintang kat kedai nih. Di sebabkan lapar, aku redah je makan. Sambil tu, ayah aku yang amat hensem lagi kacak dengan senang hati main campak aje sotong dalam mangkuk aku. Haih. Jenuh nak abiskan. Tapi, aku suke! Hehe.

BAHAYA FACEBOOK.

Hari yang sangat memenatkan. Aku tolong kacau sura yang amat berat tu! Oh! Aku tak sangka! Hihi. Ok, point aku kat sini, aku nak cakap pasal bahana fb. Fb? Pe tu? Fire burning? Oh, no. Facebook.
Hanya dengan satu post dah kena dakwa kat mahkamah. Haih~ Kesian. Tula. Jangan sebarangan kuarkan isu. Tak pasal-pasal kena. Lenkali, cakap la, nak buat ape ari ni, aku baru balik dari kampung ke, kambing aku mati sekor ke, kan tak berisiko tu. Isk3.
Oh ya! Hari ni hang out ngan ex-schoolmate. Diskus pasal bisnes (konon la sangat). Tapi, betol pe. Interested jugek. Nak tau pe die? Tak payah tau la. :)

Friday, January 15, 2010

SYURAH?

Esok, tak kire! Aku nak pegi gak bayar bil tepon! Gile lame aku tak ley tekan-tekan punat hurup kat tepon aku. Rindu mindu betol. Haih~

Penah dengar pasal sura? As-syura? Syura? Syurah? Ok. Sewaktu dengannya. Kat area umah aku ni baru je nak buat esok. Start kul 8 pagi. Bapak awal, tapi takpe. Demimu aku rela bangun awal. Hari ni, aku buat-buat rajin gi potong segala benda yang boley dipotong. Meriah jugek. Cam nk buat majlis kawen aku jek. Oh, aku berangan lagi. Sorry.

Dan yang paling jakun, baru aku tau, nak buat benda ni kena letak ubi. Aku tak tipu ok! Aku memang baru tau. Aku bukan orang bandar pon, cume aku ni jenis kurang alert ngan benda yang aku makan. Pelik jugek. Tak de rase ubi langsung. Camane ley jadi camtu ek?

Thursday, January 14, 2010

KISSING BENEFITS!

Kat sini aku nak kongsi tipsis yang baik punyeee~

" By kissing, you can release your tension, burn calories and slow the aging process"

Kehkeh..

So? What to do? Korang pikir la sendiri. Kiss la pape yang boleh di'kiss' ok? Mak ke, ayah ke, kucing korang ke. Whatever la. As long as, mulut korang mencecah sesuatu.
Kalo rase-rase agak gemok tu, ley la try tipsis yang aku share ni. Tak payah susah-susah masuk
"The Biggest Loser Asia" tu. Macam kesian aku nengok. Berlari pon xlarat. Apatah lagi nak melompat-lompat ngan terkinja-kinja kat gym tuh. Haih.

Jadik, hindari makanan berkolesterol tinggi. If korang cam berminat nak masuk biggest loser, ley la membela diri sebesar yang mungkin. Okai? :)

p/s: Yang bukan muhrim elakkan daripada tipsis ini. Carik alternatif lain macam berlari 1000km, berkaroke, or pakai Olay.

HADIAH BIRTHDAY DATO' SITI NURHALIZA?

Dato' Siti Nurhaliza dapat beg LV yg harge RM40 000 untuk born day beliau?? Wow! Kalo la aku, duit RM 40 000 tu, aku gune je beli kereta sebijik. MYVi SE ke. Mantap gak. Kena top up ckit la lagi. Fuh! Amat kaye Datuk K nih. Bayangkan gaji beliau tuk sebulan. Aiyak! Gilau betol. Ni namenye membazir (jeles). Beli handbag harge RM 40 000. Kalo RM 200 tu logik la kan? Hihi. Tak pon carik la barang yang memang sesuai ngan harge. Contoh cam rantai ke, gelang ke, pe ke. Suit la ckit ngan barang. Isk3. Takpela. Orang kaye. Kalo die tak abiskan, sape lagi yang nak abiskan? Kan? Kalo x, derma je kat aku nih. Ley aku bayar bil tepon.

p/s: membazir amalan syaitan. Sebab tu kita digalakkan untuk sharing. Hihi. :)

KAKAK MITHALI.

Mencabar hari ni. Pasal, aku kena amik si awin dari skola. Yg tu tak mencabar sgt. Yg paling paling tercabar bile aku kena guna motor along aku. FYI, motor tu kaum2 laki kt umah aku je yg bawak, pasal motor tu agak berat. Agak-agak dalam berpuluh-puluh kilo jgk tu.

Sampai kt skola awin, terkejut aku! Ramai yg satu size ngan aku. XS. Haha. Huih. Budak-budak lani mmg tinggi2! Kerdil je aku rase. Baru darjah 2, 3 tapi bapak tinggi. Eh, aku tinggi ke? Jeng. Jeng. Trase cam gi amik anak la plak kat skola
(berangan lagi). Bez kan jadik ibu muda. Mak baru umor 28, anak dah masuk darjah 1. Ok tak? Ok lah tu! :D

p/s: Lambatnye nk dapat duit sendiri. Dalam kepala aku ni, macam2 dah duk pikir nak beli pe.


Wednesday, January 13, 2010

DREAM?

As usual la, bangun pagi wat keje umah. Aku da jadi perempuan sejati dh slame bbrape bulan kt umah. Hebat! Yeay! Ley kawen bulan depan. Gatal ngat ey. Shit chicken tol! Pagi ni dikejutkan oleh bfku. Hihi. Yela, fon aku kena barred kan. Tak bayar2 agi. Tak cukup duit lgi beb! Menangis darah aku nak bayar. Agak tinggi kosnye. Nak wat camane, kate bisnes woman. Well.

Semalam aku mimpi aku melawat zoo kot. Pasal, aku nmpak muke2 binatang. Yg paling obvious aku nmpak; harimau, singa, lembu. Makne pe wey? Kompius aku. Kalo mimpi ular tu adela maknenye, ni muncul-muncul binatang cmni. Ke, aku akan buat bisnes jual lembu??? Wow! Menarik sungguh!


Tuesday, January 12, 2010

KILL!

Semalam, aku nampak kau merangkak dalam gelap cam pencurik, pasal nk gune tepon umah. Haha. Kau memang sengal. Punye nak tekan punat-punat tepon tu, mmg slow tahap cacing. Satu-satu kau tenyeh. Aku nampak kau btol-btol cam pencurik yg nk mencuri gune lampu hp aje. Dalam kepala kau, mmg kau nak tembak sampai mampus aje tikus2 yg berkeliaran tu. Wat bising ngan semak je!

p/s: mari bunuh tikus beramai2!


KENANGAN MY GIRLS.

Aku tak tahan! Aku tak tahan! Aku rindu gile wey kat budak-budak aku! Wani, ejon, ina, cida. Isk3. Rase mau nangis. Tapi, x macho la kalo aku nangis. Hoho. Peti suare aku cam nk pecah aje ni. Ni sume pasal aku gile ketagih nak gi karok. Cam biase, sumbangkan suare. Kate nk msuk AF. Haha. Jgn lupe undi aku. AFUNDI SHIMA. Cam biase la. Berangan jela keje aku ni. Tak de keje kite carik keje.

Aku panas ni beb! Lappy aku die buat hal lagi setelah aku baru je antar gi ospital laptop. Rase mau baling je lappy ni kat atas katil (lembut ckit). Suke kau buat aku bengang ye! Oi! Aku xde duit dh ni nak bayar bil, kau buat hal plop lappy! Saje la tu nk suh aku kikis duit dari tabung lagi! Ayoyo! Buat pengetahuan semua, dah berhari-hari tepon aku kena barred. Time kasih cik celcom!

p/s: pic2 ni zaman dulu-dulu kami bersama-sama sampai la aku balik tganu bulan 11 ritu. :( Ikot kronologi ye. Hihi.


Time ni makan-makan kat Kalel beramai-ramai. Rindu!


Ni time aku praktikal kt teganu, tpi aku balik Penang jap pasal kad matrik aku ilang. Kalo tak amik, camane aku nk cucuk duit beb!


Kat salon cina depan usm. Kalo nk buat rambut, kat cni la kami lepak-lepak. Miss cina tu dah kenal muke-muke kami nih pasal duk salu sangat gi wat rambut kt cni.


Go go power rangers! Eh, bukan. Ni gelang persahabatan kami. :) Tak de pink, purple pon boley.


Bukak pose kat Hammer Bay. Yeah! Ikan bakar yg sedap sangat-sangat! Menjilat segala jari jemari.


Dalam rapid penang nk gi Prangin Mall. Ni pengangkutan utama aku kat cni. Layan je beb. Haha.


Kat Pantai Feringghi. Time ni celeb bufday bf cida. Namenye Pak An, muke cam Black mentor. Tak caye? Tengok sendiri! Hihi.

Saturday, January 9, 2010

LUAHAN HEART.

I LOVE YOU MOHD FAIZ YUSHALANI!! :)
I LOVE YOU MORE & MORE!!

Gembira dapat kamu disisiku.
Mau kamu disisi selamanya.
Sebab kamu berbau wangi (err..xde kena mengena)

Kalau kamu marah, aku nangis.
Kalau kamu pujuk, aku pulak marah.
Kalau kamu marah lagi skali, baru aku normal.
Bila aku diam, kamu rindu.
Bila aku membebel, kamu gelak.
Oh! Memang nk kena.
Hihi.

Papepun, CINTA kamu tetap kuat dihatiku!